1. Umum tahu, Pas tidak sekuat dulu. Banyak cawangannya sudah bubar. Ramai aktivisnya sudah menyertai parti lain atau tidak seaktif dahulu lagi. 2. Aktiviti Pas juga kini hanya bersifat dalaman saja. Tiada lagi aktiviti terbuka termasuk ceramah umum. Jika ada pun, dibuat di markas parti itu saja. 3. Ketika kuat pun, prestasi Pas tidaklah bagus, apatah lagi ketika lemah seperti kini. Jangan lupa, kerajaan Pas Kedah dan Terengganu jatuh ketika Pas diuar-uarkan sedang kuat. 4. Jika dengar mulut orang besar Pas bercakap, memanglah Pas kuat. Bukan saja mereka bercakap begitu pada masa kini, bahkan semenjak puluhan tahun yg lalu, itulah cakap mereka. 5. Pernahkah sesiapa mendengar drpd mulut orang besar Pas, bahawa Pas lemah? Ketika jatuh tersungkur dan hilang kerajaan pun, Pas tetap mengaku kuat dan semakin kuat. 6. Berdepan dgn Pas dlm pertarungan tiga penjuru dlm PRU tak perlu dibimbangi sangat. Lebih-lebih lagi apabila situasi itu tidak boleh dielak lagi. 7. Pas hanya akan diundi o