Kengkadang tu kalau pasukan uniform sedang bertindak jangan lah dirakam dan di viralkan...
Biarlah mereka bertugas tanpa dirakam. Kalau nak rakam pun janganlah diviralkan...
Bila dah dirakam orang awam bukannya tengok video tu dari mula kejadian hingga habis.
Video pun dirakam sekerat...
Mengviralkan ni ada dua niat..
1. Niat buruk
2. Niat baik
Walau apapun niatnya tetap juga yang berhati jahat akan gunakan video tersebut untuk memburukkan pihak yang lain.
Orang menjadi bosan sebenarnya kerana mereka sudah tidak dapat melakukan lagi aktiviti kebiasaan mereka.
Terutama aktiviti yang menggembirakan hati mereka.
Kalau ikut logiknya inilah masanya umat Islam mula kembali ke pangkal jalan.
Mereka boleh saja mula belajar balik asas agama atau menambahbaikan amalan yang sudah lama mereka tinggalkan.
Namun kita pun tahu bahawa syaitan berada dimana mana, malah di dalam rumah juga syaitan boleh berkumpul.
Walau masjid ditutup namun dirumah pun masih tidak melakukan solat.
Begitulah hebatnya syaitan berbisik bisik diwaktu senang mahupun diwaktu sukar.
Dalam keadaan kritikal beginipun masih ramai lagi umat islam saling berbalah.
Nampaknya mazhab politik mereka lebih diyakini daripada ajaran nabi.
Perkara perkara lama diungkit ungkit, dan perkara baru dibangkit.
Rupanya bukan covid sahaja satu penyakit.
Tapi hati umat islam didalam negara ini sudah lama busuknya berjangkit jangkit.
Yang jadi salahguna kuasa ni kengkadang berasal dari sikap rakyat juga.
Kita kengkadang sokong membabi buta. Bila orang lain kena rotan atau kena tindas kita sokong sepenuh hati kononnya ia adalah satu pangajaran.
Tapi bila kena batang hidung kita atau keluarga kita baru kita nak melompat.
Sebaiknya setiap kali berlaku kejadian kita jangan terus sokong mana mana pihak. Lebih baik kita diamkan diri dan simpan dahulu pendapat kita hingga kita mengetahui perkara yang sahih.
Kita perlu benarkan pihak berkuasa menyiasat untuk mengetahui siapa yang salah.
Kita sebagai rakyat perlu memantau kelibat pihak berkuasa supaya tidak berlaku penganiayaan.
Setiap rakyat didalam negara ini mendambakan keadilan...
Kita tidak mahu undang undang hanya dikenakan pada orang kampung semata mata tetapi orang yang berpangkat lepas begitu saja.
KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
ReplyDelete7 April 2020
KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.
. bla.. bla... blahhh..bole blahh..bla...
blaa..blahhh..bole blahhh...
YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Persoalan
Sejak bila DAP jadi champion dalam membela penjawat awam nih...!? mana pergi pakar formula@strategi DAP iaitu Tony Phua..!?