Terus berpecah: Paku terakhir di keranda umat Islam
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Dalam ungkapannya yang lain :“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Rakyat Acheh yang tidaklah semewah mana hidup mereka tetapi tatkala beberapa negara berkira-kira untuk menyelamatkan bahtera hanyut etnik Ronghinya di awal krisis dahulu, merekalah yang paling awal menghulurkan bantuan seadanya.
KHUTBAH KEDUA
Bahkan lawan kepada taqwa adalah maksiat. Dan secara tegas dosa yang dituai dari maksiat adalah perosak kepada kemakmuran negeri. Dengarkan lagi Allah SWT berfirman:
Jangan kata tiada kaitan antara dosa dan pahala , istighfar dan taubat dalam susunatur kemakmuran negeri. Mari kita ambil formula Nabi Hud AS di dalam menambah pendapatan negeri sedia ada kepada yang lebih banyak:
Taubat dan istighfar hendaklah dijadikan satu kaedah penting dalam mentadbir negeri kerana ia akan menambahkan pendapatan negeri dan menyelamatkan negeri dari kehancuran.
July 18, 2015
BERIKUT ADALAH TEKS KHUTBAH AIDILFITRI YANG DISEDIAKAN OLEH TIMBALAN MUFTI PERAK, SAHIBUS FADILAH USTAZ HAJI ZAMRI HASHIM, YANG JUGA YANG DIPERTUA ISMA CAWANGAN IPOH.
BERIKUT ADALAH TEKS KHUTBAH AIDILFITRI YANG DISEDIAKAN OLEH TIMBALAN MUFTI PERAK, SAHIBUS FADILAH USTAZ HAJI ZAMRI HASHIM, YANG JUGA YANG DIPERTUA ISMA CAWANGAN IPOH.
Hari ini kita berkumpul untuk melahirkan syukur kita kepada Allah SWT kerana berjaya melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan. Ramadhan 1436 telah meninggalkan kita dan tidak lagi menoleh. Kita semua diberi peluang yang sama dari awal Ramadhan tetapi mungkin natijahnya berbeza-beza. Apa pun kita berdoa agar segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan di beri peluang untuk menemui Ramadan 1437.
Kesan didikan Ramadhan akan lebih terjelma apabila Ramadhan itu telah berlalu. Hubungan kita dengan al Quran, hubungan kita dengan surau dan masjid, hubungan kita dengan masyarakat akan terasa kelainannya selepas berlalunya Ramadhan.
Mari kita kekalkan stamina ketaatan kita kepada Islam kerana ia bukanlah barang hiasan yang kita boleh pilih ikut selera hati. Kita bertanggungjawab terhadap Islam dan kita akan dikebumikan bersamanya.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Ramadhan mengajak kita merasai kesusahan dan keperitan orang lain. Seorang Raja juga berpuasa, seorang menteri juga berpuasa, seorang ulama juga berpuasa, si kaya juga berpuasa bahkan si miskin meneruskan kebiasaannya berlapar dengan sama-sama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Apabila setiap anggota masyarakat mengambil kira kesusahan orang lain sebagai neraca membuat keputusan dan tindakan, maka makin mengecillah jurang persengkitaan akibat rasa tidak puas hati. Meletakkan kepentingan orang lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Rasa bersaudara kembarnya adalah kegembiraan dan kesusahan dapat dikongsi bersama. Bukannya kegembiraan dinikmati bersendirian tetapi kesusahan dipaksa kongsi bersama.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Seorang ulama akan memberi nasihat yang benar bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan.
Ketika Tatar menyerang dan dana diperlukan oleh negara, al Malik al Zahir berhasrat mengumpulkan harta rakyat untuk membiayai bala tentera menghadapi musuh dan berjihad tetapi ditegur hasrat baginda oleh al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H):
Setahu saya tuan dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepada tuan lalu diangkat tuan menjadi seorang raja. Saya dengar tuan memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Tuan juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika tuan belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelaki tuan hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuan tuan hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka saya akan fatwakan untuk tuan keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Seorang pemimpin akan membuat polisi bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan.
Pengurusan sikap sebagai pemimpin oleh Umar al Khattab ketika menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing sangat baik dijadikan teladan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika berlaku krisis ekonomi yang berlaku selama 9 bulan bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, baginda juga cemerlang dalam pendirian dan sikap. Baginda r.a tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Dalam ungkapannya yang lain :“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Kita mesti berkongsi rasa, saat rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, berkira-kira untuk membeli sebotol ubat batuk , dulu makan berlebih lauk tapi kali ini berlebih kuah, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, Janganlah hati kita menjadi kematu lantaran hidup sentiasa senang.
Garis ukur kita sebagai ‘berjiwa rakyat’, bukan sekadar makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Tetapi rasailah apa yang rakyat rasai.
Pengampunan DYMM Sultan terhadap 11 orang bekas penghuni Penjara Tapah pada hari pertama Ramadhan supaya dapat dikongsi gembira oleh anggota keluarga dan titah Tuanku agar sambutan hari pertabalan ditiadakan pembaziran tentu akan terus dibanggai oleh rakyat negeri ini.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Rakyat biasa yang sering berkongsi rasa susah, tidak akan kekok menghulurkan bantuan walaupun dirinya juga susah.
Rakyat Acheh yang tidaklah semewah mana hidup mereka tetapi tatkala beberapa negara berkira-kira untuk menyelamatkan bahtera hanyut etnik Ronghinya di awal krisis dahulu, merekalah yang paling awal menghulurkan bantuan seadanya.
Bayangkan betapa indahnya jika tiga serangkai ini ulama-umara-rakyat mempunyai rahmah kasih sayang yang luarbiasa maka hidup kita akan menjadi rukun damai jauh dari persengketaan. Persengkitaan amat mudah tercetus apabila masyarakat merasa tersisih dan rasa tidak diadili dan penuh rasa tidak puas hati.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Ramadhan membawa erti persaudaraan , bukan dikatakan mukmin jika sentiasa hidup dalam perbalahan sedangkan kekufuran itu menangguk kegembiraan di atas perpecahan sesama muslim.
Kita mungkin berbeza pendapat dalam ideologi kepartian namun tidak sepatutnya memisahkan hubungan persaudaraan sesama mukmin.
Kecelaruan dan kelemahan kuasa politik umat di negara ini disebabkan persengketaan yang tali menali bukan sahaja telah menjemput kaum kafir untuk merebut kuasa, tetapi juga telah mengundang pertembungan budaya yang semakin sengit.Tidak hairanlah jika budaya songsang semakin berani diketengahkan oleh puak liberal yang berselindung di sebalik ‘hak asasi dan keterbukaan’.
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penghinaan kepada pegangan, ibadat dan amalan orang Islam, kini muncul pula pejuang hak untuk minum arak secara terbuka, pesta mabuk dan terkini hak telanjang di khalayak ramai.Kita akan menyaksikan kegiatan-kegiatan songsang yang lebih menggila pada masa akan datang.
Puak yang memperjuangkan budaya bebas dan athies ini, sekalipun bercanggah dengan norma dan akhlak rakyat Malaysia, mereka tetap bebas kerana mendapat dukungan daripada badan hak asasi antarabangsa, disokong media liberal dan agensi asing yang berselindung di sebalik nama “demokrasi dan keterbukaan”, walaupun perjuangan mereka jelas salah di sisi undang-undang negara.
“Manakala orang yang menentang kegiatan tersebut pula – walaupun selaras dengan undang undang dan perlembagaan – dicop ektsremis dan jumud.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Ramadhan akan datang lagi tahun hadapan. Syawal pun tidak pernah gagal menemui kita namun yang pasti, adalah kita yang gagal menggunakan kesempatan yang dianugerahkan Allah untuk membina kekuatan diri dan yang lebih – lebih lagi sebagai peluang terakhir untuk membina kekuatan umat Islam di tanah air ini. Awas jangan sampai kita sedang mengilang bilah-bilah paku yang akan menjadi paku terakhir di keranda umat ini di tanah airnya sendiri.
إِنَّ ٱلأَرضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِن عِبَادِهِۦ وَٱلعَـٰقِبَةُ لِلمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa,”(QS al Araf 128)
KHUTBAH KEDUA
Taqwa yang disasarkan di dalam ibadah puasa bukan hanya memberikan pengalaman rohani peribadi malah ia membawa kesan kepada survival umat Islam khususnya di negara ini. Dengarkan baik
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Bahkan lawan kepada taqwa adalah maksiat. Dan secara tegas dosa yang dituai dari maksiat adalah perosak kepada kemakmuran negeri. Dengarkan lagi Allah SWT berfirman:
“Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?”
Jangan kata tiada kaitan antara dosa dan pahala , istighfar dan taubat dalam susunatur kemakmuran negeri. Mari kita ambil formula Nabi Hud AS di dalam menambah pendapatan negeri sedia ada kepada yang lebih banyak:
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
Taubat dan istighfar hendaklah dijadikan satu kaedah penting dalam mentadbir negeri kerana ia akan menambahkan pendapatan negeri dan menyelamatkan negeri dari kehancuran.
Sama-samalah kita berusaha mengajak rakyat untuk kembali kepada Allah dan sentiasa jijik kepada maksiat dan dosa. Sifarkan program yang mengandungi unsur syirik, khurafat dan melalaikan dalam masyarakat nescaya Allah SWT akan tambahkan sumber pendapatan negeri sedia ada.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami masih menderhakai Mu Ya Allah.
Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih kasih sayang-Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan pula untuk memaksiati Mu Ya Allah.
Ya Allah engkau maha tahu betapa berdosa nya hamba hamba-Mu ini namun Engkau masih melimpahi nikmat nikmat-Mu kepada kami. Engkau masih memberi peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.
Ya Allah di awal pagi yang penuh dengan kasih sayang dan pengampunan-Mu, kami menadah tangan merintih pengampunan Mu. Ya Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah.
Sambutlah permohonan kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya Neraka Mu walaupun kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurga Mu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu melalui pintu Rayyan.
Sambutlah permohonan kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya Neraka Mu walaupun kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurga Mu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu melalui pintu Rayyan.
Ya Allah ampuni dosa dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan, Ya Allah kembalikan sikap tegas dan berani kepada kami.
Ya Allah kami memohon ampun kepada Mu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa yang kami ingin jawab di hadapan Mu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan Allah nanti. “Ya Allah apa mereka lakukan kepada kami”.
Ya Allah kami memohon ampun kepada Mu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami, Isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri- isteri kami. Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu Ya Allah.
Ya مثبت القلوب tetapkan hati-hati saudara-saudara kami etnik Ronghinya dan Rakhine di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria, saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar mana pun ujian yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkan lah kami semuanya di dalam syurga-Mu Ya Allah.
Ya Allah kami semua yang hadir ini memohon restu Mu agar mengurniakan taufiq , inayah serta riayah kepada Raja DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni al Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah al Maghfur lah serta DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.
Ya Allah kurniakanlah kebijaksanaan luar biasa kepada baginda dalam membuat keputusan dan tindakan.
Ya Allah bantulah hamba-hamba Mu itu membentengi agama-Mu di negeri ini. Kurniakanlah kepada hamba- hamba Mu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain.
Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba- hamba Mu ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini.
Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba- hamba Mu ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini.
No comments:
Post a Comment