Bila disebut perkataan ‘orang melayu’, pasti perkara pertama yang ada dalam kepala anda adalah masyarakat melayu yang kebanyakan bertebaran di Asia tenggara seperti negara Malaysia, Brunei , Indonesia , Singapura dan Filipina. Tapi tahukah adakah , selain dari mereka yang berada disini, sebenarnya masih ada kelompok masyarakat melayu yang berada nun jauh di luar sana, sebagai contoh Orang Melayu Sri Lanka. Kumpulan yang kami maksudkan ini bukanlah kelompok masyarakat minoriti yang baru sahaja berpindah ke negara berkenaan atau kelompok masyarat melayu yang bekerja di luar sebaliknya mereka yang sudah menetap dari abad ke 17 lagi. BAGAIMANA MEREKA TIBA di SRI LANKA? Orang Melayu Sri Lanka ada dalam bahasa Sinhala dikenali sebagai Ja Minissu atau orang Jawa berasal dari kepulauan tanah melayu atau kini dikenali sebagai negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Kebanyakan mereka ini difahamkan adalah cucu cicit kepada pendatang awal yang merupakan askar yang di hantar oleh tentera Belanda