Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Tepat sungguh ciri ciri kerajaan hari ini

Fenomena akhir zaman banyak sekali disebut dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menjelaskan banyaknya cabaran terhadap keimanan kita yang melalui kehidupan semakin jauh daripada Rasulullah SAW. Antara yang paling kerap ditemukan kebelakangan ini adalah kemunculan golongan Ruwaibidhah. Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)

Kita Faham

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (Al-Mulk 67:20) Satu dunia sedang menanti perang dunia ketiga. Kemungkinan peperangan terjadi adalah satu kepastian. Kerajaan sewajarnya membuat persiapan untuk mempertahankan negara dan rakyat pula perlu digalakkan untuk belajar mempertahankan diri. Kita perlu belajar dari kejadian yang lampau dimana apabila empayar melaka diserang oleh portugis kerajaan melaka terpaksa mengambil askar upahan untuk mempertahankan negara. Askar upahan ini akhirnya berpaling tadah dan membuatkan Kerajaan Melaka kalah dan Raja melarikan diri. Malah pada perang dunia kedua juga kita dapati rakyat tidak mempu mempertahankan diri hingga menjadi mangsa perang. Orang british melarikan diri dan tinggallah rakyat bersendirian menghadapi tentera jepun. Para lelaki dibunuh dengan kejam manakala para wanita dirogol dan

Anglo Saxon adalah Yakjuj Makjuj?

Tembok yang menyekat Kaum Yakjuj dan     Makjuj telah Lama terbuka dan mereka telah pun keluar dan turun dari tempat yang tinggi(Caucasus mountains) satu lagi bukti dari surah Al-anbiyaa ayat 95-96:   Dan mustahil bagi penduduk sesebuah negeri yang kami binasakan,bahawa mereka tidak kembali hingga apabila terbukanya tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj,dan mereka meluru turun dari seluruh tempat yang tinggi..  Siapakah penduduk negeri yang Allah maksudkan itu?penduduk yang dimaksudkan itu ialah orang Yahudi..negeri itu ialah Baitul Maqdis ,Yakjuj dan makjuj pula adalah puak yahudi Eropah(khazar)dan  meluru turun dari tempat yang tinggi  bermaksud Yakjuj dan Makjuj telah pun Menguasai dan menjajah keseluruhan aspek Kuasa-Kuasa pemerintahan Dunia.. kenapa saya berkata begitu..ini adalah kerana kaum Yahudi Eropah telah pun kembali ke Baitul Maqdis pada tahun 1948 akibat dari peperangan dunia kedua..Adalah mustahil untuk kaum Yahudi pulang ke Israel tanpa pertolongan golongan Yakjuj dan

Ini zamannya

  SABDA   Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)

Melayu Rempang

Tokoh Melayu Riau, Alzaini Agus menyebut masyarakat Melayu sudah tinggal dan beranak pinak di Rempang, termasuk Pulau Galang dan Bulang, sejak lebih dari 300 tahun lalu. Mereka wujud serta menjaga nilai dan tradisi nenek moyang hingga hari ini. Alzaini mengutip kitab Tuhfat An-Nafis karya pahlawan nasional Raja Ali Haji itu ditulis dengan Bahasa Melayu Arab pada tahun 1885, dan diterbitkan pertama kali pada 1890. Naskahnya juga diterbitkan pada 1923 untuk Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, London. Dalam buku tersebut dijelaskan bahwa penduduk Pulau Rempang, Galang, dan Bulang adalah keturunan dari prajurit atau laskar Kesultanan Riau Lingga.  Mereka mendiami pulau-pulau tersebut sejak tahun 1720, di masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah I. Dia menyebut pada masa perang Riau I (1782-1784) melawan Belanda, penduduk setempat menjadi prajurit Raja Haji Fisabilillah, datuk Raja Ali Haji.  Kemudian, dalam Perang Riau II (1784-1787), mereka di bawah pimpinan Sult

Kaum bukan melayu bukan minoriti di Malaysia

Akhir akhir zaman ni memang akan banyak berlaku persengketaan dan perbalahan. Orang yang duduk lebih baik dari berdiri, yang berdiri lebih baik dari berjalan dan yang berjalan lebih baik dari berlari.  Penyelesaian yang lebih bijaksana ialah diam. Menyemai perbalahan dengan membuat provokasi akan menambahkan perbalahan yang lebih besar. Sabar adalah satu perkataan yang mudah diucapkan namun sabar terletak pada hati dan amat sukar untuk dikawal. Hati kita kerap berbolak balik.  Orang beriman adalah umat minoriti yang berada didalam majoriti penduduk yang terdiri dari umat islam yang rosak akhlaknya, orang orang kafir dan orang orang fasik. Maka perbanyakkan berdoa memohon dari Allah swt agar dapat membantu mengawal hati kita yang berbolak balik itu. اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك (Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA) “Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Pembalasan

Pernah suatu ketika seorang yang amat berkuasa telah berkata beliau akan menyusahkan hidup rakyat yang tidak mahu mengambil beksin. Begitu cepat masa berlalu dan akhirnya Allah membalikkan niat jahatnya dengan mendapat kesusahan dari partinya sendiri. Hidup orang politik yang tidak berparti agak menyesakkan juga sebagai mana hidup rakyat yang tiada sijil beksin suatu ketika dahulu. Satu persatu Allah makbulkan doa orang orang yang teraniaya. Sekiranya perikatan nasional tidak menzalimi rakyat dengan memaksa rakyat mengambil beksin dahulu mungkin doa yang baik baik dari rakyat akan ditadahkan. Moga ini menjadi satu iktibar kepada pakatan harapan. Ini kerana kerajaan pakatan harapan tertubuh kerana bernasib baik dan ada sedikit sebanyak kebijaksanaan dalam mengawal pihak istana. Sekiranya kerajaan mahu bertahan lama maka ada baiknya mereka menumpukan perhatian kepada menjaga kebajikan rakyat.  Terlalu banyak berpolitiking hanya membuatkan rakyat semakin meluat sepertimana dizaman umnobar

7 RAHSIA ISTIGHFAR

Istighfar adalah memohon ampun pada Allah dengan kalimat : "Astaghfirullahal 'aziim" atau kalimat lain yang semakna. Permohonan ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus, dan diiringi dengan penyesalan atas kesalahan serta bertekad untuk tidak mengulanginya. 7 Rahasia istighfar tersebut adalah : 1. Mendatangkan ampunan dari Allah :  "Maka aku katakan kepada mereka : Mohonlah ampun kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun". (QS Nuh: 10-12) 2. Mengatasi kesulitan dan terbukanya pintu rezki :  "Barang siapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam mengatasi setiap kesulitan, setiap kesempitan dan memberi rezki yang tiada terhingga kepadanya". (HR. Abu Daud) 3. Menambah kekuatan iman : "Dan (Hud berkata): Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Rabbmu lalu taubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu…" (QS Hud: 52) 4. Memperoleh

Kiblat Malaysia: US atau China?

Politik dunia makin kucar kacir. Malaysia terpaksa memilih satu antara 2 kuasa besar. Bersama Amerika atau bersama China. Amerika sudah membekalkan senjata ke ukraine manakala China sudah mula membekalkan senjata kepada Russia. Melihat gelagat PMx nampaknya Malaysia sedang menghala memberi sokongan kepada Amerika dan ini akan membuatkan China naik angin. China yang sudah membuat persiapan ketenteraan di Laut China Selatan beberapa tahun dahulu pastinya akan memberi sedikit pengajaran kepada Malaysia. Malah jutaan pelancong China yang ghaib tanpa dikesan suatu masa dahulu pasti akan muncul tiba tiba apabila gendang perang di palu. Mana mana pilihan pun negara kita tetap terheret dalam peperangan dan rakyat tetap sengsara. Dan yang paling menakutkan ialah apabila kerajaan memilih satu pihak manakala jutaan pendatang asing pula berpihak kepada pihak yang lain. Ini pastinya negara ini akan menjadi medan pertempuran antara kerajaan dan pendatang asing, dan rakyat menjadi mangsa keadaan kera

Riwayat Ayahanda

Di era akhir tahun 90an berlaku satu fenomena anak anak muda melayu yang terpengaruh dengan filem mafia dan gengster baik dari filem hollywood mahupun dari Hong kong. Berbagai kumpulan kongsi ditubuhkan bagi menunjukkan kekuatan.  Kumpulan yang mempunyai ramai ahli akan disanjung dan menjadi idola kepada anak anak muda masa itu. Ketua ketua kongsi ini digelar ayahanda. Masih menjadi tandatanya kenapa gelaran itu menjadi pilihan walaupun tidak nampak menggerunkan. Mungkin ia satu strategi untuk memelayukan kongsi gelap yang diadaptasi dari kongsi gelap cina atau terpengaruh dengan budaya agama kristian yang memanggil ketua gereja mereka sebagai father. Konon ceritanya kumpulan kumpulan ini adalah kumpulan underground dan kerahsiaan kumpulan amat dititikberatkan namun yang menghairankan ahli ahli kumpulan seolah olah begitu kuat mengiklankan kumpulan masing masing sehingga stiker stiker kereta dan motosikal dijual secara berleluasa dengan perbagai design kumpulan mereka. Bermula dari ahl

Kronologi Empayar Uthmaniyyah

Khilafah Turki Uthmaniah jatuh pada tanggal 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah. Sejarah yang cukup perit untuk dinukilkan di sini. Bermula tarikh inilah, hilangnya kekuasaan yang mutlak pada Islam. Ia telah dirampas oleh musuh-musuh Islam yang sudah berusaha sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi untuk menjatuhkan Islam. 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil. 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia. 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah. 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus. 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo. 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara. 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah. 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine. 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan. 1526M- Perang Mohacs 1529M- Serangan

Gambaran seperti merekalah yakjuj makjuj

Bangsa Khazar  adalah bangsa turkik setengah nomaden dari Asia tengah. Banyak di antara mereka telah memeluk Yahudi. Nama 'Khazar' berkaitan dengan kata kerja bahasa turkik yang berarti "mengembara".  Pada abad 7 masihi mereka mendirikan sebuah Khaganat yang mandiri di Kaukasus Utara di sepanjang Laut Kaspian dan di sana lama kelamaan agama Yahudi menjadi agama pilihan pemimpin negara.  Pada puncak kejayaannya, mereka mereka menguasai sebagian besar dari wilayah Rusia selatan sekarang, Kazakstan barat, Ukrain timur, dan sebagian besar Kaukasus. Bangsa Khazar adalah sekutu penting Empayar Byzantin dalam menghadapi Empayar Sassanid dan merupakan kekuatan utama di wilayah itu pada puncak kejayaannya. Mereka terlibat dalam serangkaian peperangan yang mereka menangi dengan Kerajaan Arab. Mereka berjaya menghalangi invasi Arab ke Eropah Timur. Pada akhir abad ke 10, kekuasaan mereka dipatahkan oleh Rus Kiev, dan bangsa Khazar boleh dikatakan lenyap dari sejarah. Sejumlah se

Adakah kita juga yakjuj makjuj?

Menurut statistik tahun 2010 jumlah peratusan umat Islam adalah lebih kurang 21% dari jumlah penduduk dunia. Ini bermakna nisbahnya lebih kurang 1:4. Dikabarkan akhir zaman nanti nisbah orang beriman berbanding yakjuj makjuj ialah 1:999. Ia bermaksud 1 orang islam berbanding 999 orang yakjuj makjuj. Ulamak mengatakan yakjuj makjuj itu adalah manusia sama seperti kita dan adalah keturunan nabi noh yakni sama juga seperti kita. Ini berkemungkinan 21% umat islam yang ada sekarang ini majoritinya adalah mungkin golongan yakjuj makjuj juga tanpa kita sedari. Seandainya jumlah penduduk bumi ini adalah 8bilion maka korang pikir lah sendiri berapa ramai umat islam yang beriman sebenarnya dan berapa pula yakjuj makjuj yang bertopengkan Islam. Ataupun mungkin juga umat islam yang 21% itu ramai yang terkorban akibat penyakit atau musibah gempa bumi dan peperangan maka tinggal hanya sedikit umat islam diwaktu itu berbanding yakjuj makjuj. Moga kita bukan termasuk dari golongan yakjuj makjuj.... Aa

Bajet bagus

Hotel bajet  Dia bukan hotel tapi dia bajet macam dia hotel.  Rumah tumpangan Nama macam boleh tumpang tapi kena bayar Orang baik masih ada di malaysia ni cuma susah nak jumpa sebab mereka tak promosi diri. Yang promosi diri ialah mereka yang bajet macam mereka baik. Jenis ni banyak kita jumpa di tiktok dan facebook. Yang jenis tumpang glamor orang baik pun kita boleh jumpa dalam tu. Orang lain yang buat baik tapi dia yang paling menyebok viralkan. Spesis bajet dan tumpang ni kita tak boleh nak jadikan sandaran kalau mereka menjadi jurukempen untuk menjual produk atau jurukempen pada pilihanraya. Spesis ni cuma mencari populariti dan populariti itu menghasilkan pendapatan untuk mereka. Dunia hari ini kita perlu lebih berhati hati kerana ramai yang suka meraih keuntungan dengan tumpang nama agama. Mereka nak jual makanan tapi mereka selitkan dengan nama yang berkaitan dengan nabi seolah olah mengambil makanan itu sudah menjadi sunnah dan dapat pahala. Contohnya nak jual jintan hitam tap

Jangan Gadai Prinsip Agama

Daripada Abu Zar al-Ghifariy RA daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang Baginda riwayatkan daripada Allah SWT bahawa Allah SWT berfirman:   يَا عِبَادِي: إنِّي حَرَّمْت الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْته بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا؛ فَلَا تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ ضَالٌّ إلَّا مَنْ هَدَيْته، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ جَائِعٌ إلَّا مَنْ أَطْعَمْته، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ عَارٍ إلَّا مَنْ كَسَوْته، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا؛ فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ

Kemunduran umat

Lebih kurang 1400 tahun dahulu sewaktu dunia sedang tenggelam dalam kegelapan kekufuran, kesesatan dan kejahilan, telah zahir sinar hidayat dan petunjuk dari bukit bukit gersang di kota Mekah lalu menyinari timur dan barat, utara dan selatan.   Pendek kata seluruh penjuru dunia telah disinari dengan cahayanya. Dalam tempoh 23 tahun kelompok manusia telah dibawa ke satu puncak kemajuan sehingga sejarah dunia tidak mampu untuk mendatangkan contoh seumpamanya. Di tangan orang Islam dizaman itu telah diberikan cahaya petunjuk dan hidayat serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya itu mereka sentiasa bergerak laju dilandasan kemajuan dan berkurun kurun lamanya mereka dapat memerintah dunia dengan gilang gemilang. Perkara ini adalah satu hakikat yang tidak mungkin dapat disangkal namun kemudiannya ia menjadi tinggalan sejarah silam. Sekiranya kisah kisah sejarah tersebut dibaca berulangkali pun ia masih tidak dapat menenangkan jiwa sedikitpun. Tidak ada gunanya serta tidak memberi seba

Umat Islam tak habis habis mahu mencukur agamanya

Daripada Hazrat Ubadah bin Samit r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. keluar (dari rumahnya) untuk memberitahu kami tentang Lailatulqadar. Ketika itu ada dua orang lelaki daripada orang Islam sedang bergaduh. Maka Baginda bersabda, "Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatulqadar tetapi si polan dengan si polan sedang bergaduh, oleh itu penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Mudah mudahan itu lebih baik bagi kamu. Maka carilah Lailatulqadar pada malam ke 9, ke 7 dan ke 5." Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan dalam hadis ini: Yang terpenting ialah pergaduhan merupakan satu perkara yang sangat buruk hinggakan penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Bukan setakat itu saja malah pertelingkahan sentiasa menjadi sebab kehilangan berkat. Sabda nabi saw, "Sukakah aku memberitahu kamu satu perkara yang lebih afdal daripada solah, puasa, sedekah dan ibadat ibadat lain?" Para sahabat r.anhum berkata, "Bahkan." Baginda bersabda, Hubungan baik s

Percaturan Rejim Baru

 Bacaan politik mesia yang diperkatakan ramai: 1. Anwar sengaja membiarkan berlaku pertelagahan dalaman umno dan lebih gembira sekiranya zahid menang sebagai presiden umno. Ini kerana zahid berjaya buktikan dibawah pimpinannya umno kalah teruk pada pru lepas. Lemahnya umno akan membuatkan PH dapat meneruskan cengkamannya. 2. Sekiranya zahid kalah dalam rebutan jawatan presiden ini maka Anwar akan pastikan umno tidak mempunyai dana sendiri untuk bertanding pada pru akan datang. Ketua2 bahgian umno akan disekat dari mendapat projek kerajaan. Umno waktu itu akan berharap kepada Anwar untuk mendapatkan dana. 3. Lemahnya umno berkemungkinan akan membuatkan pengundi beralih arah kepada perikatan nasional namun usaha memburukkan pucuk pimpinan bersatu dan pas perlu dibuat secara besar besaran. Isu yang paling mujarab ialah menelanjangkan penganugerahan projek dizaman pemerintahan perikatan nasional dahulu. Ini ibarat satu batu baling 3 burung. Ini kerana waktu itu kerajaan terdiri dari 3 part

Anwar ???

Siapa agaknya yang mengawal bank negara sehinggakan menteri kewangan malah perdana menteri pun tak boleh bersuara apabila berkaitan dengan riba? Adakah kita masih dijajah...?  Sebaiknya selepas ini Anwar lebih baik diam, jangan berlagak seperti pejuang Islam kalau tidak berani bersuara berkenaan riba... Tiada beza nampaknya antara Anwar dengan perdana menteri sebelum ini.  Pilihanraya ibarat lari 4 x 400 meter berganti ganti. Berganti ganti diantara satu penyamun kepada satu penyamun yang lain. Tukang sorak bersorak sorak di luar padang tapi tak pernah merasa nak pegang medal. Mahathir berjaya buktikan umno tidak bersih, Anwar berjaya buktikan Perikatan tidak bersih dan kini rakyat nampak Anwar juga tidaklah sebersih mana.

Bola punya pasal

Pada mulanya nampak macam berjasa tapi secara tidak langsung ia hanyalah memecah belahkan negara.  Yang sebaiknya lakukan saja tugas dengan rendah diri bukan dengan keangkuhan. Untuk menjadi hebat sebenarnya adalah lebih mudah berbanding mempunyai sifat merendah diri dan disukai ramai. Sayang kepada negara perlu melebihi sayang kepada kelab. Tapi sekiranya kelab menjadi wakil negara untuk satu pertandingan lain maka ia juga masih dalam ruang lingkup sayang kepada negara. Namun begitu yang orang marah bukan sebab tidak mewakili negara tapi sebab sombong dan angkuh. Tapi nak buat macam mana kerana itu sudah sememangnya sifat turun temurun. Kalau diberi jawatan itu kepada orang politik maka kerjanya hanyalah mahu menyamun. Mau atau tidak, penyokong bolasepak terpaksalah telan saja sifat bongkak itu asalkan boleh menaikkan nama negara dan tidak menyamun. Politik dalam bolasepak ini sebenarnya agak rumit kerana ia berkait dengan judi bolasepak antarabangsa.  Judi bolasepak sudah bermula sej

Kita Lupa

 AlQuran adalah perkataan pemerintah seluruh alam, firman Raja bagi seluruh raja raja, undang undang Raja yang maha berkuasa yang tidak boleh ditandingi oleh sebesar mana raja raja sekalipun di mukabumi ini. Sesiapa yang pernah masuk ke balai penghadapan raja raja pasti dapat mengetahui daripada pengalamannya dan orang yang tidak pernah masuk akan dapat membayangkan betapa hebatnya titah raja. AlQuran adalah perkataan pemerintah maka perlu bagi kita beradab dalam membaca firman Tuhan yakni Raja kepada segala raja raja. Seorang pujangga pernah bermadah: "Tidak beradab akan menyingkirkan seseorang dari kurniaan Allah" Seorang pujangga lagi ada berkata: "Cinta itu sendiri akan mengajar anda adab bercinta" Sekiranya semasa membaca AlQuran kita membayangkan nikmat nikmat yang tidak berkesudahan yang terdapat didalamnya maka pasti cinta yang mendalam akan berkobar kobar.