Wednesday 29 April 2020

Hukuman menyeberangi sempadan

Ini fakta! 

Hukuman menyeberangi sempadan

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda tidak dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata² dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secaraa, haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.

10) Jika anda  menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
- Mykad sementara atau
-Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
- Kad kredit
-boleh buka akaun di mana2 bank 
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal 
-jadi tauke kedai runcit.
- jadi bos org tempatan
- beli rumah
- beli tanah freehold 
- kahwin orang tempatan 
- boleh dpt gelaran datok
Dll.
😱😱😭

Tuesday 28 April 2020

Perang Akhir Zaman, Jin akan turut serta

Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: 

“Syaitan adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6)

Peperangan melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. 

Mereka juga boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: 

“Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27)

Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: 

“Syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin, ayat 62)

Monday 27 April 2020

ROJAK BERACUN

Secara amnya, negara kita didiami oleh 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ini bukan perkara baru kerana perpaduan ini telah terbentuk sejak 63 tahun yang lalu. Inilah kekuatan sebuah negara yg bernama Malaysia yg boleh diibaratkan seperti rojak.

Namun, disaat ketenteraman kita kekal stabil walaupun ada tangan2 jahat yang cuba merosakkannya, wujud pula kelompok2 asing yg cuba mengambil kesempatan atas kestabilan dan keharmonian negara. Jika kita lihat, baru2 ini, wujud persatuan etnik Rohingya yg majoritinya memegang kad UNHCR, cuba meminta hak sama rata.

Memang menghairankan, bagaimana mereka yang masuk kenegara ini tidak dijemput dan memegang kad UNHCR mahu menuntut hak sama rata seperti rakyat asal negara ini? Adakah mereka sudah mengemukakan permohonan rasmi?

Baiklah. Mari kita lihat sejenak sejarah asal hak kewarganegaraan negara.

1. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948 yang mana pada ketika itu dibentuk dari 4 Negeri Bersekutu dan 5 buah negeri Tidak Bersekutu. 

2. Rakyat pada ketika itu terdiri dari Orang2 Raja. Siapakah Orang2 Raja ini? Inilah penduduk asal Tanah Melayu iaitu anak2 Melayu. 

3. Pada 31 Ogos 1957, negara mengecapi kemerdekaan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaya.

4. Pada ketika inilah, pihak kerajaan pada ketika itu melakukan tawaran kepada rakyat2 Kolonial untuk menjadi warganegara. Siapakah warga Kolonial ini? Mereka adalah kaum Cina dan India yang dibawa masuk sebagai buruh diladang2 serta deretan lombong bijih di Tanah Melayu diera kolonial.

Hari ini, mereka yang pada asal mencari perlindungan namun kini menuntut hak samarata dengan warga asal Malaysia? Ini sama sekali akan menjejaskan kewangan kerajaan dan akan memberi impak tambahan kepada perkembangan ekonomi negara.

Satu lagi perkara yang menarik untuk dilihat, kredebiliti Zafar itu sendiri. Bukan lagi rahsia, kemunculan awal Zafar adalah ketika pemerintahan Pakatan Harapan. Menerusi beberapa gambar yg tular, bukan lagi rahsia dia cuba mendekati hampir kesemua pemimpin PH dan pada andaian kasar, dia cuba untuk memperoleh manfaat sendiri setelah segala usaha pihak2 mereka utk melobi hak mereka menerusi kerajaan BN menemui kegagalan.

Sudah tentu, wujud pelbagai andaian akan kemungkinan org2 seperti Zafar ini mempunyai tujuan tertentu yang menuntut hak samarata seperti ini. 

Sudahlah kita masih tertanya tanya, kemana hilangnya kira2 700 ribu rakyat China yang memasuki negara sepanjang PH memerintah dan langsung tidak mempunyai data kesemua mereka keluar dr Malaysia. Kini, wujud pula orang seperti Zafar cuba mengambil kesempatan yang bukan hak milik mereka semalam, hari ini dan akan datang.

Sesuatu perkara yang perlu ditegaskan, sehingga 2017, lebih 120 ribu orang etnik ini berlindung di Malaysia dengan lebih 1.5 juta lagi berada di Cox's Bazar, Bangladesh. Bayangkan jika tuntutan mereka dilayan, sudah tentu baki yg masih terkandas di Rakhine dan Cox's Bazar akan mencari jalan memasuki negara ini. 

Satu perkara yang agak menarik, mereka yang hari ini berada di atas bot2 penyeludup ini terpaksa membayar antara RM 9,000 hingga RM 15,000 kepada tekong bagi one way trip. Jika mereka mampu membayar angka ini, bermakna mereka bukanlah org2 miskin yg perlu diberi perhatian khusus.

Lebih menarik lagi, terdapat 13 etnik yang majoritinya beragama Islam. Namun hanha etnik Ronhingya sahaja di bantai oleh Junta Myanmar. Hal ini turut diperakui oleh UNHCR yang mana Aun San Suu Kyi amat menyedari akan hal ini.

Bukan hanya Malaysia, Recep Tayyib Erdorgan, Barrack Obama malah Setiausaha Agung PBB sendiri pernah meminta Suu Kyi menghentikan sernagan Junta kepada etnik Rohingya. 
Akan tetapi Suu Kyi tidak mempedulikan sebarang desakan. 

Justeru, kenapa Malaysia pula mahu menjadi hero memperjuangkan nasib 1 etnik yg berada lebih 5 ribu kilometer dari Kuala Lumpur?

Secara logiknya, kenapa Junta tidak membantai 12 lg etnik yg majoritimya beragama Islam dan hanya memfokuskan etnik Rohingya semata2? Untuk persoalan ini, saya tinggalkan untuk para pembaca mengkaji asas utama kenapa Etnik Rohingya diperangi oleh junta berbanding 12 lagi etnik yang majoriti beragama Islam.

Kita tidak lagi boleh menjadi sebuah negara yang menampakkan kita seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai sebuah kerajaan, kerajaan wajib mengutamakan hak rakyatnya terlebih dahulu dari melayan sebarang tuntutan dari mana2 pihak terutama dari Pendatang Asing Tanpa Izin yang hanya memegang kad UNHCR semata2.

Sudah tiba masanya kerajaan perlu meringankan beban kewangan negara menyara PATI ini dan paling utama, kedaulatan negara tidak boleh diperjudikan hanya dengan alasan membantu saudara seagama. Jika alasan itu digunakan, kita juga boleh membuka pintu untuk warga Patani, Zamboaga, Mindanao, Somalia, Nigeria, Afghanistan, Iraq, Iran, Syria dan puluhan negara Islam yg lain yang hari ini bergelut dengan kancah perang dan pembantaian etnik.

Friday 24 April 2020

Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

Dari       : MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR (MALAYSIA)

Kepada : ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI                                                           Tarikh    : 23 APRIL 2020

TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN.

Menurut perkara diatas surat tuntutan anda kepada kerajaan Malaysia telah dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu kami sebagai rakyat Malaysia dengan nada yang tegas menyatakan bahawa kami tidak boleh menerima sama sekali tuntutan yang anda lakukan terhadap Kerajaan kami, ini kerana tuntutan anda itu tidak munasabah sama sekali dan tidak masuk akal.

Seperti yang anda maklum etnik anda cumalah pelarian atau pendatang tanpa izin yang meminta bantuan berlindung di negara ini. 

Sehubungan dengan itu atas dasar kemanusiaan rakyat negara ini memberi peluang kepada etnik anda berlindung dibawah status "PELARIAN" dan bukannya sebagai "RAKYAT atau "PENDUDUK TETAP" dan suka diingatkan bahawa MALAYSA tidak terikat dibawah perjanjian UNCHR termasuk negara2 ASEAN yang lain.

Namun setelah diberi peluang, anda bertindak melakukan tuntutan terhadap kerajaan kami yang memberi peluang anda hidup dengan tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal.

Sehubungan dengan itu juga kami Rakyat Malaysia menuntut supaya anda:

1. PULANG KE NEGARA ASAL
2. JANGAN LAGI BERNIAGA DI DALAM NEGARA INI
3. ANDA SELAKU PRESIDEN SILA KELUAR DARI NEGARA INI
4. ANDA BUKANLAH RAKYAT MALAYSIA TETAPI ANDA HANYALAH PENDATANG HARAM YANG MENUMPANG DI NEGARA INI

Jadi dengan termaktubnya tuntutan tersebut maka kami rakyat Malaysia dengan sebulat suara menuntut agar kerajaan Malaysia menghantar keluar etnik anda dari Malaysia dan buat tuntutan ke atas negara kamu sendiri.

TERIMA KASIH
Presiden
MOHD RIDHWAN BIN HAJI OTHMAN

Thursday 23 April 2020

Dua strategi KKM bagi mengesan penularan #COVID19

Dua strategi KKM bagi mengesan penularan #COVID19 dalam komuniti setempat

1. Aktiviti survelan yg bertindak sbg sistem pengesanan dan amaran awal melalui:- 
a) Pensampelan pesakit yg bergejala Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital dan klinik kesihatan terpilih (sentinel site) untuk kenal pasti jika berlaku jangkitan dlm komuniti 
- 8 kes positif #COVID19 dikesan drpd 1,280 sampel atau 0.6%. 

2. Pendekatan tertumpu (targeted approach) untuk bendung penularan. 
a) Antaranya pengesanan dlm kumpulan berisiko tinggi (spt sekolah tahfiz dan pekerja warga asing) dan kawasan yg dikenakan PKPD melalui bancian penduduk dan active case detection (ACD) yang dijalankan dari rumah ke rumah

-CPRC KKM

Wednesday 22 April 2020

Saintis Melayu Yang Disorok

BUANG" , SAINTIS MELAYU YANG DI TUTUP JEJAKNYA.



Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace

Buang Bin Mohammad Ali


Alferd Russell Wallace
kenyataan dari wikipedia tentang A.R Wallace



Menurut dari video kumpulan kerja Isabella Desjeux.  Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia , yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia. 



Penemuan kisah Buang bermula apabila , satu tapak yang hendak di bina sebuah sekolah di mulakan proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak besi . pada permulaannya mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu , apa yang mereka temui adalah manuskrip yang di tulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah di hantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja., Nigeria untuk di kaji.



Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr . Ola Madunagu. Beliau berkata
” Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dr Benyagak. Nama Penuh beliau adalah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul specimen”

Spesimen  yang di temui oleh Buang dan Wallace kemudian nya di hantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen. Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.



Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran  dokumntarinya berkaitan Buang. Beliau berkata , "suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam bidang perdagangan. Di mana Pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate, Perdagangan kerap di lakukan adalah Buluh, Tumbuhan Perubatan serta Logam Tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya di gunakan untuk tujuan pembuatan barang Kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan Temabaga sebagai alatan dalam makmal beliau."



Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata,”Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukan lah penduduk asal ternate , dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan buang, kerap membantu buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, buang adalah pembatu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah . dia juga membawa kotak khas yang muingkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."

anatar alatan yang di guanakan BUANG dalam kajiannya

Alatan kajian BUANG di makmalnya

barang yang di temui didalam kotak. sehelai Batik yang mempunyai motif
yang berlainan dari motif Batik yang biasa kita temui


Menurut Isabella di dalam dokumentari tersebut "dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik buang yang di temui itu, amat jelas , perbezaan budaya antara dua lelaki ini , iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau mengangkat kajian buang di mata dunia."

"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains belaiu..? memahami apa yang telah di temui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains , tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains”

Antara kajian buang yang di temui di dalam catitan nya adalah ‘menghasilkan tenaga mengunakan buah durian” dan juga tumbuhan.

kajian BUANG. menghasilkan tenaga
 mengunakan buah Durian
medan tenaga di hasil kan oleh tumbuhan
dari buku nota BUANG yang di temui





Beberapa kajian berkaitan fizik juga di temui berkaitan momentum dan putaran , seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik  atau penerbangan

anatara catatan di dalam buku nota BUANG

catitan di dalam buku nota BUANG. ia seperti satu kajian Fizik aeronatik. yang di kaji melalui
kebolehan tumbuhan (Buah letop) membiak melalui kaedah penerbangan atau layangan


kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.


Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang , jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk di gunakan. mereka lebih sanggup menutup ilmu yang di pelopor oarng Melayu itu hilang dan di "senyapkan" supaya Bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.

rujukan artikal:
https://isabellecreates.wordpress.com/projects/buang-the-lost-malay-scientist/
https://vimeo.com/16263098
http://en.wikipedia.org/wiki/Alfred_Russel_Wallace

Monday 20 April 2020

Akal budi bicara dalam PKP

Senator Menteri agama bila ditanya ttg PKP termasuk larangan solat di masjid jawapan beliau sangat menarik. Lebih kurang maksudnya "Kawalan itu bukan bersifat mandatory 100% tetapi ada Insan dan Ekhsannya". Misalnya ketika ada kecemasan dihospital, bila ada kematian dsbnya yg mana bukan saja wajar dibenarkan bergerak dan tak boleh pula bergerak hanya saorang. Maka dibenarkanlah pergerakannya. Itulah yg boleh ditafsirkan daripada pandangan menteri agama dlm temubual itu. Toleransi dalam ketegasan.

Perkembangan skrg telah menjadi terlalu sukar kpd semua rakyat dan hampir tiada toleransi. Kita harap polis yg mengawal silalah tegas tapi jgn abaikan langsung budibicara. Jangan pukul rata kawal tanpa toleransi atas sebab ada kes individu yg degil. Sorang dua degil tu biasa.

Contoh. Kes bertugas musim PKP. Seorang doktor pakar gred 48 di Kuala Krai yg mati accident kerana van hospital yg dinaikinya accident. Beliau mati bersama anak kecil (baby) yg dibawa bersama. Natizen bertanya masa bertugas macamana boleh bawa baby bersama. Itu salah katanya.
Pada hal masa PKP taska tutup. Tugas tetap kena dilaksanakan. Beliau seorg doktor pakar. Teamnya perlu bertugas di Hospital gua musang. Dekat mana dia nak tinggalkan bayi dia yg menyusu ? . Membawa sendiri bayinya.  itu saja pilihan yg ada ketika itu. Menitik air mata saya mengenangkannya tapi natizen ada yg menyerang... masa kerja bawa anak.

Begitu juga bagi kes kematian. Betullah doa dan solat ghaib boleh dibuat dari jauh. Tapi bila ada kematian, naluri ibubapa, anak cucu, adik beradik nak lihat buat tatapan terakhir adalah lumrah. Benarkanlah. Ramai rakyat kita 32 juta ini berdisiplin. Mereka tahu kalau dia pembawa covid19, dia akan kurungkan diri dia.

Ada kes benar. Sepasang suami isteri dua2 peg. Kesihatan, bertugas di hospital yg menjadi pusat rawatan covid. Isteri hampir due mengandung anak sulong. Suami doktor yg bertugas di bilik isolasi covid telah kena kuarantin 14 hari sbb ada contact dgn seorg yg positif covid diluar bilik isolasi.
Isteri walaupun asal dijadualkan bersalin ditempat dia bertugas skrg perlu cari hospital lain yg bukan pusat isolasi covid19. Bila nak hantar isteri ke hospital mmg jadi berdua. Bila nak bawa balik isteri dan baby baru kena ada sekurang2 sorang lagi bantu. 

Ada pula pesakit stroke nak kehospital. Kena ada pembantu tolak wheelchair. Pemandu setakat pandu saja sbb parking hospital ini susah dapat dan jauh. Maka kena bertiga. Inilah yg saya kira termasuk dalam Insan dan Ekhsan yg disebut Yg. Mulia Syahibul Samaah Dr Zulkifli Menteri agama. Sedikit budibicara toleransi inilah yg diperlukan oleh rakyat yg ada ketikanya sangat memerlukan kelonggaran selektif. Allah bagi kita mata, telinga dan akal, tahulah kita menilainya.

Ada geng parti politik pula mengambil kesempatan merakam gambar Menteri, EXCO, YB yg sedang berada dlm suasana berhimpun. Inipun satu kerja gila musim PKP. Kalau YB tak  turun jumpa utk bantu rakyat dikatakan YB tak nampak muka. Bila YB turun utk membantu dikatanya berhimpun langgar PKP lalu ada yg bersegera buat report polis. Kalau PM, YAB, YB tak boleh bergerak utk cakne dan menyelesaikan isu dlm negara dia, negeri dia, parlimen dia itu adalah satu ketidak warasan PKP. Ianya berbeza kalau YAB atau YB turun main golf atau rasmi mesy agong masa PKP, bolehlah report.. Skrg ini ada parti politik mula melihat inilah masanya mereka jadi jurugambar utk buat serangan sbb dah tak ada kerja.

Kita sedang berdepan wabak. Kita mengenakan PKP. Kita patuhlah kpd PKP. Tapi kita janganlah tutup langsung toleransi PKP. Kita kena faham fungsi PKP dan toleransinya mesti ada. Jangan pula sekali2 menangguk di air keruh menambah beban PKP dan polis utk tujuan serangan politik.

Sunday 19 April 2020

Komen pilihan dari pengunjung blog PJ

Matthias Chang Thank You Tun with Political Masturbation

Matthias Chang: I had tried to warn Mahathir don't masturbation Malaysian people and warn Tun about Kit Siang and Guan Eng. Then tell me, Mr Guan Eng, how is Muhyiddin able to spend RM250 billion..!?

If PH failed to pee the Malaysian people now don't try to masturbating them...!! mmm political masturbation..!!

According to then Minister of Finance Lim Guan Eng, there was only RM450 million available in the coffers as of the 30th of April 2018. Do you believe (the previous government) left RM42 billion to us (the government)? It can’t be true as there were only millions, not billions.

“That’s why we need to impose the Sales and Services Tax (SST). We (government) don’t have enough money,” Lim Guan Eng said.
“But, I’m sorry. We need money to run the country. Otherwise, we will be facing an operating deficit,” Lim Guan Eng said.

In other words, Lim told Malaysians outright that the country had “no money to spend” and “must collect SST taxes to survive.”

PH government undertook to sell 12 strategic assets worth RM25.6 billion, including IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).

The biggest joke was Khazanah’s decision to sell 16% of its stake in IHH Healthcare to Japan’s Mitsui & Co for a meagre RM8.42 billion, leaving Khazanah only 26% equity interests in the company, a share cut worth RM13.13 billion today...!! This is the moron Mr Lim and Tun did to nation..!!

It was a joke, as not only was IHH’s 2017 year-end value US$11 billion, it clocked an annual revenue of RM11.1 billion and a pre-tax profit of RM2.3 billion, making its shares worth many times more what Khazanah negotiated with Mitsui.

Lawyer and author of the Future Fast Forward Trilogy, Matthias Chang, took a swipe at Lim Kit Siang today, calling on the people to tell the DAP supremo uno to “shut up.”

In a fiery, no holds barred signature write-up, the one-time political secretary to fourth Malaysian premier Tun Dr Mahathir Mohamad said people should bombard the senior Lim and tell him to “stay at home and to indulge in self-serving political masturbation.”

“Tun M was blinded by Kit Siang’s false subservience and Kow Tows. Tun M fell for it. I had told Tun M, Kit Siang and Lim Guan Eng are arrogant scumbags.
“Not a snake, but the scorpion in Tun M’s pocket. Tun did not listen...Tun try to masturbation all Malaysian people.!!!??

kikikikiki...

“Karma is in play now Tun Mahathir”.

Most important thing make sure BOBOI karma must lost in party Bersatu election and this useless legacy will end forever in Malaysian history..!!

The moron Tun if you failed to pee Malaysian don't try to masturbation the Malaysian people during PH in power..!!!

Tell me, Lim Guan Eng where did Tan Sri Muhyiddin Yassin get RM250 billion from !!? Its come from Najib@Bossku era become as PM ..!! Yess this is true..!!

Saya ulanggg..!!!

Do you think dropped out school ITM Mat Sabu@Kalunari, LGE@Fake Charted Accountan and Anwar Ibrahim@3rd Class Degree In Arts understand what Matthias Chang was mentioned..!?

If PH failed to pee Malaysian , Don't trying to mustarbating Malaysian people..!! No brain..!?

Saturday 18 April 2020

JIKA KITA MAMPU BELI, JANGAN AMBIL YG PERCUMA

Ikuti petikan ini...

#copypaste dari group wasap. Saya tidak tahu siapa penulisnya. Semoga Allah sampaikn pahala buatnya, unt tulisan yg saya share ini, yg sgt bmanafaat sekali .. 

*MENTAL MISKIN BERJIWA PENGEMIS*

Seorang sahabat lama yang tinggal di Perth, Australia bercerita tentang pengalaman pertamanya:
Suatu petang, sesudah menikmati secangkir capucino di Gloria Jeans Café yang capucinonya paling sedap, kami singgah di kedai roti yang sudah hampir mahu tutup. Membeli sebatang roti kismis dan minta kepada si penjaga kedai roti, untuk dipotong, sebab bila sampai nanti di rumah senang dimakan.

Selesai dipotong dan dibungkus rapi, lalu diserahkan kepada saya. Langsung saya mengunjuk wang kertas 10 AUSSIE.
Tapi ditolak dengan senyum manis, sambil berkata
"It's free,  nothing to pay.” 

"Are you sure?” kata saya.

Gadis remaja yang bertugas menjual itu, menjelaskan, bahawa kalau kedai sudah hampir mahu ditutup, roti tidak boleh lagi dijual. 
Boleh diberikan kepada siapa yang mahu atau dihantarkan ke Second Hand Shop untuk orang yang memerlukan.

Agak tercengang juga saya mendengar penjelasannya..

Terbayang, kalau di Malaysia, wah boleh saja bankrap, kerana orang ramai bakal menunggu kedai tutup supaya dapat yang percuma.

Belum selesai cerita dengan si gadis, tiba-tiba datang sepasang suami isteri, yang juga mahu membeli roti. Rupanya tanpa saya sedari, mereka sudah mendengar percakapan kami. 
Kelihatan si suami adalah orang Australia, sementara isterinya orang Asia. 

Si isteri juga minta roti dari si gadis, tetapi di cegah oleh suaminya, sambil berkata,
"No darling, please. We have enough money to buy. Why do we have to pick up a free one?"

Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma. Let other people who need it more than us to take it."

Wahhhh.. saya rasa tersindir dan wajah saya panas… Ego saya melonjak ke muka, benar-benar tersindir dengan perkataannya itu. Dalam hati saya tergamam, ”Hmm.. saya ini dulu berniaga juga tau?”

Tapi, syukur cepat sedar diri, tidak sampai terucapkan. Kerana orang yang bercakap itu si suami kepada isterinya, masakan saya tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah?

Hampir saja saya berbuat kesalahan. Kerana mereka tidak pun bercakap dengan saya… Kalau saya merasa tersindir, itu salah saya sendiri.

Hingga menjelang tidur, kata-kata si suami kepada isterinya masih terngiang-ngiang di telinga, 

"We have enough money to buy... why do we have to pick up a free one.
Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma."

Setelah saya renungkan, saya merasakan bahawa kata-kata itu benar..

Kalau semua orang yang punya duit, ikut sama dan dapatkan roti percuma, yang biasanya dihantarkan ke Second Hand Shop untuk dibahagi secara percuma, bermakna  orang yang sungguh-sungguh memerlukan bakal tidak dapat bahagian roti percuma.

Walaupun saya sesungguhnya mahu membayar, namun si gadis yang tidak mahu menerima wang saya.

Pelajaran hidup ini tidak mungkin akan saya lupakan.

*Kalau kita mampu beli. Jangan ambil yang percuma. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan mendapatkannya.*

Satu sikap prihatin terhadap orang lain diterapkan dengan kesungguhan hati.

Kini saya baru tahu, kenapa di kelab, ada kopi percuma, tetapi jarang ada yang ambil, mereka lebih suka membeli. 
Bukan kerana segan, tetapi terlebih kerana rasa peduli mereka pada orang lain, yang mungkin lebih memerlukan.

Pelajaran yang sungguh-sungguh memberikan inspirasi bagi diri saya sendiri.

Tuhan sudah memberikan rezeki dan keberkatan yang cukup untuk kita, tidak perlu lagi kita mengambil bahagian berkat yang diperuntukkan bagi orang lain. 

Ketika kita mendengar ada program untuk membantu orang miskin, apa yang ada dalam benak kita?

Apakah kita akan ikut serta agar mendapat bahagian? 

Ataukah kita memaklumkan agar sahabat dan saudara kita dapat bahagian juga?

Atau kita ikut jadi pahlawan dengan mengajukan diri sebagai pendamping program, tetapi dalam fikiran kita tersimpan niat busuk untuk memperkayakan diri sendiri?

Sahabat, 

Kemiskinan bukan untuk dieksploitasi. 

Orang miskin dan kemiskinan adalah ladang amal. 

Keberadaan orang miskin adalah cara Tuhan untuk menguji sejauh mana pemedulian dan keimanan kita.  

Jangan mengaku beriman jika tetangga kanan kiri masih ada yang kelaparan.

Sudah sampai saatnya kita bangkit dan sedar,  tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. 

Menjaga harga diri lebih baik daripada menjatuhkan kehormatan hanya demi sesuap nasi.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"

"Biasakanlah memberi makan kpd orang miskin."_

Semoga bermanafaat hendaknya.

Friday 17 April 2020

Apakah Yakjuj Makjuj Sudah Lama Keluar?

Pelepasan Yakjuj Makjuj ambil masa panjang

Dalam hadis sahih Muslim, Rasulullah SAW menceritakan bahawa gerombolan pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah di Palestin. Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir melaluinya mereka akan berkata, "Dahulu pernah terdapat air di sini."

Oleh sebab perkara itu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air di dalam tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj mengambil satu jangka masa yang amat panjang secara berperingkat peringkat. Mereka tidak dilepaskan serentak dalam satu waktu.

Permohonan Nabi Isa untuk diselamatkan daripada Yakjuj dan Makjuj itu dikabulkan oleh Allah SWT.

Biarpun kita tidak mengetahui apakah telah datang atau tidak Yakjuj dan Makjuj itu, tetapi keimanan terhadap perkara ini sebagaimana dirakamkan Allah dalam al-Quran menjadi pedoman akhir zaman.

Thursday 16 April 2020

SEMUA KERANA COVID 19

Takkan sesekali dilupa ....

18 MAC -  31 MAC 2020  [Fasa 1]
01 APR - 14 APR2020 [Fasa 2]
15 APR - 28 APR 2020 [Fasa 3]

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.30/liter

📍 Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍 Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍 Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍 Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍 Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍 Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍 Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍 Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍 Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍 Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍 Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍 Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍 Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍 Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍 Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍 Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍 Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍 Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍 Sidang media dari Kementerian Kesihatan di udarakan setiap hari.

📍 Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍 Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍 Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah dan sentiasa berterima kasih.
Lakukan kebaikan antara satu sama lain, sayangi antara satu sama lain dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#KitaJagaKita
#StayAtHome

Wednesday 15 April 2020

Nasihat dari Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar Ketua Setiausaha Negara


  • Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini.


Pandemic ini telah mengujudkan rasa takut atau fear kepada semua manusia dari jangkitan makhluk halus Allah ini.

Oleh itu langkah terbaik adalah pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa melalui perintah atau perundangan tertentu.

Apa yang saya ingin katakan disini adalah kesan dari rasa takut dan pengasingan ini kepada ekonomi dunia  keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan august ini. 

Pertama: work from home akan bertukar kepada 'no work stay at home' (i.e. jobless/retrenchment);

Kedua: operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara;

Ketiga: tekanan kepada pekerjaan. Pemberhentian terpaksa dibuat. Kos sosial yang lebih tinggi;

Keempat: kos yang tinggi kepada kerajaan untuk menampung keperluan rakyat sedangkan kewangan kerajaan bergantung kepada pendapatan syarikat. IMF menyatakan 88 buah negara telah mengalami krisis kewangan fiscal dan memohon bantuan IMF;

Kelima: hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar memberi tekanan kepada lenders/banks. Foreclosure tidak dapat dielakan.

Keenam: harga minyak dunia yang jatuh memberi tekanan kepada semua negara pengeluar minyak disebabkan ketamakan OPEC atau tiada permintaan untuk operasi perniagaan;

Ketujuh: snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. US, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis sebelum-sebelum ini, tahun 2008/09; tahun 1997/98; tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression.

Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!. 

Akhirnya: jika isu ini terus berpanjangan, food crisis and human crisis boleh terjadi. Ramai pakar telah meramalkan akan berlaku krisis makanan (sila google untuk rujukan lanjut).

Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka. Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan.

Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat.

Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang. OUR FOOD OUR FUTURE!

So, what should we do now? Sama-sama kita berusaha hentikan virus ini dari merebak, pulih seperti sediakala secepat mungkin. STAY @ HOME. Kita tidak mampu menangani isu ini bersendirian disebabkan ianya isu global dan saling berkaitan.

Kerajaan berikan bekalan awal untuk kita bersedia musim “kemarau” yang panjang.

Paling kurang ia akan berlarutan selama 12 bulan sebelum ekonomi kita pulih. Itupun belum tentu pulih sepenuhnya sebab ia baru sahaja bermula.

1. Sekarang ramai yang sudah terjejas pendapatan mereka. Akan datang pasti ramai lagi. Yang belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan yang ada. Jika tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.

2. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk enjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.

3. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simpanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka dapatla kumpul RM12,000 atau mungkin lagi lebih.

4. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat penstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.

5. Kerajaan tak mampu untuk terus menerus untuk menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik bebanan kita, tolong patuhi perintah kawalan pergerakan ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuh, apatah lagi yang lain-lain?

6. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk penstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.

7. Gunakan peluang berada di rumah untuk belajar memasak. Lepas habis tempoh PKP, boleh kekalkan makan masakan dari rumah berbanding makan luar. Ia jauh lebih menjimatkan. Selain itu ia juga menyihatkan.

8. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari skrg seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.

9. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.

10. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.

11. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.

12. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.

13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat penstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.

14. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebekum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.

15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki.

@BHarian

Tuesday 14 April 2020

Ramai yang meninggalkannya

Jika membaca al-Qur’an melibatkan mata, otak, mulut dan telinga juga hati, maka mendengarkan bacaan al-Qur’an tidak perlu melibatkan mata dan sedikit melibatkan mulut. Hanya perlu mengoptimalkan telinga, otak dan hati.


Dalam surah al-A’raf [7] ayat 204, Allah berfirman, ”Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.”


Dalam ayat ini, Allah kembali menunjukkan kemurahan-Nya. Hanya dengan mendengarkan al-Qur’an, maka kita akan mendapat rahmat-kasih sayang Allah. 


Sebuah imbalan yang sangat besar. Bandingkan jika yang kita dengarkan adalah berita gosip, musik-musik jahiliyah yang disertai goyangan syahwat? 


Serta sarana-sarana audio lain yang minim manfaat? Alih-alih memberi keuntungan, yang kita dengarkan selain al-Qur’an hanya akan menyebabkan hati menjadi kesat sehingga futur menjadi langganan. Inna Lillahi.


Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah bersabda, 


“Barangsiapa mendengarkan satu ayat al-Qur’an, akan dicatat baginya satu kebajikan yang akan berlipat ganda. Dan barangsiapa membacanya, maka baginya cahaya di Hari Kiamat.”


Satu ayat al-Qur’an yang didengarkan, akan diberi kebaikan berlipat ganda. 


Bandingkan dengan kebaikan yang akan kita peroleh ketika mendengarkan satu lagu pop, misalnya? Mana yang lebih kita sukai? Lagu-lagu pop atau murottalal-Qur’an?


Dari segi kesehatan, mendengarkan bacaan al-Qur’an bisa berfungsi sebagai terapi berbagai macam penyakit. 


Ir Abdul Daem al-Kaheel dalam bukunya Al-Qur’an The Healing Book menyebutkan, “Bagi penderita penyakit jantung, bisa disembuhkan (insya Allah) dengan mendengarkan al-Qur’an selama satu jam setiap hari.”


Lebih lanjut, beliau menegaskan agar kita senantiasa mendengarkan al-Qur’an. 


Dimanapun, selain di tempat-tempat yang dilarang. Bahkan, beliau menyarankan agar kita senantiasa mendengarkan bacaan al-Qur’an meskipun sedang tidur. 


Karena telinga tetap mendengar dan otak tetap merekam apa yang didengar, meskipun dalam keadaan tertidur.


Hal ini senada dengan apa yang telah disampaikan oleh al-Qur’an. Dimana dalam beberapa ayat, pendengaran lebih dulu disebut oleh Allah dalam ayat-ayat-Nya daripada penglihatan dan hati. 


Surah al-Isra’ [17] ayat 36, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawaban nya.”


Selidik punya selidik, fakta medis membuktikan bahwa indra yang berfungsi pertama dan terakhir kali pada diri setiap manusia adalah pendengaran (Telinga). 


Hal ini terbukti dengan janin yang masih berada di kandungan. Mereka mendengar apa yang diucapkan oleh orang tua mereka dan orang-orang di sekitarnya. 


Ketika lahir, telinganya sudah berfungsi dengan baik. Meski matanya belum bisa melihat, apalagi hatinya; belum bisa merasakan.


Ketika menginjak usia senja, telinga menduduki peringkat terakhir masa pensiunnya. Ia merupakan indra yang ‘masa kerjanya’ paling lama. 


Oleh karenanya, kita dapati banyak diantara sesepuh-sesepuh yang sudah tidak bisa melihat tapi telinganya masih berfungsi dengan baik.


Hal ini pula yang membuat kita terkagum-kagum dengan sosok-sosok tuna netra yang memang Allah beri kelebihan untuk menghafal ayat-ayat-Nya atau adanya balita yang sudah bisa menghafal al-Qur’an. 


Sementara mereka belum bisa berbicara apalagi membaca dan menulis. “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” ( Ali Imran [3] : 191 ).

Monday 13 April 2020

Covid19: Buat masa ini Malaysia berada dihadapan

Rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.

Mereka kata jika kerajaan Singapura tidak lockdown seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka.

Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya banyak memberi  bantuan.

Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.

Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa berperang dengan polis demi mencari makanan.

Di Thailand pula semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada perdana menteri kita.

Sunday 12 April 2020

Kluster Sombong dan Bongkak

Kadangkala kita ingat rakyat dalam negara kita dah cukup bongkak dan sombong tetapi rupanya ada lagi yang lebih bongkak dan sombong.

Apa agaknya yang mereka anuti semasa mereka berada di luar negara?

Harapan kita ialah kakitangan kerajaan jangan lagi berasa bongkak kerana ada lagi yang lebih bongkak dari mereka.

Apabila melihat sikap sombong orang yang balik dari lur negara yang dikuarantinkan itu kita boleh mengagak bahawa mereka sebenarnya tinggal diluar negara kerana mahu lari dari malaysia. 

Mereka bencikan negara ini dan setiap apa yang rakyat negara ini lakukan tidaklah setaraf dengan kesombongan mereka. 

Ada baiknya kerajaan jangan lagi menyiksa mereka disini. Hantarlah mereka kembali ke negara yang mereka sanjungi itu.

Sepatutnya mereka yang pulang dari luar negara yang masih sihat tetapi terpaksa di kuarantin, mereka patutnya bergotong royong membantu membersihkan dan menaik taraf tempat mereka dikurantinkan itu. 

Dengan otak cerdik ( maklumlah balik dari luar negara) tentulah mereka  mempunyai perbagai idea untuk membuat dan memudahkan sistem kuarantin yang serba kekurangan itu. 

Balik dari luar negara kita perlu bawak ilmu dan kaedah baru dan bukannya bawak sombong dan bongkak orang disana.

Kenapa la kerajaan bawak mereka balik...? kesian hidup mereka tersiksa di malaysia. Bukankah lebih baik mereka dibiarkan di luar negara dengan kehidupan serba mewah mendapat layanan istimewa dari negara asing...?

Saturday 11 April 2020

Jangan Jadi Kaldai

JANGAN JADI KELDAI

Gambar ini diambil dari satu kejadian dalam perang dunia kedua. 

Seorang askar terpaksa memikul seekor keldai melintasi padang rumput. Bukan kerana askar itu kasihkan keldai atau menderita sakit mental. Namun jika keldai itu dibiarkan bebas, dia akan memijak peledak jerangkap samar yang ditanam di segenap penjuru padang lalu meletup dan membunuh semua orang. 

Pengajaran dari gambar ini adalah, dalam keadaan musibah dan bahaya, yang paling perlu dijaga adalah "KELDAI"  yang tidak memahami betapa besarnya bahaya yang sedang dihadapi. 

Sama keadaan mcm skrg yg kita sedang hadapi. Walaupun PKP dah masuk Fasa kedua namun masih terdpt segelintir netizen yg masih tak reti bahasa. 
Masih ada lagi yg keluar rumah ke hulu ke hilir tanpa tujuan tertentu. Tapi pihak polis dan tentera tetap menjalankan tugas mengawasi setiap pergerakan dan terpaksa mengambil tindakan-tindakan tertentu. 

Netizen-netizen yg degil ni serupa macam KELDAI ni la jugak .. 

Tak reti bahasa dan Tak faham situasi ... 

#JustStayAtHome
#MalaysiaSejahtera

Friday 10 April 2020

Balik dari luar negara memang kena biadap ke?


Pengkongsian dari Facebook Sakinah Sulong: 

Kami Bukan Anjing

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya. 

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia. 

Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke, 

Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama. 

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong. 

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. 

Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas. 

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. 

Tak nak dikuarantin. Marah-marah

Panggil staff kami 'dog' 

Panggil staff kami pencacai najis. 

Memang sangat kurang ajar! 

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. 

Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan. 

Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu. 

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. 

Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. 

Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan. 

Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain. 

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka. 

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!  

Memang tak bersyukur! 

Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. 

Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan. 

#KitaJagaKita
#Covid19
#Membebelsayang 

Sumber:

Thursday 9 April 2020

Jom sama sama berdoa semoga covid ini dihapuskan oleh Allah swt

Assalamualaikum

Besok 31.03.2020 - selasa (masa lk 07.00 ptg - sprt dibawah) mari semua kaum muslimin dan muslimat kita bersama2 
Berdoa kepada Allah untuk Perlindungan dari COVID 19 secara serentak bersama semua muslim dari seluruh dunia berdoa mengikuti waktu berdoa bersama sama di waktu yang sama - sprtimana berikut:

Pukul 5pm di Bangladesh
Pukul 4pm di Pakistan 
Pukul 3pm UAE, Baku & Oman
Pukul 2pm Saudi& Qatar
Pukul 7am Canada
Pukul 10 pm Australia Sydney
Pukul 7pm di Malaysia
dan pukul 6pm di Indonesia.

Lokasi: (Dimana saja )
Mari kita berdoa bersama2 diwaktu yang sama dengan seluruh umat islam didunia 

100 × HasbunAllah wani'mal wakil

100 × La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzAlimin.

100 x Shalawat Nabi (sholawat terpendek “Sallalahu alihi wasalam ” atau Shalawat apa saja yang mudah untuk semua)

🤲🤲🤲🤲

Tolong sebarkan pesan ini untuk seluruh umat islam di Malaysia besok kita ikut serta berdoa bersama2 di waktu yang sama dengan seluruh umat muslim didunia..

TERIMA KASIH.

Tuesday 7 April 2020

Susah kalau semua nak di viral

Kengkadang tu kalau pasukan uniform sedang bertindak jangan lah dirakam dan di viralkan...

Biarlah mereka bertugas tanpa dirakam. Kalau nak rakam pun janganlah diviralkan...

Bila dah dirakam orang awam bukannya tengok video tu dari mula kejadian hingga habis.

Video pun dirakam sekerat...

Mengviralkan ni ada dua niat..
1. Niat buruk
2. Niat baik

Walau apapun niatnya tetap juga yang berhati jahat akan gunakan video tersebut untuk memburukkan pihak yang lain.

Orang menjadi bosan sebenarnya kerana mereka sudah tidak dapat melakukan lagi aktiviti kebiasaan mereka.

Terutama aktiviti yang menggembirakan hati mereka.

Kalau ikut logiknya inilah masanya umat Islam mula kembali ke pangkal jalan.

Mereka boleh saja mula belajar balik asas agama atau menambahbaikan amalan yang sudah lama mereka tinggalkan.

Namun kita pun tahu bahawa syaitan berada dimana mana, malah di dalam rumah juga syaitan boleh berkumpul.

Walau masjid ditutup namun dirumah pun masih tidak melakukan solat.

Begitulah hebatnya syaitan berbisik bisik diwaktu senang mahupun diwaktu sukar.

Dalam keadaan kritikal beginipun masih ramai lagi umat islam saling berbalah.

Nampaknya mazhab politik mereka lebih diyakini daripada ajaran nabi.

Perkara perkara lama diungkit ungkit, dan perkara baru dibangkit.

Rupanya bukan covid sahaja satu penyakit.

Tapi hati umat islam didalam negara ini sudah lama busuknya berjangkit jangkit.

Yang jadi salahguna kuasa ni kengkadang berasal dari sikap rakyat juga. 

Kita kengkadang sokong membabi buta. Bila orang lain kena rotan atau kena tindas kita sokong sepenuh hati kononnya ia adalah satu pangajaran.

Tapi bila kena batang hidung kita atau keluarga kita baru kita nak melompat.

Sebaiknya setiap kali berlaku kejadian kita jangan terus sokong mana mana pihak. Lebih baik kita diamkan diri dan simpan dahulu pendapat kita hingga kita mengetahui perkara yang sahih.

Kita perlu benarkan pihak berkuasa menyiasat untuk mengetahui siapa yang salah.

Kita sebagai rakyat perlu memantau kelibat pihak berkuasa supaya tidak berlaku penganiayaan.

Setiap rakyat didalam negara ini mendambakan keadilan...

Kita tidak mahu undang undang hanya dikenakan pada orang kampung semata mata tetapi orang yang berpangkat lepas begitu saja.

Sunday 5 April 2020

Bukan Serangan Biasa

Satu dunia sudah panik dengan kes covid ni.. Kebanyakan perusahaan sudah mula mahu lumpuh sedikit demi sedikit.

Satu persatu perusahaan besar akan diambil alih oleh satu kumpulan kewangan besar dunia.

Setelah mereka selesai mengawal kewangan dunia barulah wabak ini akan dihentikan.

Maka adalah lebih bijak sana sekiranya negara kita lebih banyak mendiamkan diri sekiranya mereka berjaya mengawal wabak ini nanti.

Mendabik dada kononnya boleh mengawal akan membuatkan ejen mereka sabotaj masuk kembali wabak ini ke dalam negara.

Serangan melalui senjata biologi lebih merbahaya daripada senjata konvensional kerana kita tidak nampak kemaraan musuh.

Seluruh badan beruniform terpaksa dikerah untuk mengawal pergerakan rakyat hinggakan pertahanan negara menjadi lompong yang memudahkan musuh masuk sesuka hati dengan menyamarkan diri seperti orang awam.

Isu serangan bertubi tubi kepada kumpulan tabligh juga mempunyai agenda tertentu.

Malah masjid masjid seluruh dunia dan Mekah juga terpaksa dikosongkan kerana khuatir akan menularnya wabak ini.

Virus yang disebarkan ini tampak lebih mahu menjatuhkan ekonomi dan agama Islam.

Bagi kita yang yakin kepada rukun iman sudah pasti nampak satu pattern luar biasa yang sedang bergerak...

Kita mungkin tidak layak untuk menjadi tentera imam mahadi namun setidak tidaknya kita boleh menjadi benteng pertama mempertahankan kemaraan musuh.

Semoga kita termasuk didalam golongan orang orang yang beriman...

Klik sini seterusnya

Saturday 4 April 2020

Hanya China Mempunyai Jawapan

* Corona: Ada sesuatu yang tidak kena ...! *

 🤔Wuhan ke Shanghai = 629 km
 🤔Wuhan ke Beijing = 1052 km
 🤔Wuhan ke Milan = 8700 km
 🤔Wuhan ke New York = 12000 km
 🤔Wuhan ke Italy = 8670 km
 🤔Wuhan ke London = 8880 km
 🤔Wuhan ke Paris = 8900 km
 🤔Wuhan ke Sepanyol = 9830 km
 🤔Wuhan ke India = 3575 km
 🤔Wuhan ke Iran = 6560 km

 🧪* Sesuatu yang menjadi misteri dan tanda tanya ...!

 📢 Corona virus berasal dari bandar Wuhan di China dan kini telah mencapai seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini belum sampai ibu kota China iaitu Beijing dan Bandaraya ekonomi terbesar iaitu Shanghai yang berhampiran Wuhan, kenapa ...?

 📢 Beijing adalah bandar di mana semua pemimpin China tinggal, ketua tentera hidup di sini, mereka yang menjalankan kuasa pemerintahan di China tinggal di sini, tidak ada lockdown di Beijing! Ianya bebas! Corona tidak mempunyai kesan di sini, kenapa ...?

 📢Shanghai adalah bandar yang menjalankan ekonomi China, ia adalah Bandaraya ekonomi terbesar bagi China, di sini semua orang kaya hidup di China! Mereka yang menjaga industri berjalan, tidak ada ada lockdown sini, corona di sini tidak mempunyai kesan terhadap Shanghai ...! * Kenapa ...? *

 📢Adakah corona virus pandemik ini, yang telah membuat seluruh dunia panik, tetapi cuba anda datang ke Beijing dan Shanghai, adalah sangat penting untuk bertanya kepada China soalan yang ketika negara-negara maju terbesar di dunia sedang bertungkus lumus menangani wabak ini, mengapa tidak dapat menghentikan Corona! Corona telah mengakibatkan bandar-bandar besar dunia lumpuh, jadi mengapa tidak virus ini sampai ke Beijing ...? ; Mengapa tidak sampai ke Shanghai ...? * Kenapa ...? *

 📢Beijing dan Shanghai adalah kawasan bersebelahan dengan Wuhan! Virus dari Wuhan tiba di seluruh penjuru dunia, tetapi virus ini tidak sampai ke Beijing dan Shanghai ...! * Kenapa ...? *

 📢Ekonomi negara yang disinggahi Covid-19 akan terhenti, tetapi semua bandar utama China telah dibuka dan kini dan dari 8 April, China juga telah membuka Wuhan! Seluruh dunia kini terancam dengan keganasan wabak ini! Sekarang China kini mengisytiharkan Wuhan bebas dari jangkitan ...! * Kenapa ...? *

 📢Satu perkara besar lagi ialah pasaran saham di seluruh dunia telah jatuh hampir separuh! Tetapi saham China - pasaran saham mereka daripada 3 ribu yang hanya turun pada 2700! Tiada kesan virus ini menjejaskan pasaran saham China ...! * Kenapa ...? *

🔒Apapun perkara-perkara ini, mereka hanya menunjuk kepada satu perkara bahawa corona adalah senjata bio-kimia China, yang telah keluar meninggalkan China untuk membuat kemusnahan di seluruh dunia! Selepas ribuan orang dan mungkin jutaan terbunuh, China kini mengisytiharkan sudah berjaya mengendalikan virus ini! Mungkin China juga sudah mempunyai vaksin, yang mereka tidak berkongsi dengan dunia luar! Dan adakah China akan menjual vaksin ini setelah jutaan menjadi korban akibat Covid-19 ini. 

 * Kenapa ...? *
#Hanya China yang mempunyai jawapan.

Friday 3 April 2020

Kempen antiCovid19

Letak gambar anda di ruang gambar dan kempen kepada rakan rakan yang lain sebagai tanda kita perlu bersama sama melawan wabak ini.

Saya doakan semoga kita semua selamat dari wabak covid-19...

👍👍👍

Thursday 2 April 2020

Disamping Corona virus, ada lagi bahaya yang sedang dihadapi rakyat

Tidak dinafikan corona virus telah mendatangkan ketakutan dan kegelisahan kepada rakyat secara umumnya.

Ia membuat rakyat tiba tiba cepat naik angin namun mujurlah kerajaan dibawah pimpinan Muhyidin agak bijak didalam menguruskan perasaan rakyat.

Sebagai perdana menteri, muhyidin bercakap dengan nada rakyat. Beliau tidak bercakap dengan nada angkuh atau bertindak dengan gopoh.

Beliau sentiasa memberi harapan kepada rakyat untuk terus bertahan. Ini dapat mengurangkan ketegangan dikalangan rakyat.

Dalam musibah begini ketenangan amat perlu. Pemimpin amat perlu menjadi bijak untuk menenangkan rakyat.

Ini kerana rakyat amat gelisah dan mudah termakan dengan hasutan dari pihak pembangkang yang tak putus putus berusaha untuk merampas kuasa.

Mereka tak habis habis dengan melemparkan tuduhan kepada muhyidin sebagai perdana menteri kerajaan pintu belakang.

Walhal satu dunia menyaksikan sendiri bagaimana Anwar dan gengnya yang tak habis habis memdesak Tun M untuk berundur hingga berlakunya krisis politik yang mana telah membuatkan Tun M meletak jawatan dan yang dipertuan Agung menjadi pening kepala.

Akhirnya untuk menenangkan keadaan Agung telah melantik Tun sebagai Perdana menteri interim.

Dikala itu berlakukah perebutan kerusi diantara Muhyidin dan Anwar yang akhirnya Dipertuan Agung telah memilih Muhyidin untuk menjadi Perdana menteri ke 8.

Walaupun rebutan kerusi ini telah berakhir namun pihak Anwar masih tidak puas hati dan sentiasa menjalankan perang saraf untuk menjatuhkan kerajaan pilihan Yang Dipertuan Agung tersebut.

Keadaan begini membuatkan kerajaan muhyidin tidak dapat menumpukan sepenuh usaha untuk memerangi musuh negara yakni Covid-19.

Muhyidin telah melakukan yang terbaik selaku perdana menteri namun pakatan pembangkang dilihat cuba mengganggu usaha usaha kerajaan.

Dalam menangani wabak covid, masalah ekonomi, masalah politik dan terkini timbul pula satu lagi masalah yakni masalah jenayah.

Perompak perompak yang kelaparan sudah mula berani merompak rakyat. 

Malah ada yang berani merompak didepan rumah sebaik sahaja wanita yang turun dari kereta keseorangan setelah balik dari membeli barangan dapur untuk keluarga.

Kekangan kerajaan yang hanya membenarkan seorang sahaja keluar rumah untuk pergi ke kedai telah di ambil kesempatan oleh perompak untuk merompak.

Keadaan ini menambah lagi masalah rakyat. Diantara keluar mencari makanan dan dirompak atau mati kelaparan di rumah.

Rakyat menjadi serba salah kini... 

Membiarkan diri dirompak sudah pastilah membuatkan keluarga mati tak makan dirumah. Manakala mempertahankan diri pula akan membuatkan rakyat yang dihukum pula sekiranya tiba tiba perompak itu terbunuh secara tidak sengaja.

Ini benar benar memeningkan rakyat...

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...