Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Kutbah Terbaik Dari Timbalan Mufti Perak

Terus berpecah: Paku terakhir di keranda umat Islam July 18, 2015 BERIKUT ADALAH TEKS KHUTBAH AIDILFITRI YANG DISEDIAKAN OLEH TIMBALAN MUFTI PERAK, SAHIBUS FADILAH USTAZ HAJI ZAMRI HASHIM, YANG JUGA YANG DIPERTUA ISMA CAWANGAN IPOH. Hari ini kita berkumpul untuk melahirkan syukur kita kepada Allah SWT kerana berjaya melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan. Ramadhan 1436 telah meninggalkan kita dan tidak lagi menoleh. Kita semua diberi peluang yang sama dari awal Ramadhan tetapi mungkin natijahnya berbeza-beza. Apa pun kita berdoa agar segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan di beri peluang untuk menemui Ramadan 1437. Kesan didikan Ramadhan akan lebih terjelma apabila Ramadhan itu telah berlalu. Hubungan kita dengan al Quran, hubungan kita dengan surau dan masjid, hubungan kita dengan masyarakat akan terasa kelainannya selepas berlalunya Ramadhan. Mari kita kekalkan stamina ketaatan kita kepada Islam kerana ia bukanlah barang hiasan yang kita  boleh pilih ikut selera

Al Imam Akhbar Perintis melawan penjajah

Al-Imam sebagai perintis Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Ramai sejarawan bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada tahun 1906 adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam. Al-Imam bukan satu majalah biasa yang mengutarakan isu-isu yang remeh- temeh, tetapi merupakan satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang alpa ketika itu. Justeru Al-Imam selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran Melayu. Untuk melihat sejauh mana Al-Imam memainkan peranan sebagai perintis, kita perlu melihat 2 perkara yang penting. Pertama ialah bagaimana Al-Imam memanipulasi isu yang diutarakan iaitu sejauh mana isu yang diutarakan mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dan sejauh mana Al-Imam memberi kesedaran masyarakat tentang masalah mereka. Pada dasarnya perhatian Al-Imam adalah pada masalah agama. Namun seperti halnya pemikiran Jamaluddin Afgani dan Muhammad Abduh jurna

Isteri ditumbuk bila suami kantoi

Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang isteri bilamana dia dibelasah suami dan dihalau keluar dari rumah apabila suaminya kantoi membawa kekasih gelap ke rumah mereka di Jinjang. Isterinya yang berumur 21 tahun yang sedang hamil 6 bulan itu ditumbuk dan ditendang di bahagian perut menyebabkan isterinya tersungkur mengerang kesakitan. Ekoran dari itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya. Menurut mangsa, dia pulang ke rumah pada jam 8.30 pagi selepas beberapa hari di rumah keluarganya tanpa mengesyaki apa-apa terhadap suaminya. Malangnya, bila sampai di rumah, suami tidak mengizinkan mangsa masuk menyebabkan dia pelik. Ditambah pula suaminya berulang kali meminta mangsa pulang kembali ke rumah keluarganya. Sikap pelik suaminya itu akhirnya menimbulkan rasa marah si isteri sehingga mereka berdua bertengkar sebelum si isteri merempuh masuk ke dalam rumah dan menyebabkan suaminya berlari ke sebuah bilik

Rahsia Kehebatan Genghis Khan

Selain sebagai panglima perang yang hebat, ternyata Genghis Khan juga memiliki keteladanan yang sesungguhnya membuat kita berdecak kagum seperti: 1. Berbakti terhadap orang tua 2. Kesetiaan dan  cinta  terhadap pasangan hidup 3. Kesetiaan dalam persahabatan 4. Memiliki sikap spiritual yang tinggi 5. Tidak pernah melupakan pertolongan orang lain 6. Sifat kepeduliannya terhadap orang bawahan Genghis khan adalah sosok pemimpin yang tidak tamak harta, visioner dan memiliki kemampuan dalam mengelola emosi dengan baik. Setiap kali peperangan, Genghis Khan selalu membagikan 9/10 bagian harta rampasan perang kepada prajurit-prajurit yang berada di bawah kendalinya, sementara itu ia hanya menikmati 1/10 bagian sisanya. Meskipun Genghis Khan dibesarkan dalam kebudayaan nomadic, pada masa kepemimpinanya Ia membangunkan ibu kota kerajaan permanen, Karakorum menjadi tempat pilihannya dan ia ingin menjadikannya sebagai pusat dagangan dan budaya yang besar. Genghis Khan ingi

Jenis Jenis Tidur

Apakah itu Hailulah, Qoilulah dan A'ilulah ??? 1- Hailulah ialah tidur selepas solat subuh (orang yang tidak bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki. 2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam)      3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah. 4- Paklah pula ialah jenis tidur keempat yang kini menjadi trend kepada perdana menteri terkini. Kongsikan dengan rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan supaya tak lalai.

Perbezaan Layanan Antara Muslimin Dan Kafirin

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman.  Namun, bila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan.  Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang di akhir zaman ini.  Berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka.  Di antaranya: Bila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya. Namun, bila yang mencuri i

8 Koleksi MESEJ LAWAK

Pesanan ringkas sudah menjadi trend dan hampir setiap orang pun menggunakannya tidak kisah lah guna sms atau applikasi jaringan internet bagi memudahkan komunikasi. Penghantaran pesanan ringkas digunakan dalam setiap aspek komunikasi seperti menyampaikan maklumat, memujuk dan bergurau. Disini kami kongsikan beberapa koleksi mesej yang buat anda gelak sorang – sorang. KREDIT SINAR FM. #1 Masalah AUTOCORRECT yang tiada kesudahan #2 Ini dipanggil TRAGEDI #3 Tak dapat bayangkan macam mana rupa ‘POSTAGE’ tu. #4 Maaf Lisa anda tak bernasib baik #5 Jangan lupa baca doa sebelum tido tau. #6 Bermimpi di siang hari ke bang? #7 Failed Chia Chia Chia #8 Agak – agak kena tido luar tak ?