Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Asal Usul Melayu

Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.

Kenapa Pentadbiran Kristian Katolik Di Vatican City?

Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy?  Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)?  Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana? Sumber dari Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang… Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita. Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran. Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-oran

Bangsa ini sengaja dibiarkan bercakaran terlampau lama

Apa masalahnya dengan umat melayu? Masalahnya ialah kita tidak pernah di brainwash semenjak kecil apakah hala tuju utama bangsa kita. Kita dibiarkan berfikir mengikut kehendak hati kita. Paling tidak pun kita hanya disuruh belajar disekolah dengan pandai agar dapat pekerjaan yang baik apabila dewasa. Maka apabila ada rakan kita yang mempunyai pekerjaan baik dan bergaji mahal tetapi mereka syirik kepada Allah, ia menjadi masalah kepada struktur masyarakat kita. Melayu yang kaya raya ini kebiasaannya akan lupa kepada halal dan haram. Mereka suka kepada hiburan. Mereka sanggup membayar untuk berhibur. Maka industri hiburan menjadi rancak dan ramai lah anak anak melayu miskin yang tidak begitu pandai disekolah akan menceburi bidang hiburan. Mana yang tidak berjaya menceburi bidang hiburan akan menceburi pula di hotel atau di kelab malam. Akhirnya apabila struktur masyarakat melayu ini rosak maka soal agama mula diremehkan dan kemaksiatan serta kemu

SEMANGAT

Hidup didunia penuh cabaran Tanpa semangat binasa badan Hidup didunia godaannya banyak Tanpa semangat maruah tercampak Hidup didunia banyak masalah Tanpa semangat hidup kan susah Bila semangat kuat dan kukuh Sebarang kerja tidak tertangguh Bila semangat sudah layu Masuk gelanggang beroleh malu Bila semangat sudah padam Ke darat sesat ke laut karam Bila semangat sudah melemah Duduk berunding patah lah lidah Bila semangat sudah hilang Alamat hidup diperhamba orang Bila semangat sudah berkobar Hadapi musuh takkan gentar Bila semangat sudah menyala Perjuangan takkan tergendala Bila semangat sudah menggebu Dicampak dicabar takkan layu Bila semangat sudah patah Sebarang kerja takkan menyudah Bila hidup tanpa semangat Hidup hanya umpama mayat Bila semangat sudah lari Dari hidup baiklah mati Bila semangat sudah ke buntut Duduk di majlis sudut menyudut

Apakah kesudahan episod politik malaysia?

Kengkadang dalam kehidupan kita selalu datang secara terbalik. Orang yang paling teruk di ejek tiba tiba orang itu juga yang berjaya naik...  Dulu ramai yang mengejek Tun sebagai orang tua nyanyuk yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan akhirnya kita lihat beliau berjaya. Mungkin juga selepas ini orang yang terlalu teruk di ejek juga akan menjadi Perdana Menteri. Saya berpendapat budaya mengejek ini perlu dihentikan kerana ia akan menjadi dendam para pengikutnya apabila calon itu menjadi perdana menteri nanti. Itulah kesannya yang kita sedang hadapi hari ini apabila ramai yang mahu membalas dendam terhadap umno kerana penyokong umno terlalu kuat mengejek dahulu. Dan akhirnya bangsa ini tidak boleh disatukan walaupun sedang menghadapi musibah gara gara hati yang terlalu kuat berdendam. Bangsa melayu kini sudah terbahagi kepada terlalu banyak kumpulan. Masing masing kumpulan terlalu taksub kepada ikon masing masing. Ketaksuban melampau ini mel