Saturday, 28 January 2023

Umat Islam tak habis habis mahu mencukur agamanya


Daripada Hazrat Ubadah bin Samit r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. keluar (dari rumahnya) untuk memberitahu kami tentang Lailatulqadar. Ketika itu ada dua orang lelaki daripada orang Islam sedang bergaduh. Maka Baginda bersabda, "Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatulqadar tetapi si polan dengan si polan sedang bergaduh, oleh itu penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Mudah mudahan itu lebih baik bagi kamu. Maka carilah Lailatulqadar pada malam ke 9, ke 7 dan ke 5."

Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan dalam hadis ini:

Yang terpenting ialah pergaduhan merupakan satu perkara yang sangat buruk hinggakan penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Bukan setakat itu saja malah pertelingkahan sentiasa menjadi sebab kehilangan berkat.

Sabda nabi saw, "Sukakah aku memberitahu kamu satu perkara yang lebih afdal daripada solah, puasa, sedekah dan ibadat ibadat lain?" Para sahabat r.anhum berkata, "Bahkan." Baginda bersabda, Hubungan baik sesama kamu adalah perkara yang paling afdal dan pergaduhan sesama sendiri adalah perkara yang mencukur agama." 

Yakni sebagaimana pisau cukur mencukur rambut di kepala dengan sekali lalu, demikian juga pergaduhan sesama sendiri menghapuskan agama.

Tidak perlulah disebutkan tentang ahli dunia yang lalai terhadap agama, sedangkan ramai diantara mereka yang berwirid panjang panjang dan mendakwa sebagai ahli agama pun setiap masa terlibat dalam pertelingkahan sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...