Wednesday 28 April 2021

Iktibar dari Semut Buat Umat Islam

Jika kamu mengumpulkan 100 semut hitam dan 100 semut merah dan memasukkannya ke dalam bekas kaca,tidak akan terjadi apa-apa.Tetapi jika Kamu mengambil bekas kaca Itu lalu menggoncangkannya dengan keras dan biarkan di atas meja,semut akan mulai saling bunuh-membunuh.  

Semut merah berfikir semut hitam adalah musuh sedangkan semut hitam pula percaya bahawa semut merah adalah musuhnya.Musuh yang sebenarnya adalah orang yang menggoncang bekas kaca,dan hal yang sama ini berlaku di masyarakat kita.
 
Sebelum kita mulai berkelahi antara satu sama lain,kita harus bertanya pada diri kita sendiri.Siapa yang menggoncang bekas kaca? 

Hanya orang bijaksana yang akan faham penulisan ini fikir-fikirkan...

Monday 26 April 2021

PRESIDEN UMNO DALAM KETAKUTAN

Zahid Hamidi sekarang hidup diburu bayang-bayangnya sendiri. Selepas tular surat sokongannya kepada Anwar Ibrahim yang tidak pernah dinafikannya, kemudian tular pula audio perbualannya dengan Anwar, ditambah pula dengan kegagalan demi kegagalannya mengemudi UMNO sejak dipilih menjadi Presiden, dia tahu arus penentangan terhadapnya telah bertukar menjadi gelombang.

Pengkhianatannya terhadap perpaduan Melayu/Islam dengan mengemukakan apa yang disebut sebagai jajaran baharu jelas tidak dapat diterima  bukan sahaja oleh akar umbi UMNO tetapi juga oleh orang Melayu dan umat Islam di Malaysia yang sempurna akal fikirannya. Ini menyebabkan gelombang itu menjadi semakin kuat  dari sehari ke sehari.

Yang tinggal menyokong Zahid hanyalah kumpulan pengampu, orang-orang terdesak dan ahli-ahli parti yang mudah diperbodohkan.

Zahid dan konco-konconya sedang berusaha mencuci otak ahli-ahli UMNO secara halus supaya meninggalkan perjuangan ABATA mereka dan menerima pluralisme serta liberalisme yang dibawa oleh Anwar dan PKR sebagai dokongan baharu dengan berselindung di sebalik istilah jajaran baharu.

Zahid tahu Anwar dan PKR terlalu banyak terhutang kepada DAP. Dalam apa keadaan pun Anwar tidak akan tinggalkan DAP. Menerima Anwar sama seperti menerima DAP. Tetapi Zahid tidak kisah kerana baginya UMNO hanyalah tunggangan untuk menyelamatkan diri daripada dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukannya. Dia tidak peduli bagaimana UMNO akan dikenang asalkan dia tidak disumbat ke Sungai Buluh. 

Mesyuarat MT UMNO pada Ahad, 25 April 2021 akan menjadi medan penting bagi Zahid melaksanakan cita-cita jahatnya mengkhianati perpaduan Melayu/Islam. Bagi tujuan itu Zahid merancang empat strategi utama supaya keputusan MT nanti memihak kepadanya.

Empat strategi itu ialah:
- Menggugurkan Shahidan Kassim dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis. Zahid marah kerana ucapan Shahidan di PAU 2021 tidak menyokongnya. Tindakan menggugurkan Shahidan dilakukan pada  24 April 2021, sehari sebelum MT bersidang. Tujuannya adalah untuk menakut-nakutkan ahli MT yang lain.
- Menggantung keahlian Annuar Musa kerana terlalu kuat menolak jajaran baharu yang merugikan Melayu/Islam dan sebab konsisten berpegang pada prinsip No Anwar No DAP. Bagi Zahid, Annuar Musa melakukan dosa besar sebab cuba menyelamatkan perpaduan Melayu/Islam sekali gus menutup peluang agenda plurarisme dan liberalisme Anwar Ibrahim yang diakui sebagai gurunya.
- Memastikan pengundian dalam mesyuarat MT 25 April 2021 dilakukan secara sulit. Ini bagi membolehkannya memanipulasi undi dan menipu angka supaya keputusan mesyuarat selari dengan kehendaknya.
- Menangguhkan pemilihan UMNO tahun ini sebab dia takut jika ada pemilihan dan jawatannya dipertandingkan, dia akan kalah. Bagi seorang yang tidak berprinsip dalam perjuangan sehingga sanggup mencium kaki musuh, hak ahli untuk memilih tidaklah penting. Yang penting adalah kedudukan dan kepentingan peribadinya.
UMNO mesti menghentikan agenda jahat presiden yang terburuk dalam sejarah ini. Kepada ahli-ahli yang benar-benar sayangkan parti dan perjuangan ABATAnya, perhatikanlah keputusan mesyuarat MT pada 25 April. 

Jangan terima bulat-bulat jika keputusan itu hanya menguntungkan orang tertentu tetapi merugikan parti. ini masanya untuk berkata ‘tidak’ kepada pengkhianat perjuangan Melayu/Islam ini.

Saturday 24 April 2021

Ketika ulama-ulama lain berfatwa solat kena jarak 1 meter ikut kehendak WHO

Benarlah kata Baginda Nabi Muhammad Saw yang berbunyi....

◾SOLAT TARAWIH DI MASJID AL AQSA

Ketika ulama-ulama lain berfatwa solat kena jarak 1 meter ikut kehendak WHO, umat Islam di Palestin tetap berpegang teguh pada ajaran Islam sebenar. Benarlah apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW, kebenaran itu tetap berada di Baitulmuqaddis bukan di Mekah atau di Madinah.

Disebutkan dari Abu Umamah, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya sampai akhirnya datang urusan Allah.”

“Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?”tanya para sahabat. “Mereka berada di Baitul Maqdis dan serambi Baitul Maqdis.”

{Hadis Riwayat Ahmad}

Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-

“Janganlah kamu meninggalkan ruang-ruang bagi syaitan. Barangsiapa yang menyambungnya (saf) maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memotong saf, maka Allah akan memotongnya(iaitu Allah akan memutuskan daripada rahmat dan penjagaan-Nya)”
 
{Hadis Riwayat Abu Daud}

Friday 23 April 2021

GENGHIS KHAN: SATU IKTIBAR KEPADA UMAT ISLAM

Ketika umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh wilayah Islam berhasil dijajah. Di antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.

Pada mulanya, di Khurasan, Tatar tidak berdaya menembusi pertahanan umat Islam di kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:
“Barangsiapa yang menyerahkan senjata dan berada di sisi tentera Tatar, akan di jamin keselamatannya.Tetapi barang siapa yang enggan, kami akan pastikan mereka menyesal.”

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah menjadi dua kelompok. Kelompok yang  pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:
“Seandainya mereka mampu memerangi kita, tidak mungkin mereka membuat tawaran seperti ini. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu di antara dua kebaikan: menang atau syahid penuh bahagia!"

Namun kelompok kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berpendapat:
“Menghadapi Tatar sama seperti ibarat bunuh diri. Tidakkah kalian lihat jumlah mereka dan juga kelengkapan senjata mereka?”

Genghis Khan terus memantau dan mengambil peluang dari pertembungan pendapat di kem umat Islam. Dia seterusnya telah mengirim surat khusus kepada kelompok kedua yang di lihatnya sebagai sasaran berpotensi.

Dalam surat tersebut, Genghis Khan berjanji akan memberikan tampuk pemerintahan Bukhara kepada kelompok kedua ini dengan syarat, mereka menghapuskan kelompok pertama yg dicopnya sebagai ekstrim, radikal dan fanatik.

Tawaran itu menyebabkan kelompok kedua ini mula kelabu mata. Mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah sedikit pun dan bersedia untuk memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar!

Kemudian tercetuslah pertempuran sesama umat Muslim. Mereka saling berbunuhan sesama sendiri. Akhirnya,kelompok yang teguh berjihad demi mempertahankan tanah air itu di takdirkan tumpas di tangan saudara2nya sendiri yang menjual Islam demi dunia.

Seterusnya, apakah yg terjadi?

Ia adalah satu khabar yang amat menyedihkan.

Pihak yang menerima tawaran Tatar itu telah di perdaya. Mereka langsung tidak diberi ganjaran yang dijanjikan. Bahkan, senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan disembelih tanpa seorang pun yg terselamat.

Genghis Khan memberikan ucapan dan sambutan meriah tatkala tenteranya melakukan penyembelihan ke atas  umat Islam yg mengkhianati saudara2nya dengan kata masyurnya:

“Mereka sanggup memerangi saudara2 sendiri demi kita, padahal kita orang asing bagi mereka! Orang2 semacam ini mustahil akan kita beri kepercayaan".

Wednesday 21 April 2021

Allahu Rabbi.. hiba hati setiap kali bertembung dengannya..

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

#MTI

Kita jumpa SESIAPA PUN dalam keadaan begini.. janganlah dihina atau dipandang rendah..

Dia mengalami masalah jiwa dan mental.. SELALU SAYA JUMPA BERJALAN MENGUNDUR DI AREA RAPAT SETIA IPOH..

SIAPA BELIAU INI?

Memeluk Islam ketika umur 18 tahun..
Beliau adalah senior dan pernah menjadi ketua asrama saya di maahad dulu..

Menyambung pengajiannya di MOROCCO (MAGHRIBI).. orangnya sangat berilmu dan fasih bahasa arab.. Kemudian berusaha sambung pengajiannya ke MADINAH tetapi gagal..

Jika terjumpa beliau.. hulurkanlah sedekah padanya.. kadang kala.. kita tak tahu.. manusia begini.. pernah menjadi orang hebat satu ketika dulu..

Allahu Rabbi.. hiba hati saya setiap kali bertembung dengannya..

#Muhammad_Gananathan
#Allah_Sebaik_Penilai
#Diam_Tenang_Senyum

Tuesday 20 April 2021

Mengapa Umat Muslim Ramai Baca Al Qur'an di Bulan Ramadhan...?

*Huruf dalam Alquran*

Sejak 1200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis,

 Maka IMAM SYAFI'I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURĀN secara detail dan tepat

IMAM SYAFI'I dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an di susun sesuai dgn banyaknya :

o ا Alif  : 48740 huruf,
o ل Lam : 33922 huruf,
o م Mim : 28922 huruf,
o ح Ha ’ : 26925 huruf,
o ي Ya’ : 25717 huruf,
o و Waw : 25506 huruf,
o ن Nun : 17000 huruf,
o لا Lam alif : 14707 huruf,
o ب Ba ’ : 11420 huruf,
o ث Tsa’ : 10480 huruf,
o ف Fa’ : 9813 huruf,
o ع ‘Ain : 9470 huruf,
o ق Qaf : 8099 huruf,
o ك Kaf : 8022 huruf,
o د Dal : 5998 huruf,
o س Sin : 5799 huruf,
o ذ Dzal : 4934 huruf,
o ه Ha : 4138 huruf,
o ج Jim : 3322 huruf,
o ص Shad : 2780 huruf,
o ر Ra ’ : 2206 huruf,
o ش Syin : 2115 huruf,
o ض Dhadl : 1822 huruf,
o ز Zai : 1680 huruf,
o خ Kha ’ : 1503 huruf,
o ت Ta’ : 1404 huruf,
o غ Ghain : 1229 huruf,
o ط Tha’ : 1204 huruf dan terakhir
o ظ Dza’ : 842 huruf.

*Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣  (satu juta dua puluh tujuh ribu)*.

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

Jika 1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan
 
Di bulan Ramadhan ALLAH gandakan lagi 70x kebaikan.... so, kira-kiralah hitunglah sendiri... 😊😊😊

 Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca Al-Quran, bertadarrus dan kalau mampu memahami maknanya
Wallahu a'lam..

SYAFA'AT AL QUR'AN DI DALAM KUBUR

Semoga kita termasuk di dalam golongan orang orang ini...aamiin !!!

*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur.*

- Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam  bersabda: “Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).

Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang - orang sibuk dgn kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba -tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

-Setelah dikuburkan dan orang - orang mulai meninggalkannya, datanglah 2 malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia di masukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata,”Aku adalah Al Quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

-Jangan khawatir setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.”

-Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan  permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la. (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, selalu saja ada getaran haru selepas membaca hadits ini. Getaran penuh pengharapan sekaligus kekhawatiran. Getaran harap karena tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus getaran takut, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Yaa Allah… terimalah bacaan Al-Quran kami. Sempurnakanlah kekurangannya.

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhana wa Ta'ala Aamiin..

*Oleh: Prof.DR. Ahmad  Sathori Ismail.*

Sunday 18 April 2021

Ini kes jenayah, Perlu apa minta maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong?

Drama baik punya

Sebenarnya ramai ter pk Bab ini, satu bab lagi Bangsat ni tak reti berbahasa Kebangsaan ke? Lakunan Drama ini seolah tlh diajar skripnya dr dlm lg. Logik ke korang rasa dia boleh pk nak mintak maaf dekat Agung? Klau tak ada yg ajarkan..... korang ingat bangsat2 ni semua pernah pk ke pasal Agung. Pergerakan cantik2 dah info pd Wartawan. Fikirkan & akan ada byk lg sketsa selepas ini

Kenapa suspek masih dalam reman diurus oleh polis buat permohonan maaf? 
Soal Ahli Dewan Negara pada IGP
April 18, 2021 9:15 am

Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cukup istimewa oleh polis sehingga boleh tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong.

Pada saya ini mesej yang salah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau membenarkan layanan istimewa diberikan kepada suspek ini, sementalah lagi namanya sendiri selaku Ketua Polis Negara ada disebut dan terkait dalam laporan polis oleh mangsa, yang telah pun tular di media sosial.

Abdul Hamid tidak boleh membisu kerana ketika reman masih belum selesai dan siasatan sedang berjalan, dua anggota polis ditugaskan khas untuk mengiringi suspek bertemu pihak media, sedangkan apa yang sepatutnya dibuat adalah melengkapkan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.

Justeru, saya menuntut Abdul Hamid sendiri perlu tampil memberi penjelasan dalam isu ini bagi membuktikan kesungguhan beliau dalam memerangi sebarang salah laku dalam pasukan polis.

Ini kes jenayah. Perlu apa minta maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong?

Apakah dengan penyataan maaf ini, maka kes jenayah kekerasan yang dilakukan akan ditutup dan suspek berkenaan akan bebas dan lepas begitu sahaja?

Apakah emas 100 kg dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM28.54 juta berserta pistol yang dirampas bakal dipulangkan dan suspek akan kembali dengan bergaya menjalankan aktivitinya haram selepas ini?

Jika itu mesej yang cuba disampaikan pihak polis, maka layanan serupa juga perlu diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana sehingga kini barangan rampasan milik bekas Perdana Menteri tersebut terkait siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dikembalikan oleh polis.

Kepada Abdul Hamid, saya menegaskan bahawa apa yang rakyat dan umat Islam hendak tengok dalam kes ini ialah suspek segera didakwa, umat Islam tidak dahagakan permohonan maaf dari suspek yang bangsat ini.

YB Senator Muhammad Zahid Md Arip Ahli Dewan Negara | SDC

Friday 16 April 2021

Puak Kafir Semakin Berani

Lanjutan dari kisah 2 bodyguard yang telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan, ditumbuk dan ditendang sambil diacukan pistol oleh majikannya kerana berpuasa. 

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami lebam di bahagian belakang badan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. 

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan suspek sudah pun kena cekup. Kes diasat dibawah Sek 323 Kanun Keseksaan dan Sek 506 Kanun Keseksaan. 

Jika dilihat kepada kecederaan dialami dan cara kecederaan dialami, maka kesalahan yang terungkai ialah dibawah Sek 326 Kanun Keseksaan dan bukannya Sek 323 Kanun Keseksaan.

Seksyen 323 Kanun Keseksaan ialah seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Sedangkan Seksyen 326 Kanun Keseksaan ialah dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula ialah kesalahan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Semoga keadilan ditegakkan kepada kedua bodyguard ini dengan siasatan dibawah kesalahan yang lebih tepat dilakukan.

Pekerja suspek yang ambil kesempatan memukul kedua-dua mangsa dengan rotan menggunakan sebatang rotan sehingga menyebabkan pengadu mendapat kecederaan lebam dan mengalami darah beku wajar juga dicekup.

Monday 12 April 2021

Dasar pecah dan perintah

Dulu : India kuasai perladangan & estate, cina kuasai perniagaan, Melayu kuasai politik

Skrg: India kuasai perkhidmatan professional (e.g. guaman), cina kuasai politik dan perniagaan, melayu (serba serbi sikit-sikit, takda industri yang betul-betul kekuatan melayu)

Sunday 11 April 2021

Perlu Satu Penyelesaian Untuk Membantu Rakyat Yang Tidak Mampu Membeli Rumah

Rumah sekarang terlalu mahal. Mungkin kerajaan boleh buat satu dasar baru yakni membenarkan tanah tanah malay reserve untuk disewakan secara pajakan kepada rakyat yang tidak berkemampuan untuk mereka letakkan rumah kontena.

Tak perlu ruang yang terlalu besar untuk meletakkan rumah kontena.

Disamping dapat menyelamatkan tanah malay reserve dari tergadai, ia juga dapat mendatangkan sumber pendapatan kepada kerajaan hasil sewaan pajakan tersebut.

*sesiapa yg ada kabel ngn Menteri Besar mohon cadangkan. Demi rakyat golongan marhaen.

Friday 9 April 2021

Untuk Renungan Orang Politik

Apabila kita hidup, kita rasa kita tidak cukup untuk berbelanja.

Apabila kita pergi, masih terdapat banyak wang yang tidak dibelanjakan berada didalam bank.

Ada satu kisah seorang hartawan meninggal dunia. Beliau meninggalkan balunya sejumlah $1.9 bilion di bank.

Balunya kemudian berkahwin dengan pemandu muda beliau.

Pemandu itu berkata, "Selama ini saya fikir saya telah bekerja untuk bos saya. Sekarang baru saya tahu bahawa bos saya sepanjang masa bekerja untuk saya!"

😂😂😂

Wednesday 7 April 2021

Viral perbualan suara mirip Anwar dan Zahid

Terbaru viral berkenaan suara mirip anwar dan zahid berbual berkenaan mahu menjatuhkan kerajaan Mahiaddin. 

Dalam perbualan itu berkisar berkenaan strategi dan tektikal mendapatkan mandat ahli umno agar menyerahkan kuasa penuh kepada presiden parti agar mengarahkan ahli parlimen umno untuk menarik sokongan secepat mungkin.

Dalam perbualan itu juga suara mirip zahid mencerca ahli parlimen umno sebagai penakut kerana tidak mahu meletak jawatan sebagai menteri.

Suara mirip anwar juga dikatakan memuji zahid dengan mengatakan inilah pertama kali beliau begitu bangga dengan zahid.

Namun begitu anwar kelihatan agak kecewa dengan tindakan lembab zahid yang gagal mengarahkan menteri letak jawatan dan zahid juga tidak mampu mempengaruhi ahli parlimen umno untuk keluar dari kerajaan secepat mungkin.

Politik negara semakin menarik dan bertambah kucar kacir. Rasanya selayaknya umno diharamkan kerana mempunyai pemimpin yang perangai haram macam ni.

Monday 5 April 2021

Drama yg belum berakhir

Terkejut juga membacanya. Dakwaan mengutip tandatangan utk menjatuhkan Presiden sesuatu yg serius.Ia berlaku September yg lalu.. saya yg masih merupakan SUA BN dan Koordinator PRN Sabah ketika itu tidak pun mengetahuinya. Ogos dan September 2020 sememangnya mencatatkan byk peristiwa "maneuvering" politik berlaku, tetapi tidak di baca oleh kebanyakan "warlords" dan akar umbi.

Klikhttps://www.malaysiakini.com/news/569361

Apapun, alhamdulillah bila usaha "insubordination" itu di "counter" dgn tindakan strategik menjinakkan pihak yg terlibat dengan memberikan mereka posisi yg mereka mahu, menjadikan mereka "partners in crime" dan perlahan lahan mengenepikan mereka yg di jangka menghalang jajaran baru, keadaan kelihatan "settled".

Inilah dinamika belakang tabir,yg masih menyembunyikan misterinya yg sebenar.

Jajaran baru yg di modifikasi,dan hanya separa hidangan di bawa demi mengelak akar umbi menghidu apa sebenarnya nak di lakukan.

September dan Oktober 2021 adalah bulan bulan "berubah hala".. ketika inilah, keputusan me mendaftar MN berubah. Jemputan kpd PPBM terbeku.Kerjasama PRN Sabah separuh rosak. Neratif Kjaan PN kononnya gagal mula di dendang. Perak bertukar tangan. Biro Politik menuntut jawatan TPM. Pertemuan sulit dgn "musuh" di adakan dan byk lagi.

Ini membawa kepada beberapa gelombang percubaan menjatuhkan kjaan PN tetapi gagal.. sehinggalah kpd gerakan membawa "usul akar umbi"yg di rancang rapi.

Terkini, Kejayaan mengatur PAU2020 di sambut gembira dan bangga oleh "para perancang" dan pihak berkepentingan, luar dan dalam.

Namun apa yg sedang berlaku di belakang tabir masih belum di fahami akar umbi, hatta kebanyakan warlords..

Buat masa ini kita lega dgn dasar NO ANWAR,NO DAP,NO PPBM.. Kita lega dgn Peristiharan Presiden bahawa tiada sebarang perhitungan dgn pkr atau Anwar. Bahawa keputusan ini tulus,demi cinta pada parti. Yg lain itu makhlok perosak, tidak jantan, Apek Lempang, broker, lalang, opportunis dan sebagainya..

Klikhttps://www.facebook.com/133347436726997/posts/3980403788687990/

SESUNGGUHNYA segalanya baru bermula. Jajaran baru yg meninggalkan jajaran Asal. Namun, drama nya belum berakhir. Belum jelas siapa heronya siapa crooknya.. siapa pula penulis skripnya dan sutradaranya..

Lazimnya, sebelum panggong di tutup dan di akhir jalan cerita barulah di maklum pada penontonnya.. elok tunggu.

Tan Sri Annuar Musa

Sunday 4 April 2021

Terhimpit hendak diatas, Terkurung hendak diluar

Asia tenggara tersepit diantara 2 kuasa besar dunia yakni Amerika ataupun China. Masing2 kuasa besar ini berlumba untuk melebarkan pengaruh mereka. Dan lebih ironiknya kedua kedua kuasa besar itu sebenarnya sedang di lagakan untuk berperang sesama sendiri oleh satu kumpulan tangan ghaib yang suatu ketika dahulu mencipta perbagai peperangan termasuk perang dunia pertama dan kedua. 

Malaysia sedang dijerut untuk bernaung dibawah negara China selepas Korea Utara memberi ugutan untuk menyerang. Ini kerana kes yang berlaku baru baru ini dimana Malaysia telah menghantar rakyat korea untuk ditahan ke Amerika.

Malaysia benar benar terkepit apabila China telah menuntuk hak keatas Laut China Selatan dan tentera dan senjata telah diletakkan di sana. Ini membuatkan tentera China terlalu dekat dengan Malaysia dan agak lambat untuk tentera Australia dan negara komanwel yang lain datang membantu sekiranya negara diserang.

Pada awalnya Malaysia cuba bermain playsafe dengan menjaga hati Amerika dan China apabila mengorbankan berbillion ringgit untuk membeli vaksin bagi mengampu kedua kuasa besar tersebut tapi nampaknya mereka mahukan lebih dari wang ringgit. 

Agak merisaukan apabila kerajaan terpaksa mengorbankan rakyat sendiri dalam usaha mengampu kuasa besar. Dan pengorbanan itu lebih mudah sekiranya dikorbankan golongan melayu Islam.

Ini kerana orang melayu Islam sedang leka berbalah sesama sendiri dan tidak mengambil peduli saudara sebangsa dan seagamanya mati.

Tapi seandainya terlalu ramai melayu dikorbankan maka siapakah yang akan keluar mengundi untuk parti parti melayu Islam ini?

Fikir fikirkan...

Friday 2 April 2021

UMNO akan mengganas sekiranya berkuasa

Melihatkan kepada ucapan para perwakilan dan pemimpin umno tempohari didalam PAU rata rata kita dapat rumuskan mereka didalam keadaan marah dan sanggup membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Mereka menyerang sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka walaupun rakan rakan didalam parti mereka sendiri.

Malah nada mahu membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka pada PRU lepas juga jelas kelihatan.

Ini benar benar menakutkan pengundi untuk berpatah balik kepada UMNO walaupun mereka sudah meluat kepada PH.

Nampaknya Umno tidak boleh diberi kuasa kerana sifat pendendam mereka begitu menebal dan tidak pernah mahu mengaku kesalahan sendiri yang menyebabkan mereka kehilangan kuasa.

Sikap suka menyalahkan orang lain dan menyerang orang keliling yang tidak bersependapat dengan mereka adalah sikap buruk yang bakal menjauhkan rakyat dari umno.

Nampaknya teori RAHMAN yang mengatakan najib adalah pemimpin terakhir dari umno semakin menjadi kenyataan.

Umno tidak boleh dibenarkan bangkit kerana mereka akan mengganas dan menghukum semua orang yang pernah tidak menyokong mereka.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...