Sunday, 4 April 2021

Terhimpit hendak diatas, Terkurung hendak diluar

Asia tenggara tersepit diantara 2 kuasa besar dunia yakni Amerika ataupun China. Masing2 kuasa besar ini berlumba untuk melebarkan pengaruh mereka. Dan lebih ironiknya kedua kedua kuasa besar itu sebenarnya sedang di lagakan untuk berperang sesama sendiri oleh satu kumpulan tangan ghaib yang suatu ketika dahulu mencipta perbagai peperangan termasuk perang dunia pertama dan kedua. 

Malaysia sedang dijerut untuk bernaung dibawah negara China selepas Korea Utara memberi ugutan untuk menyerang. Ini kerana kes yang berlaku baru baru ini dimana Malaysia telah menghantar rakyat korea untuk ditahan ke Amerika.

Malaysia benar benar terkepit apabila China telah menuntuk hak keatas Laut China Selatan dan tentera dan senjata telah diletakkan di sana. Ini membuatkan tentera China terlalu dekat dengan Malaysia dan agak lambat untuk tentera Australia dan negara komanwel yang lain datang membantu sekiranya negara diserang.

Pada awalnya Malaysia cuba bermain playsafe dengan menjaga hati Amerika dan China apabila mengorbankan berbillion ringgit untuk membeli vaksin bagi mengampu kedua kuasa besar tersebut tapi nampaknya mereka mahukan lebih dari wang ringgit. 

Agak merisaukan apabila kerajaan terpaksa mengorbankan rakyat sendiri dalam usaha mengampu kuasa besar. Dan pengorbanan itu lebih mudah sekiranya dikorbankan golongan melayu Islam.

Ini kerana orang melayu Islam sedang leka berbalah sesama sendiri dan tidak mengambil peduli saudara sebangsa dan seagamanya mati.

Tapi seandainya terlalu ramai melayu dikorbankan maka siapakah yang akan keluar mengundi untuk parti parti melayu Islam ini?

Fikir fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...