Wednesday, 15 December 2021

LANG CHIA

Dalam Loghat Hokkien perkataan LANG bermaksud ORANG dan CHIA pula membawa maksud PEDATI @ KERETA.

LANG CHIA adalah kenderaan penumpang 2 roda yang ditarik oleh tenaga manusia. Suatu masa dahulu ianya digunakan secara meluas di China dan juga didapati di Malaysia serta Singapura sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Selepas tahun 1900, LANG CHIA lebih popular daripada kereta kuda sewa. Sehingga tahun 1927, LANG CHIA sering dapat dilihat diserata jalan dan di sekitar kawasan tumpuan ramai seperti pasar.

Di Malaysia LANG CHIA kebanyakannya digunakan di Pulau Pinang dan juga Melaka. Namun begitu, menjelang tahun 1957, penggunaan LANG CHIA semakin berkurangan sehinggakan hanya terdapat tidak lebih daripada 30 buah LANG CHIA sahaja yang berdaftar.

Setelah basikal diperkenalkan, kenderaan yang ditarik manusia ini beransur² kurang digunakan dan ianya telah digantikan dengan basikal yang dipasang pada kerangka dan kemudiannya dikenali sebagai BECA @ BECHIA yang membawa maksud PEDATI KUDA.

No comments:

Post a Comment