Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Kesan PRU 14

๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ’€Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini. ๐Ÿ˜นDan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna). ๐Ÿ’ฉYang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut : 25 di Sarawak. 22 di Sabah. 21 di Johor. 12 di Perak. 10 di Pahang dan Kedah 5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. 4 di Melaka dan Terengganu. 3 di Perlis dan Penang. 2 di Kuala Lumpur. 1 di Putrajaya dan Labuan. ๐Ÿ˜ˆManakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12. ๐Ÿ˜UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%. Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah. ๐Ÿ˜ˆBagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepay

Cybertrooper Umno marah dapat powerbank "cap ayam"

BARU-BARU ini, Biro IT Umno yang diketuai oleh Ahmad Maslan, mengumpulkan ribuan askar maya (cybertrooper) untuk mengampu dan menyokong Umno di internet terutama di media sosial, sempena PRU14 Tidak lama lagi. BACA — Khairy Jamaluddin suruh cybertrooper Umno guna teknik copy paste supaya nampak bijak. Difahamkan dalam majlis yang diberi nama "Konvensyen media sosial Umno" itu, setiap seorang peserta diberikan pakej barangan untuk memudahkan kerja-kerja mereka menjadi "machai" Umno dan Barisan Nasional. Antara barangan yang diberikan ialah, simcard Celcom, T Shirt, sebuah buku, dan powerbank. Salah seorang sahabat yang pergi ke majlis itu memaklumkan mereka juga diberikan telefon pintar jenis Samsung J7 Pro. Namun baru seminggu majlis itu berlangsung, sudah ada cybertrooper yang meluahkan rasa tak puas hati, kerana mendakwa powerbank yang mereka terima adalah "cap ayam". Mana tidaknya, baru guna untuk charge handphone dalam 10 minit, dah "kong&quo

Tidur ... Tidur... Tidur...

Apakah itu Hailulah, Qoilulah dan A'ilulah ??? 1- Hailulah ialah tidur selepas solat subuh (orang yang tidak bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki. 2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam)          3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah. Kongsikan dengan rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan supaya tak lalai.

Bil letrik naik lagi?

Tun Dr. Mahathir acapkali bertanya kenapa 1MDB membeli aset aset janakuasa elektrik (IPP) milik Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjong/Powertek) pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran kerana IPP tersebut sudah tua dan lesen mereka sudah hampir tamat. Jika dibiarkan tamat, Tenaga Nasional dapat mengambil alih stesen-stesen IPP tersebut secara percuma atau dengan kadar yang murah. Sebagai justifikasi kenapa 1MDB membuat pembelian tersebut, kuncu-kuncu dan para pembodek Najib berkata ianya adalah untuk mengurangkan kadar bil elektrik untuk rakyat Malaysia. Dan untuk memaki lagi Tun Dr Mahathir, mereka berkata bahawa ianya adalah untuk mengambil alih kekayaan yang bakal dikaut oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir, supaya mereka tidak lagi mendapat bayaran setiap tahun melalui perjanjian lesen IPP tersebut. Sungguh tidak masuk akal sekali alasan-alasan mereka. Dari satu sudut, Tun Dr. Mahathir sendiri berkata kenapa harus membayar dengan harga mahal? Ini m

SKANDAL FGV LEBIH BESAR DARI IMDB?

RAKYAT SENTIASA DIPERBODOHKAN OLEH NAJIB DENGAN MENGUMPAN DEDAK.. Skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) lebih besar daripada skandal yang menyelubungi 1MDB kerana ia memberi kesan kepada lebih banyak orang, kata ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram. "Terdapat kecenderungan semua orang dalam pembangkang memberi tumpuan kepada 1MDB, tetapi ada lebih banyak perkara tak masuk akal dan bukan hanya 1MDB sahaja. "Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah FGV," kata Jomo dalam forum bertajuk "Membayangkan Masa Depan: Malaysia Mendepani PRU14" di Bangsar hari ini. Beliau menegaskan bahawa peneroka Felda mengambil bahagian dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) terbesar dunia dengan FGV pada pertengahan 2012, tetapi kini harga saham berkenaan kurang daripada 40 peratus daripada nilai asal. Ini katanya, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'merasuah' peneroka antara lain denga

VETERAN IKRAR PERTAHAN TUN M

Persatuan Patriot Kebangsaan menyelar keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan keputusan itu tidak bertanggungjawab, presidennya Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata pihaknya berikrar akan terus "mempertahankan dan melindungi" bekas perdana menteri itu. "Kita tidak boleh jadi patriot kepada bangsa ini jika tidak bersimpati dengan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan Raja-Raja," katanya dalam satu kenyataan. Keputusan menarik balik pengawal peribadi Mahathir Rabu lalu adalah langkah terbaru dikenakan terhadap negarawan itu sejak beliau menjadi pengkritik kerajaan dan pengerusi gabungan parti pembangkang. Sebelum ini, kontrak tukang masak dan pembantu pejabatnya juga ditamatkan, manakala khidmat polis pengiring juga ditarik balik. Mohd Arshad berkata keputusan itu adalah "amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaru