Monday, 27 April 2020

ROJAK BERACUN

Secara amnya, negara kita didiami oleh 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ini bukan perkara baru kerana perpaduan ini telah terbentuk sejak 63 tahun yang lalu. Inilah kekuatan sebuah negara yg bernama Malaysia yg boleh diibaratkan seperti rojak.

Namun, disaat ketenteraman kita kekal stabil walaupun ada tangan2 jahat yang cuba merosakkannya, wujud pula kelompok2 asing yg cuba mengambil kesempatan atas kestabilan dan keharmonian negara. Jika kita lihat, baru2 ini, wujud persatuan etnik Rohingya yg majoritinya memegang kad UNHCR, cuba meminta hak sama rata.

Memang menghairankan, bagaimana mereka yang masuk kenegara ini tidak dijemput dan memegang kad UNHCR mahu menuntut hak sama rata seperti rakyat asal negara ini? Adakah mereka sudah mengemukakan permohonan rasmi?

Baiklah. Mari kita lihat sejenak sejarah asal hak kewarganegaraan negara.

1. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948 yang mana pada ketika itu dibentuk dari 4 Negeri Bersekutu dan 5 buah negeri Tidak Bersekutu. 

2. Rakyat pada ketika itu terdiri dari Orang2 Raja. Siapakah Orang2 Raja ini? Inilah penduduk asal Tanah Melayu iaitu anak2 Melayu. 

3. Pada 31 Ogos 1957, negara mengecapi kemerdekaan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaya.

4. Pada ketika inilah, pihak kerajaan pada ketika itu melakukan tawaran kepada rakyat2 Kolonial untuk menjadi warganegara. Siapakah warga Kolonial ini? Mereka adalah kaum Cina dan India yang dibawa masuk sebagai buruh diladang2 serta deretan lombong bijih di Tanah Melayu diera kolonial.

Hari ini, mereka yang pada asal mencari perlindungan namun kini menuntut hak samarata dengan warga asal Malaysia? Ini sama sekali akan menjejaskan kewangan kerajaan dan akan memberi impak tambahan kepada perkembangan ekonomi negara.

Satu lagi perkara yang menarik untuk dilihat, kredebiliti Zafar itu sendiri. Bukan lagi rahsia, kemunculan awal Zafar adalah ketika pemerintahan Pakatan Harapan. Menerusi beberapa gambar yg tular, bukan lagi rahsia dia cuba mendekati hampir kesemua pemimpin PH dan pada andaian kasar, dia cuba untuk memperoleh manfaat sendiri setelah segala usaha pihak2 mereka utk melobi hak mereka menerusi kerajaan BN menemui kegagalan.

Sudah tentu, wujud pelbagai andaian akan kemungkinan org2 seperti Zafar ini mempunyai tujuan tertentu yang menuntut hak samarata seperti ini. 

Sudahlah kita masih tertanya tanya, kemana hilangnya kira2 700 ribu rakyat China yang memasuki negara sepanjang PH memerintah dan langsung tidak mempunyai data kesemua mereka keluar dr Malaysia. Kini, wujud pula orang seperti Zafar cuba mengambil kesempatan yang bukan hak milik mereka semalam, hari ini dan akan datang.

Sesuatu perkara yang perlu ditegaskan, sehingga 2017, lebih 120 ribu orang etnik ini berlindung di Malaysia dengan lebih 1.5 juta lagi berada di Cox's Bazar, Bangladesh. Bayangkan jika tuntutan mereka dilayan, sudah tentu baki yg masih terkandas di Rakhine dan Cox's Bazar akan mencari jalan memasuki negara ini. 

Satu perkara yang agak menarik, mereka yang hari ini berada di atas bot2 penyeludup ini terpaksa membayar antara RM 9,000 hingga RM 15,000 kepada tekong bagi one way trip. Jika mereka mampu membayar angka ini, bermakna mereka bukanlah org2 miskin yg perlu diberi perhatian khusus.

Lebih menarik lagi, terdapat 13 etnik yang majoritinya beragama Islam. Namun hanha etnik Ronhingya sahaja di bantai oleh Junta Myanmar. Hal ini turut diperakui oleh UNHCR yang mana Aun San Suu Kyi amat menyedari akan hal ini.

Bukan hanya Malaysia, Recep Tayyib Erdorgan, Barrack Obama malah Setiausaha Agung PBB sendiri pernah meminta Suu Kyi menghentikan sernagan Junta kepada etnik Rohingya. 
Akan tetapi Suu Kyi tidak mempedulikan sebarang desakan. 

Justeru, kenapa Malaysia pula mahu menjadi hero memperjuangkan nasib 1 etnik yg berada lebih 5 ribu kilometer dari Kuala Lumpur?

Secara logiknya, kenapa Junta tidak membantai 12 lg etnik yg majoritimya beragama Islam dan hanya memfokuskan etnik Rohingya semata2? Untuk persoalan ini, saya tinggalkan untuk para pembaca mengkaji asas utama kenapa Etnik Rohingya diperangi oleh junta berbanding 12 lagi etnik yang majoriti beragama Islam.

Kita tidak lagi boleh menjadi sebuah negara yang menampakkan kita seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai sebuah kerajaan, kerajaan wajib mengutamakan hak rakyatnya terlebih dahulu dari melayan sebarang tuntutan dari mana2 pihak terutama dari Pendatang Asing Tanpa Izin yang hanya memegang kad UNHCR semata2.

Sudah tiba masanya kerajaan perlu meringankan beban kewangan negara menyara PATI ini dan paling utama, kedaulatan negara tidak boleh diperjudikan hanya dengan alasan membantu saudara seagama. Jika alasan itu digunakan, kita juga boleh membuka pintu untuk warga Patani, Zamboaga, Mindanao, Somalia, Nigeria, Afghanistan, Iraq, Iran, Syria dan puluhan negara Islam yg lain yang hari ini bergelut dengan kancah perang dan pembantaian etnik.

3 comments:

  1. Tahniah Anwar pun dah matang menjawab isu Rohingya dan isu lain dlm FB setiap persoalan dijawab dengan nada biashe biashe... bukan retorik bodoh lagi... Makin tenggelam atok kitee.!!

    dan ....

    Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

    Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial. Persoalan kenapa bila kecoh kat Kedah tetiba pulis bertindak... sebelom ni ok jerr

    macam ada yg tak kena dan ada yang panas bontot yerr...!!!?

    Kalah kan terus budak tu dalam pemilihan parti nanti, sebelum kejadian di Kedah tak ade pun kecoh kepoh ada amik gambar video suma orang ok ajer...

    bila kat berlaku kat Kedah macam macam kau orang kutuk fithan hukum siap bawak hadis lagi....

    Yang dia orang panas bontot kenapa..

    Kalah lan budak dan kunco kunco dalam pemilihan parti budak tu.. maka hapuslah legasi tak guna ini

    saya ulanggg..!!!

    ReplyDelete
  2. Saya pun rasa hak sebagai warganegara Malaysia perlu dijaga dahulu sebelum kita nak jaga kaum lain...

    ReplyDelete
  3. SINGAPURA :COVID-19 di Malaysia dijangka berakhir awal Mei ini - Kajian SUTD

    Kajian SUTD menramalkan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia bakal berakhir pada awal Mei ini

    Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 yang 'menggoncang' dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia.

    Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab itu pada Jumaat lalu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

    Nota : Nampak tak game celaka Singapura sedang Singapura berada kes Covit 19 mencecah 10 ribu. Singapura yang celaka masih mahu meramalkan apa yang terbaik untuk Malaysua menangani Covit19

    Lepas kajian Universiti Celaka Singapura ini maka sahut menyahut lah media media gampang PH, NGO yg menyokong PH, Profesor dan Pemimpin PH diikuti olrh media DAP, PKR dan media kononnya pro goverment seperti STAR Malaymail The Sun kepunyaan tokey Cina yg dikayakan oleh zaman pemerintahan Tun Mahathir..


    Kita bole tgk peranan Singapore Centre Slender of Malaysia punya celaka ini.

    18.Mei adalah pembukaan parliment Mslaysia... tengok strategi Pusat Fitnah Malaysia dari Singapura mainksn sentimen untuk back up DAP , PKR Jangan sibuk pasal covit di Malaysia sedangkan covit 19 di Singapura mencanak naik... tak payah menyibok berambossss Singapura Celaka..!!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...