Terkejut juga membacanya. Dakwaan mengutip tandatangan utk menjatuhkan Presiden sesuatu yg serius.Ia berlaku September yg lalu.. saya yg masih merupakan SUA BN dan Koordinator PRN Sabah ketika itu tidak pun mengetahuinya. Ogos dan September 2020 sememangnya mencatatkan byk peristiwa "maneuvering" politik berlaku, tetapi tidak di baca oleh kebanyakan "warlords" dan akar umbi.
Klikhttps://www.malaysiakini.com/news/569361
Apapun, alhamdulillah bila usaha "insubordination" itu di "counter" dgn tindakan strategik menjinakkan pihak yg terlibat dengan memberikan mereka posisi yg mereka mahu, menjadikan mereka "partners in crime" dan perlahan lahan mengenepikan mereka yg di jangka menghalang jajaran baru, keadaan kelihatan "settled".
Inilah dinamika belakang tabir,yg masih menyembunyikan misterinya yg sebenar.
Jajaran baru yg di modifikasi,dan hanya separa hidangan di bawa demi mengelak akar umbi menghidu apa sebenarnya nak di lakukan.
September dan Oktober 2021 adalah bulan bulan "berubah hala".. ketika inilah, keputusan me mendaftar MN berubah. Jemputan kpd PPBM terbeku.Kerjasama PRN Sabah separuh rosak. Neratif Kjaan PN kononnya gagal mula di dendang. Perak bertukar tangan. Biro Politik menuntut jawatan TPM. Pertemuan sulit dgn "musuh" di adakan dan byk lagi.
Ini membawa kepada beberapa gelombang percubaan menjatuhkan kjaan PN tetapi gagal.. sehinggalah kpd gerakan membawa "usul akar umbi"yg di rancang rapi.
Terkini, Kejayaan mengatur PAU2020 di sambut gembira dan bangga oleh "para perancang" dan pihak berkepentingan, luar dan dalam.
Namun apa yg sedang berlaku di belakang tabir masih belum di fahami akar umbi, hatta kebanyakan warlords..
Buat masa ini kita lega dgn dasar NO ANWAR,NO DAP,NO PPBM.. Kita lega dgn Peristiharan Presiden bahawa tiada sebarang perhitungan dgn pkr atau Anwar. Bahawa keputusan ini tulus,demi cinta pada parti. Yg lain itu makhlok perosak, tidak jantan, Apek Lempang, broker, lalang, opportunis dan sebagainya..
Klikhttps://www.facebook.com/133347436726997/posts/3980403788687990/
SESUNGGUHNYA segalanya baru bermula. Jajaran baru yg meninggalkan jajaran Asal. Namun, drama nya belum berakhir. Belum jelas siapa heronya siapa crooknya.. siapa pula penulis skripnya dan sutradaranya..
Lazimnya, sebelum panggong di tutup dan di akhir jalan cerita barulah di maklum pada penontonnya.. elok tunggu.
Tan Sri Annuar Musa
No comments:
Post a Comment