Thursday, 2 April 2020

Disamping Corona virus, ada lagi bahaya yang sedang dihadapi rakyat

Tidak dinafikan corona virus telah mendatangkan ketakutan dan kegelisahan kepada rakyat secara umumnya.

Ia membuat rakyat tiba tiba cepat naik angin namun mujurlah kerajaan dibawah pimpinan Muhyidin agak bijak didalam menguruskan perasaan rakyat.

Sebagai perdana menteri, muhyidin bercakap dengan nada rakyat. Beliau tidak bercakap dengan nada angkuh atau bertindak dengan gopoh.

Beliau sentiasa memberi harapan kepada rakyat untuk terus bertahan. Ini dapat mengurangkan ketegangan dikalangan rakyat.

Dalam musibah begini ketenangan amat perlu. Pemimpin amat perlu menjadi bijak untuk menenangkan rakyat.

Ini kerana rakyat amat gelisah dan mudah termakan dengan hasutan dari pihak pembangkang yang tak putus putus berusaha untuk merampas kuasa.

Mereka tak habis habis dengan melemparkan tuduhan kepada muhyidin sebagai perdana menteri kerajaan pintu belakang.

Walhal satu dunia menyaksikan sendiri bagaimana Anwar dan gengnya yang tak habis habis memdesak Tun M untuk berundur hingga berlakunya krisis politik yang mana telah membuatkan Tun M meletak jawatan dan yang dipertuan Agung menjadi pening kepala.

Akhirnya untuk menenangkan keadaan Agung telah melantik Tun sebagai Perdana menteri interim.

Dikala itu berlakukah perebutan kerusi diantara Muhyidin dan Anwar yang akhirnya Dipertuan Agung telah memilih Muhyidin untuk menjadi Perdana menteri ke 8.

Walaupun rebutan kerusi ini telah berakhir namun pihak Anwar masih tidak puas hati dan sentiasa menjalankan perang saraf untuk menjatuhkan kerajaan pilihan Yang Dipertuan Agung tersebut.

Keadaan begini membuatkan kerajaan muhyidin tidak dapat menumpukan sepenuh usaha untuk memerangi musuh negara yakni Covid-19.

Muhyidin telah melakukan yang terbaik selaku perdana menteri namun pakatan pembangkang dilihat cuba mengganggu usaha usaha kerajaan.

Dalam menangani wabak covid, masalah ekonomi, masalah politik dan terkini timbul pula satu lagi masalah yakni masalah jenayah.

Perompak perompak yang kelaparan sudah mula berani merompak rakyat. 

Malah ada yang berani merompak didepan rumah sebaik sahaja wanita yang turun dari kereta keseorangan setelah balik dari membeli barangan dapur untuk keluarga.

Kekangan kerajaan yang hanya membenarkan seorang sahaja keluar rumah untuk pergi ke kedai telah di ambil kesempatan oleh perompak untuk merompak.

Keadaan ini menambah lagi masalah rakyat. Diantara keluar mencari makanan dan dirompak atau mati kelaparan di rumah.

Rakyat menjadi serba salah kini... 

Membiarkan diri dirompak sudah pastilah membuatkan keluarga mati tak makan dirumah. Manakala mempertahankan diri pula akan membuatkan rakyat yang dihukum pula sekiranya tiba tiba perompak itu terbunuh secara tidak sengaja.

Ini benar benar memeningkan rakyat...

1 comment:

  1. Itulah bahana bila pengkianatan dibenarkan dan disokong....sama2 sama la tangung

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...