Wednesday, 7 April 2021

Viral perbualan suara mirip Anwar dan Zahid

Terbaru viral berkenaan suara mirip anwar dan zahid berbual berkenaan mahu menjatuhkan kerajaan Mahiaddin. 

Dalam perbualan itu berkisar berkenaan strategi dan tektikal mendapatkan mandat ahli umno agar menyerahkan kuasa penuh kepada presiden parti agar mengarahkan ahli parlimen umno untuk menarik sokongan secepat mungkin.

Dalam perbualan itu juga suara mirip zahid mencerca ahli parlimen umno sebagai penakut kerana tidak mahu meletak jawatan sebagai menteri.

Suara mirip anwar juga dikatakan memuji zahid dengan mengatakan inilah pertama kali beliau begitu bangga dengan zahid.

Namun begitu anwar kelihatan agak kecewa dengan tindakan lembab zahid yang gagal mengarahkan menteri letak jawatan dan zahid juga tidak mampu mempengaruhi ahli parlimen umno untuk keluar dari kerajaan secepat mungkin.

Politik negara semakin menarik dan bertambah kucar kacir. Rasanya selayaknya umno diharamkan kerana mempunyai pemimpin yang perangai haram macam ni.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...