- Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini.
Pandemic ini telah mengujudkan rasa takut atau fear kepada semua manusia dari jangkitan makhluk halus Allah ini.
Oleh itu langkah terbaik adalah pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa melalui perintah atau perundangan tertentu.
Apa yang saya ingin katakan disini adalah kesan dari rasa takut dan pengasingan ini kepada ekonomi dunia keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan august ini.
Pertama: work from home akan bertukar kepada 'no work stay at home' (i.e. jobless/retrenchment);
Kedua: operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara;
Ketiga: tekanan kepada pekerjaan. Pemberhentian terpaksa dibuat. Kos sosial yang lebih tinggi;
Keempat: kos yang tinggi kepada kerajaan untuk menampung keperluan rakyat sedangkan kewangan kerajaan bergantung kepada pendapatan syarikat. IMF menyatakan 88 buah negara telah mengalami krisis kewangan fiscal dan memohon bantuan IMF;
Kelima: hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar memberi tekanan kepada lenders/banks. Foreclosure tidak dapat dielakan.
Keenam: harga minyak dunia yang jatuh memberi tekanan kepada semua negara pengeluar minyak disebabkan ketamakan OPEC atau tiada permintaan untuk operasi perniagaan;
Ketujuh: snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. US, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis sebelum-sebelum ini, tahun 2008/09; tahun 1997/98; tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression.
Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!.
Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!.
Akhirnya: jika isu ini terus berpanjangan, food crisis and human crisis boleh terjadi. Ramai pakar telah meramalkan akan berlaku krisis makanan (sila google untuk rujukan lanjut).
Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka. Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan.
Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat.
Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang. OUR FOOD OUR FUTURE!
Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka. Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan.
Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat.
Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang. OUR FOOD OUR FUTURE!
So, what should we do now? Sama-sama kita berusaha hentikan virus ini dari merebak, pulih seperti sediakala secepat mungkin. STAY @ HOME. Kita tidak mampu menangani isu ini bersendirian disebabkan ianya isu global dan saling berkaitan.
Kerajaan berikan bekalan awal untuk kita bersedia musim “kemarau” yang panjang.
Paling kurang ia akan berlarutan selama 12 bulan sebelum ekonomi kita pulih. Itupun belum tentu pulih sepenuhnya sebab ia baru sahaja bermula.
1. Sekarang ramai yang sudah terjejas pendapatan mereka. Akan datang pasti ramai lagi. Yang belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan yang ada. Jika tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.
2. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk enjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.
3. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simpanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka dapatla kumpul RM12,000 atau mungkin lagi lebih.
4. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat penstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.
5. Kerajaan tak mampu untuk terus menerus untuk menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik bebanan kita, tolong patuhi perintah kawalan pergerakan ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuh, apatah lagi yang lain-lain?
6. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk penstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.
7. Gunakan peluang berada di rumah untuk belajar memasak. Lepas habis tempoh PKP, boleh kekalkan makan masakan dari rumah berbanding makan luar. Ia jauh lebih menjimatkan. Selain itu ia juga menyihatkan.
8. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari skrg seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.
9. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.
10. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.
11. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.
12. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.
13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat penstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.
14. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebekum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.
15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki.
@BHarian
SINGAPURA YANG CELAKA SELALU DIKAGUMI PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN
ReplyDeleteSingapura (Pusat Fitnah Malaysia@Cente Slander of Malaysia)
Dr Idham Menteru Kesihatan Malaydis terkejut bila hari ini Dr Dzul (Singapura kiblat PH) dilaporkan berkata kerajaan patut buat ujian antibodi COVID-19 (serological test) besar-besaran dan bukannya memanjangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [1].
Agresif sungguh serangan kumpulan pro PH terhadap PN. Read bean army mereka sudah kembalikah? ‘Dr, Dr’ mereka muncul lagi. Pantang tersilap sikit, habis dibalun.
Menteri air suam lah menteri mewa, menteri doraemon lah dan muncul pula menteri tik tok.
Saya tak boleh bayang kalau dia masih lagi Menteri Kesihatan ber PM kan Tun dan TPM seorang doktor. Hancur jahanam Malaysia
Dr Dzul, dinasihatkan belajarlah daripada keangkuhan Singapura@CSM (Centre Slander of Malaysia). Ketika kita mula melakukan PKP, Singapura negara terawal mengkritik kita.
Biasa lah kerajaan PH kiblat centre PH ialah Singapura@CSM (Pusat Fitnah Malaysia)
Mereka melakukan 72,680 pengujian setakat 7 April 2020. Atau nisbah 12,250 pengujian per sejuta penduduk paling tinggi di dunia.
Ternyata Singapura silap. Mereka gagal mengambil kira faktor luar jangka. Contohnya 88% pesakit COVID-19 sebenarnya tiada simptom / mempunyai simptom minimum. Tetapi masih mempunyai potensi menyebarkan virus kepada orang lain.
Singapura rebah. Kes positif tiada tanda turun. Kadar kesembuhan mereka adalah 23.7%, lebih rendah daripada kita yang mencatat 44%. Akhirnya Singapura terpaksa mengalah dan mengisytiharkan lockdown (mereka panggil Circuit Breaker) bermula 7 April
Singapura sudah terlambat. Singapura menyesal. Lawrence Wong, Menteri Pembangunan Negara mereka mengatakan, "Jika saya tahu virus ini boleh merebak dengan cepat, saya akan melakukan tindakan yang berbeza (ujian besar-besaran dan amalan social distancing sahaja)"
SINGAPURA YANG CELAKA
Singapura berkeras mahu rakyat Malaysia dibenarkan bekerja.
Rundingan diadakan antara Menteri Kanan Kluster Keselamatan, DS Ismail Sabri rakan sejawatan beliau dari Singapura, Teo Chee Hean.
Beberapa syarat dan perjanjian telah dipersetujui antara Malaysis dan Singapura :
》Menyediakan tempat tinggal sementara dengan kemudahan asas.
》Insentif sehari SGD50 kerana berkerja di waktu berisiko tinggi.
》Setiap pekerja Malaysia yang mahu masuk semula ke Malaysia selepas waktu berkerja, mesti menjalani saringan kesihatan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Singapura
Tetapi, sebaliknya yang berlaku bukan semua rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura diberi tempat tinggal sementara seperti yang dijanjikan.
Malah, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malay Mail bertarikh 31 Mac 2020, Menteri Sumber Manusia Singapura, Josephine Teo, umumkan program penempatan sementara kepada pekerja Malaysia di Singapura tidak akan diteruskan
Kemudian, Singapura pula umumkan arahan PKP di negaranya (dikenali sebagai circuit breaker - CB) bermula 7 April 2020.
Pada 9 April 2020, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata tiada keperluan buat kerajaannya untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja Malaysia.
Menteri Kesihatan Singapura turut keluarkan kenyataan yang sama, tiada 'swab test' untuk pekerja asing (termasuk Malaysia) yang mahu keluar dari negara itu
Sikap berdolak dalih dan mungkir janji Kerajaan Singapura sangat-sangat dikesali dan ianya merisikokan keselamatan nyawa rakyat Malaysia.
Singapura sendiri yang asalnya beria mahu bertanggungjawab atas pekerja Malaysia (atas kepentingan ekonomi), kini mahu berlepas tangan?
Hormatilah perjanjian antara dua negara yang berjiran dan sudah lama bersahabat!!!
Apa akan jadi nasib pekerja Malaysia?
Apakah saranan pemimpin Pakatan Harapan dengan nasib pekerja Malaysia di Singapura..!?
Masing masing jadi setan bisu.
Atap sendiri yang bocor kata orang tebuk..!!
Setakat gebang bangang di FB tak menyumbang lebih duduk diam...!!
Saya ulang..!!