Tuesday 27 May 2014

Telefon Pintar Terbaik Mengikut Kategori

BOLEH dikatakan hampir semua menggunakan telefon pintar untuk memeriksa e-mel, Facebook, merakam gambar, melayari Internet, bermain permainan serta pelbagai kegunaan.

Tapi bagaimana kita memilih telefon pintar yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan?

Misalnya iPhone menawarkan antara muka yang intuitif dan pelanggan boleh mendapat aplikasi (apps) yang lebih menarik.

Telefon dengan platform Android bagaimanapun menawarkan skrin lebih lebar, lebih ciri menarik dan lebih pilihan peribadi.

Manakala telefon pintar dengan platform Windows sesuai bagi pengguna baru telefon pintar.

Di sini terdapat telefon pintar yang dikelaskan kepada beberapa kategori;

TERBAIK KESELURUHAN

Gabungan telefon dan tablet, Samsung Galaxy Note 3 menampilkan skrin Full HD, pemprosesan Snapdragon 800 super pantas dengan lebih 11 jam hayat bateri.

Samsung juga membuat pelbagai peningkatan kepada perisian pen, menjadikan pengguna lebih mudah mengambil, menyalin serta berkongsi nota.

Pengguna yang sering melakukan pelbagai tugasan pada masa sama bukan saja boleh membuka dua apps bersebelahan tetapi menarik kandungan dari satu tingkap ke tingkap lain serentak.

Apa yang menarik, Samsung Galaxy Note 3 memfokuskan kepada sokongan penggunaan S-Pen dan dilengkapi skrin bersaiz 5.7-inci Super AMOLED HD.

Samsung Galaxy Note 3 menggunakan platform Android 4.3 Jelly Bean, cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz dan kamera 13-megapixel.

Galaxy Note 3 juga turut membawakan beberapa fungsi baru, termasuk ScrapBook dan juga MyMagazine, Action Memo, S Finder, Pen Window dan Screen Write.

TERBAIK BAGI KATEGORI APPS DAN KAMERA

iPhone S5 adalah salah satu telefon pintar terbaik dan memberikan kelajuan yang tinggi hasil reka bentuk cip terbaru A7 Apple dan 64 bit.

Ini menunjukkan perkembangan keseluruhan dan kuasa grafik ditambah dengan iPhone 5S menawarkan kamera yang dipertingkatkan dengan piksel lebih besar dengan dua flash.

Ciri Touch ID membenarkan pengguna membuka peralatan dan membuat pembayaran melalui penderiaan cap jari bina dalam.

Secara ringkasnya bateri iPhone 5S boleh tahan lebih 200 jam (masa menunggu), lapan jam melayari Internet 3G dan 10 jam hanya menonton video.

Bagi yang suka FaceTime, iPhone 5 didatangkan dengan Facetime HD yang lebih stabil.

TERBAIK BAGI KATEGORI WINDOWS

Lumia 1020 dari Nokia dengan pakej penderiaan 41 megapiksel bersama-sama dengan enam lensa Carl Zeiss.

Keputusannya Lumia 1020 adalah kamera telefon terbaik, sempurna dengan keupayaan untuk zoom dekat atau jauh pada gambar selepas dirakam.

Pengguna juga gemar app Pro Camera yang tweak pendedahan, fokus dan lebih melalui kawalan. Ini adalah telefon pintar Windows yang terbaik.

Nokia Lumia 1020 memfokuskan kepada teknologi pengimejan dan kamera, ia menyertakan sokongan sensor 41-megapixel, sokongan penstabilan imej, serta Xenon Flash.

Lensa Carl-Zeiss turut disertakan, membolehkan rakaman gambar lebih jelas. Berbeza dengan PureView 808 sebelum ini, ia dikatakan sensor pada Lumia 1020 lebih sensitif.

Menurut Nokia, kamera kini telah menjadi salah satu faktor utama, apatah lagi dengan lebih satu bilion gambar dikongsi pengguna setiap hari.

Dengan teknologi pengimejan Nokia, ia membolehkan gambar dirakamkan pada kualiti yang amat baik, tidak kira pada sebarang keadaan cahaya.

TERBAIK BAGI KATEGORI FUNGSI

Telefon pintar Samsung S4 menampilkan ciri inovatif kepada rekaan paling ringan dengan paparan yang besar dan cantik sebesar 5 inci.

Dengan kamera 13 MP yang hebat, ia memberikan peluang pengguna merakam gambar menggunakan kedua-dua kamera di depan dan belakang pada masa yang sama.

Pengguna juga boleh mengawal S4 menggunakan gestures seperti melambaikan tangan di hadapan kamera di depan skrin bagi menjawab panggilan atau menyelak gambar.

Ditambah pula dalam pemprosesan quad-core yang berkuasa, akses mudah pada setting dan kawalan jauh tv bina dalam dan ia mudah dikenali mengapa Galaxy S4 adalah salah satu telefon pintar terbaik.

Galaxy S4 Active memfokuskan kepada mereka dengan gaya hidup aktif, dan memerlukan peranti yang tahan lasak berbanding Galaxy S4 biasa.

Thursday 22 May 2014

Gempar: Pendedahan Berkenaan Mahathir

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga
Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope
mendedahkan perancangan ‘Black Out’
seluruh negara pada tahun 1992 yang
bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga
Bebas (IPP) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau
‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143
surat yang menceritakan permulaan IPP, dimana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itumemaksa TNB menyerahkan tanah di Paka,Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk
menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka.

Pembiayaannya tidak ada masalah dan
kredit kami adalah sangat tinggi. Kami
mempunyai tanah dan bersedia untuk
membina loji.

“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB
menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit
(kwh) dan membekalkannya pada 17 sen
seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik
pada 23 sen seunit yang menyebabkan
TNB perlu mengenakan caj dengan kadar
tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan
perjanjian itu menyebabkan 20 juta
pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU
hanya memberikan kami terma dan
meminta kami bersetuju. Saya kata tidak
mungkin,” katanya yang terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu.

Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.
Berdasarkan laporan tahunan Petronas
pada 2008, IPP mendapat subsidi gas
berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB
pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

Subsidi itu menyebabkan kontroversi
kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.

“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan
dengan 40 peratus rizab berlebihan yang
kita ada hari ini, seseorang hanya perlu
menghasilkan setengah keupayaan
seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui.

Syabas EPU –Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh
menjunam daripada 20 sen pada tahun
1993 berkurangan kepada 10 sen pada
tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar tenaga yang telah
mendapat kadar keuntungan sehingga
berbillion ringgit adalah

Genting Sanyen
Power Sdn. Bhd,
Powertek Berhad,
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd
SEV 2nd,
YTL Power Generation Sdn. Bhd,
ARL Tenaga Sdn. Bhd,
TNB Janamanjung Sdn. Bhd,
Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn.
Bhd,
Prai Power Sdn. Bhd,
GB3 Sdn. Bhd
Tanjung Bin Sdn. Bhd.

Monday 19 May 2014

UMNO Tidak Berani Ambil Tindakan Terhadap Ibu Calon Dap Teluk Intan

TELUK INTAN: Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.
Yammy Samat adalah ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu
“Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini,” katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.
Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.
Beliau turut menyerahkan kepada UMNO jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.
Beliau dipetik sebagai berkata “"Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen ini,”.
Terdapat desakan daripada NGO veteran UMNO yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara teranga-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti.astroawani

Najib Perlu Belajar Ekonomi dari Penjual Laksa Ini

Renungan bersama.. SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN KPD KITA.

SUATU HARI SEDANG SAYA MEMBERSIHKAN HALAMAN, LALU SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS, MENAIKI MOTOSIKAL MENGELILINGI KAMPUNG.

OLEH KERANA MATAHARI TELAH MAKIN MERENDAH SELEPAS ASAR, SAYA PUN BERHENTI REHAT.

APABILA NAMPAK PENJUAL LAKSA BERAS LALU, SAYA PUN MEMANGGIL UNTUK MERASA LAKSA BERASNYA.

SETELAH MEMESAN DAN MEMBAYAR HARGA BAGI 5 BUNGKUS LAKSA BERAS, SAYA MELIHAT PENJUAL ITU MEMBAHAGIKAN DUIT YANG SAYA BAYAR KEPADA 3 TEMPAT.

DUIT ITU DI BAHAGI 3, 1/3 KE DALAM DOMPET, 1/3 KE DALAM LACI DUIT DAN 1/3 KE DALAM BEKAS SEPERTI TABUNG.

MELIHAT KEADAAN ITU, MENJADIKAN SAYA TERUJA INGIN TAHU KENAPA DUIT-DUIT ITU DIASINGKAN.

MAKA TERUS SAYA BERTANYA, “PAK CIK KENAPA PAKCIK ASING-ASINGKAN DUIT TERSEBUT?”

PAKCIK ITU PUN MENJAWAB, DUIT YANG MASUK DOMPET DIGUNAKAN UNTUK PERBELANJAAN PERNIAGAAN DAN KELUARGA, DUIT YANG MASUK TABUNG UNTUK SIMPANAN PENYEMPURNAAN AGAMA DAN DUIT YANG MASUK LACI UNTUK INFAK.

"DALAM SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI, ADA HAK ORANG LAIN JUGA

WALAUPUN SIKIT, KITA WAJAR BERBAGI SAMA.

SAYA MENGGILIRKAN WANG ITU ANTARA BEBERAPA SURAU DAN MASJID.

ATAU UNTUK RUMAH ANAK YATIM JUGA.

SELAMA LEBIH 20 TAHUN SAYA BERNIAGA LAKSA BERAS, DARI BERBASIKAL, SEKARANG SUDAH BERMOTORSIKAL, SETIAP TAHUN SAYA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN WALAU PUN CUMA 1 EKOR KAMBING YANG SEDERHANA BESAR.

ALHAMDULLILAH, SARANAN AGAMA, WALAUPUN SUNAT, IA DAPAT DILAKUKAN.

SETIAP HARI SAYA MULA BERNIAGA DARI PUKUL 11.00 PAGI.

APABILA TIBA DIMANA-MANA KAMPUNG, MENJELANG WAKTU SOLAT SAMADA ZOHOR ATAU ASAR, SAYA AKAN BERHENTI UNTUK SOLAT BERJEMAAH DI MANA –MANA MASJID/SURAU KAMPUNG BERKENAAN.

SAYA TIDAK AKAN LUPA MEMASUKKAN SEDIKIT HASIL JUALAN LAKSA BERAS INI KE TABUNG MASJID/SURAU WALAUPUN SEDIKIT.

WALAUPUN CUMA MENJUAL LAKSA BERAS, SAYA TETAP DAPAT MENGERJAKAN SOLAT DI AWAL WAKTU SECARA BERJEMAAH .

DAPAT MENGINFAK WANG HASIL JUALAN LAKSA BERAS UNTUK DIKONGSI DENGAN ORANG LAIN.

SAYA SUKA BERNIAGA MENGELILINGI KAMPUNG DAN BERHENTI SOLAT DI MANA-MANA SURAU ATAU MASJID YANG DITEMUI MENJELANG WAKTU SOLAT.

SAYA PERNAH DENGAR TUAN GURU KATA, NANTI DI MAHKAMAH AKHIRAT, BUMI DAN HARI AKAN MENJADI SAKSI.

MAKA NANTI BUMI AKAN BERKATA, SI POLAN PERNAH SOLAT DI SINI, DISINI, DI SINI.

HARI ISNIN SIPOLAN SOLAT DI MASJID INI, HARI SELASA SI POLAN SOLAT DI SURAU INI.

DAN SETERUSNYA...

SAYA TIDAK KAYA, TIDAK PUNYA HARTA YANG BANYAK UNTUK MELAKSANAKAN WAKAF, NAMUN SAYA TETAP BERSEDEKAH IKUT REZEKI YANG ALLAH BERIKAN KEPADA SAYA SETIAP HARI.

DUIT DALAM TABUNG PULA SEBAGAI SIMPANAN UNTUK MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM.

ISLAM TERDIRI DARI 5 RUKUN, MENGERJAKAN HAJI ADALAH RUKUN KE 5.

ADAKAH SOLAT ITU SEMPURNA JIKA RUKUNNYA TIDAK SEMPURNA?

SAYA MERASAKAN ISLAM SAYA TIDAK AKAN SEMPURNA JIKA RUKUNNYA SAYA TIDAK SEMPURNAKAN.

OLEH ITU SAYA MAHU BERUSAHA MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM KE 5 IAITU MENGERJAKAN HAJI.

JIKA TIDAK MENABUNG, BAGAIMANA MUNGKIN SAYA DAPAT MENGERJAKAN HAJI KERANA IA MEMERLUKAN BIAYA YANG BESAR?"

TERPEGUN SAYA DENGAN JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS INI.

SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS, MEMPUNYAI MISI DAN VISI YANG JELAS SEBAGAI SEORANG ISLAM.

“PAKCIK, BUKANKAH MENGERJAKAN HAJI BAGI YANG MAMPU SAJA, JIKA TIDAK MAMPU KITA TIDAK DITUNTUT UNTUK MENGERJAKANNYA.”

“BAGAIMANA BOLEH MAMPU JIKA KITA TIDAK USAHA MENUJU KE ARAH MAMPU?

JIKA TIDAK MENABUNG, BAGAIMANA MUNGKIN AKAN MAMPU MENGERJAKAN HAJI SUATU HARI NANTI?

MAMPU ITU KITA SENDIRI YANG TENTUKAN.

ADAKAH SELAMANYA KAMU MAHU HIDUP MISKIN JIKA KAMU TIDAK USAHA MENJADI KAYA DENGAN MENABUNG SEDIKIT-SEDIKIT MENGUMPUL MODAL BAGI MELUASKAN PERNIAGAAN?”

MASYAALLAH, BEGITU JELAS SEKALI FIKIRANNYA TENTANG MAKSUD MAMPU.

TERSENTAP HINGGA HUJUNG HATI BILA MEMBANDING DIRI INI DENGAN PAKCIK YANG HANYA MENJUAL LAKSA BERAS BERMOTOSIKAL MENGELILINGI KAMPUNG.

MUKA SAYA BAGAI DITAMPAR-TAMPAR KERANA BERILMU TETAPI TIDAK BERAMAL.

SIAPA YANG SANGKA DAN AMBIL PEDULI AKAN KEJERNIHAN FIKIRAN PAKCIK DALAM MELAKSANAKAN SYARIAT AGAMA ISLAM INI???

Saturday 17 May 2014

Bani Saud Memulakan Modus Operandi dengan Menyekat Para Imam Masjidil Haram

Pemerintah Saudi telah menuduh empat orang Imam terkenal Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi menjadi anggota dan memiliki hubungan kait dgn Jemaah Ikhwanul Muslimin yang telah didaftarkan sebagai kumpulan "teroris" di Saudi.
Empat orang Imam berkenaan adalah Syaikh Saud Syuraim (Imam Masjidil Haram), Syaikh Faishal Ghazawi (Imam Masjidil Haram), Syaikh Abdul Muhsin Qasim (Imam Masjid Nabawi) dan Syaikh Abdul Bari (Imam Masjid Nabawi).
Mereka akan diambil tindakan dan dilarang untuk berdakwah, memberi khutbah di Masjid-Masjid dan pusat-pusat agama serta memimpin solat Jumaat.
Imam-Imam berkenaan juga dituduh mengeksploitasikan bacaan Al-Quran bagi mendukung Jemaah Ikhwanul Muslimin yang telah diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana.

Friday 16 May 2014

Samsung Kena Saman Lagi

SAN JOSE, CALIFORNIA – Samsung telah diarahkan membayar RM390 juta kepada Apple oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana mencabuli dua paten telefon pintar milik Apple, lapor Reuters.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Apple menuduh Samsung mencabul paten ciri-ciri telefon pintar termasuk pencarian universal sementara Samsung menafikannya.
Semalam, mahkamah membuat keputusan pembuat telefon pintar Korea Selatan itu telah mencabuli dua paten Apple.
Apple dan Samsung telah melalui jalan undang-undang untuk tiga tahun dan pembuat iPhone itu telah mendapat RM3,038 juta dalam perbicaraan pada 2012 tapi Apple gagal meyakinkan mahkamah untuk mengeluarkan perintah injuksi kekal terhadap penjualan telefon Samsung di AS.
Kes terkini ini melibatkan lima paten Apple yang tidak termasuk dalam perbicaraan 2012 yang meliputi ciri-ciri seperti ‘slide-to-unlock’ dan teknologi enjin carian.

Trengganu Bakal Hadapi Krisis Politik Lebih Kronik

KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.

 “Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun). “Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana.

Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama. “Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan.

Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.

 Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco akan memberontak.

Selain itu, katanya, Umno kini bimbang jika pihak tertentu membawa kes itu ke mahkamah berikutan keputusan Ahmad Said bersama tiga lagi Adun mengisyitiharkan diri mereka sebagai Adun bebas baru-baru ini.

 “Dari segi perundangan, BN tidak punya hak memerintah Terengganu kerana beberapa Adun menjadi bebas dan mereka hilang kuasa majoriti. Mereka bimbang jika ada pihak tertentu usul ke peringkat mahkamah dan menjadikan isu ini isu perundangan. Kerajaan negeri yang ada tak boleh bertahan lama selagi tidak mendapat fresh mandate daripada rakyat,” ujarnya.

Azan yang juga Adun Bandar berkata, episod di Terengganu kini dilihat menjadi lebih parah apabila terdapat pegawai kerajaan negeri ditukar kerana dilabel pengikut setia Ahmad Said.

 “Mereka ini dilabelkan sesetengahnya masih bersama bekas menteri besar. Pertukaran pimpinan adalah perkara biasa, tetapi pertukaran dan pemecatan pegawai kerajaan tidak ubah seperti mengulangi kesilapan pertama dengan menukar Ahmad Said sebagai MB serta merta,” katanya menganggap keputusan itu politik balas dendam oleh menteri besar yang baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.

Beliau merujuk tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar yang ditukar berkuatkuasa 14 Mei lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang ditukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 “Sekarang banyak pihak beranggapan, isu ini telah reda. Sebenarnya ini baru tamat babak pertama kerana babak kedua baru saja bermula,” kata Azan.

 Katanya suasana politik di Terengganu ini menyebabkan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri masih kabur dan tidak jelas, sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran.

 “Terdapat politiking dalam jabatan kerajaan atau perkhidmatan pentadbiran negeri. Ada fail dilapor hilang, surat yang dibatalkan atau tidak sah. “Tambahan exco yang ada tidak pasti kedudukan dan nasib masing-masing. Maka berlaku suasana seperti keretapi yang terputus kepala, huru hara dan kelicinan pentadbiran tidak berlaku,” ujar Azan.

“Saya melihat bahawa ujian sangat getir jelas diletak kepada menteri besar yang baru yang tidak mempunyai pengalaman dan hanya dua penggal sebagai Adun. Dia kini diberi tanggungjawab sebagai MB dan memasuki pejabat MB dalam suasana yang genting dalam krisis sebegini,” ujarnya.

Thursday 15 May 2014

Sebab Ahmad Said U Turn

Sebab Sebenar Ahmad Said Buat U-Turn Terbongkar

Kenapa Ahmad Said “turn back’? Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.

Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 September dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya. Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada.

Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut. Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS. Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu.

Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama. Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. ... Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya. Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik). Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS. Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.

Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi. Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya.

Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.

Monday 12 May 2014

Gempar: Mas Terima Pukulan KO


EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.

Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.

Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya.

Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

"Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Sunday 4 May 2014

Najib Mengharapkan Idea Dari Pembangkang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Beliau berkata sebaliknya, pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan GST.

"Pembangkang buat demonstrasi pada 1 Mei lepas tetapi sebenarnya kalau dia tidak setuju dengan GST, bagilah alternatif tetapi kita tidak dengar apa alternatif mereka.

"Cuma dia naik pentas kutuk kerajaan, kutuk sahaja tanpa berikan alternatif yang baik untuk negara," katanya ketika melancarkan Majlis Senator Malaysia (MSM) dan logo majlis itu di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden MSM Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mewakili masyarakat berintelektual kerana mereka sentiasa inginkan input yang lebih rasional mengenai sesuatu perkara.

Menurutnya kerajaan mempunyai asas rasional yang cukup konkrit untuk melaksanakan GST di negara ini.

"Lebih 160 buah negara sudah perkenalkan GST, kita patut sedar bahawa inilah jalan terbaik untuk menjamin masa depan negara," jelas beliau.

Perdana menteri juga berkata beliau menyokong penuh MSM, yang ditubuh tahun lepas dan dibuka kepada semua anggota Dewan Negara dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Senator BN.

Beliau berkata dengan kepelbagaian latar belakang dan kepakaran Senator, kualiti perbahasan Dewan Negara dilihat semakin meningkat.

"Dengan pelbagai latar belakang, ia meningkatkan mutu perbahasan dan boleh mengimbangi Dewan Rakyat bukan sahaja dari sudut dasar-dasar yang dibawa mana-mana parti politik, tetapi apabila sampai ke Dewan Negara ia boleh membawa perspektif yang berbeza," katanya.

Beliau berkata dengan keseimbangan ini akan memberi manfaat yang besar kepada kerajaan dan memberi input yang bermakna untuk kepentingan rakyat.

Najib berkata Dewan Negara tidak seharusnya dilabel sebagai "rubber stamp" oleh sesiapapun kerana peranan yang dimainkan oleh para senator juga cukup penting dalam menggubal undang-undang.

"Saya diberitahu bahawa perbahasan dalam dewan sangat rancak kebelakangan ini sehingga baru-baru ini Dewan Negara mencatat sejarah perbahasan sehingga 12.43 pagi kerana ingin meluluskan usul titah Diraja," katanya.

Mengenai peruntukan tambahan untuk elaun anggota Dewan Negara, Najib berkata beliau akan membincangkan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu

Saturday 3 May 2014

Kalau Umno Ikhlas Hudud Dijadikan Usul Rasmi Dalam Parlimen

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melabelkan Umno 'pondan' jka parti itu takut untuk membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau Hudud pada sesi parlimen nanti.
Beliau menjelaskan, jika usul persendirian itu dibawa oleh Umno terutamanya Perdana Menteri atau menteri Kanan usul itu akan menjadi usul rasmi kerajaan dan perkara itu sukar ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan mudah untuk diluluskan.
"Kita tahu Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud di Kelantan, jika mereka serius kita (PAS) menggesa parti itu membawa usul tersebut dan bukannya PAS."Saya pasti kita Umno sendiri yang bawa sudah pasti ia mendapat sokongan dari pemimpin Islam di dalam Barisan Nasional dan mendapat kelulusan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Menurut beliau lagi, Umno yang memimpin Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk meluluskan usul jika ia dibawa oleh mereka sendiri.
"Saya harap Perdana Menteri akan menggunakan peranan beliau dalam membawa usul ini, jika mereka benar-benar serius.
"Kalau itu hanya permainan politik mereka, pasti Umno tidak sanggup membawa usul tersebut dan terus menyerahkannya kepada PAS," sambung beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usul tersebut jika ia dibawa pada sesi parlimen akan datang.
"Kita akan bawa dan setiap pemimpin berhak untuk membahas sama ada menyokong atau menolaknya."Kita akur setiap keputusan kerana ia telah melalui proses demokrasi dan penolakkan tersebut dilakukan di parlimen.
"Kita bukannya memaksa semua pihak untuk menyokong apa yang kita bawa, apa yang pasti ia telah melalui satu proses demokrasi," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam pada itu, Mahfuz turut meminta agar kerajaan memberi ruang kepada PAS untuk memberi penjelasan tentang hudud di media elektronik dan media cetak milik mereka agar kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam dapat dikurangkan. ~hrkh

Thursday 1 May 2014

Lelaki Gila Seks Menakutkan Pelajar IPTA


Lima pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Segamat kini bukan sahaja hidup dalam kebingungan dan ketakutan, malah tidak lena tidur malam kerana terpaksa berdepan dengan gangguan misteri sejak awal tahun ini.

Penuntut IPTA terbabit mendakwa gangguan mereka hadapi itu disyaki dilakukan seorang lelaki yang dipercayai tinggal di kawasan berdekatan rumah sewa mereka.

Antara kejadian yang menimbulkan kebimbangan penghuni ialah apabila sering berlaku kecurian pakaian dalam yang dijemur di ampaian dan tidak kurang juga bunyi seseorang mengetuk tingkap bilik tidur pada tengah malam ketika mereka baru melelapkan mata.

Seorang penghuni rumah sewa berkenaan yang dikenali sebagai Nur, 21, berkata, dia dan empat rakan menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu kerana kedudukannya di tepi jalan dan memudahkan mereka ke kampus dengan menaiki bas yang disediakan pihak pengurusan universiti.

Bagaimanapun, dia mendakwa berlaku pelbagai kejadian pelik sejak awal tahun ini yang membuatkan mereka keliru sama ada perkara itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik atau dilakukan oleh lelaki gila seks.

“Bermula dengan kehilangan pakaian dalam dari ampaian, kehidupan kami di rumah ini tidak tenteram, malah ada sahaja gangguan yang membuatkan kami semua ketakutan.

“Pernah sekali rakan serumah ternampak kelibat lelaki sedang mengibas seluar dalam di belakang bilik tidur kami pada tengah malam.

Saya tidak tahu sama ada perbuatan lelaki tidak dikenali itu bertujuan mempraktikkan ilmu songsang atau sebaliknya, tetapi insiden itu cukup untuk membuatkan kami tidak lena tidur malam,” katanya.

SAMM Memohon Maaf



Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran‎ yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.

Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media‎".

Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula‎.

Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.

Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.

"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari‎, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.

"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya.

Cakap Orang Pergi Umrah Mereka Tak Mau Percaya

DAKWAAN seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya.

Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Berdasarkan laporan wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi(8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.- SH

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...