Agak menghairankan juga kenapa mereka tidak mahu tinggal di negara China yang sudah tentu amalkan komunis tetapi sebaliknya mahu kekal tinggal di dalam negara ini dan memaksa negara ini menerima komunis.
Sebenarnya bukanlah niat mereka mahu amalkan ajaran komunis semata mata tetapi sebaliknya mahu menjajah.
Nampaknya seolah olah malaysia menjadi rebutan diantara Amerika dan China.
Ironiknya kedua dua paksi tersebut adalah dibawah kawalan satu kuasa disebalik tabir yang lebih tinggi dimana zionis dan freemason juga adalah dibawah telunjuknya.
Seluruh orang politik hanyalah sebagai bidak bidak catur bagi tangan ghaib ini.
Agak menghairankan juga seolah olah tangan ghaib ini mahu menjadikan negara ini sentiasa didalam ketegangan.
Lepas satu persatu mereka timbulkan isu dengan menggunakan bidak bidak catur untuk menaikkan kemarahan umat Islam.
Isu itu datang bertali arus tanpa henti sebelum sempat isu pertama diselesaikan datang pula isu kedua ketiga dan seterusnya.
Disamping menjadikan ahli politik yang rendah akhlak sebagai pemimpin, mereka juga telah merosakkan institusi agama islam dengan mencari dan mencipta kepincangan kepada agama ini dengan melahirkan ustaz ustaz selebriti yang megejar dunia.
Sudah pastilah ustaz yang mengejar dunia ini akan tenggelam dengan populariti dan akhirnya akan melakukan kesalahan yang berbeza dengan kehendak agama.
Akhirnya mereka akan terus mengatakan agama islam tidak benar hanya kerana terdapatnya ustaz ustaz selebriti yang telah menyimpang dari ajaran agama.
Malah mereka juga menderma dan memberi peruntukan wang ringgit yang banyak kepada satu dua sekolah agama secara terpilih untuk mengaburi mata seluruh umat Islam kononnya mereka bukanlah musuh Islam.
Satu lagi modus operandi mereka ialah menyajikan sebanyak mungkin pertandingan hiburan bagi melalaikan umat Islam dan menjadikan umat Islam seolah olah dipaku diponggong sendiri dan tidak bangkit untuk berjuang apabila panggilan jihad diseru.
Umat islam lebih suka memenuhkan dewan dewan hiburan dan stadium dari memenuhkan masjlis majlis ilmu yang menceritakan tentang kedatangan dajjal di akhir zaman.
Antara sebab umat melayu gagal mengislamkan bukan melayu walaupun mereka sudah ratusan tahun berada ditanah melayu adalah kerana akhlak umat melayu itu sendiri.
Akhlak yang buruk sukar untuk mendekatkan bukan Islam kepada Islam.
Kita juga gagal membentuk anak anak kita untuk menjadi Islam yang baik.
Apabila anak anak kita terpengaruh dengan budaya bukan Islam, akhirnya kita marah kepada bukan Islam diatas budaya buruk anak anak melayu tersebut.
Ini amat jauh berbeza dengan golongan mualaf yang bekerja keras membawa orang bukan Islam untuk mengenali Islam.
Malah mualaf yang baru setahun menjadi Islam sudah mampu berhujah dengan orang bukan Islam.
Ilmu mereka mengatasi ilmu kita yang hanya islam kerana baka.
Kita hanya tahu marah dan maki hamun tetapi tidak mahu berdakwah dan bersusah payah sedikit kerana agama.
Kita sudah mempunyai terlalu ramai musuh disekeliling kita.
Kita bukan sahaja bermusuh dengan orang bukan Islam yang benar benar mahu menghapuskan Islam malah kita juga bermusuh dengan orang bukan Islam yang telah salah faham akan Islam kerana sikap buruk kita.
Dan lebih menyesakkan ialah kita juga mempunyai musuh dengan orang Islam yang berjiwa kafir.
Satu penyelesaian perlu dilakukan sebelum masalah ini menjadi begitu kronik.
Satu usaha dakwah perlu dipergiatkan agar pendakwah pendakwah dapat bergerak dan mendekati orang orang bukan Islam.
Kita perlu memberi sokongan kepada pendakwah pendakwah ini.
Sekiranya kita tidak mahu berdakwah pun tidak mengapa, asalkan kita jangan menghalang atau kondem orang yang mahu berdakwah.
Kita pernah diberi kuasa berkali kali oleh Allah swt namun kita telah lalai dan tidak bersyukur atas nikmat kuasa yang Allah berikan kepada kita.
Pemimpin kita telah alpa dan tenggelam dengan kemewahan hingga lupa untuk mengangkat syiar Islam.
Manakala salah pengikut pengikut mereka pula ialah sentiasa mengampu dan menggalakkan lagi pemimpin membuat onar.
Akhirnya bangsa ini terjatuh ke jurang yang dalam dan cubaan untuk merangkak keluar adalah begitu perit.
Bagi yang telah menggadaikan agama keperitan itu tidak dikenakan kepada mereka.
Sekularisma digunakan untuk memisahkan politik dan agama. Ia telah berjaya dan umat Islam menjadikan politik sebagai wadah nombor wahid untuk menegakkan Islam dan menjadikan Alquran sebagai pilihan kedua.
Liberalisma pula menjadikan pemikiran umat Islam begitu terbuka dan mencampur adukkan cara hidup songsang didalam budaya Islam.
Mereka telah berjaya 99% dan menunggu 1% sahaja lagi untuk menjadikan seluruh dunia dibawah satu pentadbiran dibawah satu pemimpin yang mereka tunggu sekian lama.
Orang melayu sebenarnya bukan tidak mahu bangkit tetapi sebenarnya tidak mampu untuk bangkit.
Tulang belulang umat melayu sudah mereput akibat terlalu lama menikmati toksid yang disaji oleh musuh musuh Islam.
PANTANG PALO BAPAK AKO KO SEBUT SI KITOL
ReplyDeleteAWWWU.. RELEX LA KALAU ITU TIDAK BETOL
POP CORN TAMBAH DAH BERBAKOL2 HEYY BAGIDOL!
HAAH JANGAN LUPO TEPOKAN PADU MACAI SAMDOL
KIKIKIKI..
PETUAJANGANBAHALOL = BMF + POP CORN TAMBAH + TEPUKAN PADU
LAGU TEMAN SEJATI AKHIRI PERSIDANGAN
ReplyDeleteTEMAN SEJATI ATAU ANAK IKAN SEJATI
ANAK IKAN DAH BESO JADI BAPAK IKAN
BAPAK SEGALA IKAN DAH TUA TAK POWER LAGI
KIKIKIKIKI...
PETUABELAIKAN = 'BMF' KAT KEDAI IKAN + 'POP CORN' UMPAN ANAK IKAN + TEPUK SAKAN