Monday, 20 April 2020

Akal budi bicara dalam PKP

Senator Menteri agama bila ditanya ttg PKP termasuk larangan solat di masjid jawapan beliau sangat menarik. Lebih kurang maksudnya "Kawalan itu bukan bersifat mandatory 100% tetapi ada Insan dan Ekhsannya". Misalnya ketika ada kecemasan dihospital, bila ada kematian dsbnya yg mana bukan saja wajar dibenarkan bergerak dan tak boleh pula bergerak hanya saorang. Maka dibenarkanlah pergerakannya. Itulah yg boleh ditafsirkan daripada pandangan menteri agama dlm temubual itu. Toleransi dalam ketegasan.

Perkembangan skrg telah menjadi terlalu sukar kpd semua rakyat dan hampir tiada toleransi. Kita harap polis yg mengawal silalah tegas tapi jgn abaikan langsung budibicara. Jangan pukul rata kawal tanpa toleransi atas sebab ada kes individu yg degil. Sorang dua degil tu biasa.

Contoh. Kes bertugas musim PKP. Seorang doktor pakar gred 48 di Kuala Krai yg mati accident kerana van hospital yg dinaikinya accident. Beliau mati bersama anak kecil (baby) yg dibawa bersama. Natizen bertanya masa bertugas macamana boleh bawa baby bersama. Itu salah katanya.
Pada hal masa PKP taska tutup. Tugas tetap kena dilaksanakan. Beliau seorg doktor pakar. Teamnya perlu bertugas di Hospital gua musang. Dekat mana dia nak tinggalkan bayi dia yg menyusu ? . Membawa sendiri bayinya.  itu saja pilihan yg ada ketika itu. Menitik air mata saya mengenangkannya tapi natizen ada yg menyerang... masa kerja bawa anak.

Begitu juga bagi kes kematian. Betullah doa dan solat ghaib boleh dibuat dari jauh. Tapi bila ada kematian, naluri ibubapa, anak cucu, adik beradik nak lihat buat tatapan terakhir adalah lumrah. Benarkanlah. Ramai rakyat kita 32 juta ini berdisiplin. Mereka tahu kalau dia pembawa covid19, dia akan kurungkan diri dia.

Ada kes benar. Sepasang suami isteri dua2 peg. Kesihatan, bertugas di hospital yg menjadi pusat rawatan covid. Isteri hampir due mengandung anak sulong. Suami doktor yg bertugas di bilik isolasi covid telah kena kuarantin 14 hari sbb ada contact dgn seorg yg positif covid diluar bilik isolasi.
Isteri walaupun asal dijadualkan bersalin ditempat dia bertugas skrg perlu cari hospital lain yg bukan pusat isolasi covid19. Bila nak hantar isteri ke hospital mmg jadi berdua. Bila nak bawa balik isteri dan baby baru kena ada sekurang2 sorang lagi bantu. 

Ada pula pesakit stroke nak kehospital. Kena ada pembantu tolak wheelchair. Pemandu setakat pandu saja sbb parking hospital ini susah dapat dan jauh. Maka kena bertiga. Inilah yg saya kira termasuk dalam Insan dan Ekhsan yg disebut Yg. Mulia Syahibul Samaah Dr Zulkifli Menteri agama. Sedikit budibicara toleransi inilah yg diperlukan oleh rakyat yg ada ketikanya sangat memerlukan kelonggaran selektif. Allah bagi kita mata, telinga dan akal, tahulah kita menilainya.

Ada geng parti politik pula mengambil kesempatan merakam gambar Menteri, EXCO, YB yg sedang berada dlm suasana berhimpun. Inipun satu kerja gila musim PKP. Kalau YB tak  turun jumpa utk bantu rakyat dikatakan YB tak nampak muka. Bila YB turun utk membantu dikatanya berhimpun langgar PKP lalu ada yg bersegera buat report polis. Kalau PM, YAB, YB tak boleh bergerak utk cakne dan menyelesaikan isu dlm negara dia, negeri dia, parlimen dia itu adalah satu ketidak warasan PKP. Ianya berbeza kalau YAB atau YB turun main golf atau rasmi mesy agong masa PKP, bolehlah report.. Skrg ini ada parti politik mula melihat inilah masanya mereka jadi jurugambar utk buat serangan sbb dah tak ada kerja.

Kita sedang berdepan wabak. Kita mengenakan PKP. Kita patuhlah kpd PKP. Tapi kita janganlah tutup langsung toleransi PKP. Kita kena faham fungsi PKP dan toleransinya mesti ada. Jangan pula sekali2 menangguk di air keruh menambah beban PKP dan polis utk tujuan serangan politik.

3 comments:

  1. Pujian Melambung WHO Telah ‘Membunuh’ Singapura. Singapura semakin cemas dan haru biru.

    Sebuah negara berkeluasan Langkawi berbanding Malaysia pun haru biru mendepani Covit 19

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji Singapura atas pendekatan negara itu terhadap virus berbahaya.

    Setelah dua bulan, Singapura seakan tersungkur dengan tiba-tiba apabila bilangan kes COVID-19 di Singapura kini meningkat melepasi Indonesia, sekali gus muncul yang tertinggi di Asia Tenggara selepas mengenal pasti ratusan pesakit dalam kalangan pekerja warga asing.

    Singapura disebut-sebut negara paling efisien dalam menangai situasi krisis pandemik ini. Ketika negara-negara lain bertungkus-lumus melaksanakan sekatan pergerakan dan perintah berkurung, apa yang telah dilakukan Singapura berjaya menurunkan kes.

    Namun, semuanya berubah sekelip mata sejak minggu lepas.

    Berdasarkan statistik terkini, Singapura kini melepasi Indonesia yang merekodkan 6,248 kes dan Filipina yang mencatatkan 6,087 kes COVID-19.

    Apa yang kita perlu pelajari dari Singapura?

    Kita diingatkan supaya tidak memandang remeh dan dan sewenang-wenangnya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun jumlah kes positif COVID-19 harian menunjukkan penurunan.

    Selagi jumlah individu yang positif virus belum mencapai tahap sifar, kita masih tersekat dalam ‘kehidupan normal baharu’ ini

    ReplyDelete
  2. Singapore Leader’s Wife Defends His Seven-Figure Pay

    Ho Ching, who is married to Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong, took to Facebook to defend her husband’s pay, which looks higher than those of many government leaders.

    Lee’s annual pay is S$2.2 million ($1.6 million) including bonuses, according to the government’s website. His pay was such fodder for speculation that the government dedicated a webpage on the subject in September 2018, which said Lee doesn’t get a performance bonus.

    Temasek manages a portfolio that’s valued at S$313 billion as of March 2019. It’s the biggest stakeholder in half of the country’s 10 largest companies by market value, including flag-carrier Singapore Airlines Ltd. and DBS Group Holdings Ltd., Southeast Asia’s biggest lender.

    DBS CEO earns S$11.9 million a year
    Among Singapore’s three biggest banks, Piyush Gupta, the CEO of DBS, had the largest pay at S$11.9 million including bonus and deferred shares, according to its 2018 annual report. The heads of the other two banks each earned about S$10.6 million.

    Furthermore, Ho Ching’s annual compensation is neither the highest within Temasek, nor is she amongst the top five highest-paid executives in Temasek.”

    It makes sense if DBS CEO having 11.9 million a year then Temasek Holdings Pte Ltd speculation that Chief Executive Officer Ho Ching makes S$100 million (US$70 million) a year... yes its true...!!

    Singapore citizen well known a morden slaves for this family . To all Singaporean what do you have a year compare with this powerful family within a decade..!?

    ReplyDelete
  3. Tun atau Anwar jadi Ketua Pembangkang. Nak berebut tikam belakang pun orang tak marah cuma tepok tangan saja. Tun bakal dipecat dari Bersatu

    Semalam bekas perdana menteri Najib@Bosssku dalam satu kenyataan kepada The Star berkata Tun akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

    “Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

    “Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

    Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

    Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

    Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

    Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

    Dari simber dipercayai Tun. akan dipecat dari Bersatu kerana melanggar displin parti Bersatu kerana mahu duduk di barisan pembangang 18. Mei nanti.

    Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu...Hari ini dalam sejarah Tun tak rebut dan tangguh peralihan kuasa dan jawatan...kikiki

    hahhhh tepokkkkk makin panas popcorn kasi tambah.. tak sabar nak tunggu 18. Mei 2020 kali ini.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...