Tuesday, 4 June 2019

Bangsa ini sengaja dibiarkan bercakaran terlampau lama



Apa masalahnya dengan umat melayu?

Masalahnya ialah kita tidak pernah di brainwash semenjak kecil apakah hala tuju utama bangsa kita.

Kita dibiarkan berfikir mengikut kehendak hati kita.

Paling tidak pun kita hanya disuruh belajar disekolah dengan pandai agar dapat pekerjaan yang baik apabila dewasa.

Maka apabila ada rakan kita yang mempunyai pekerjaan baik dan bergaji mahal tetapi mereka syirik kepada Allah, ia menjadi masalah kepada struktur masyarakat kita.

Melayu yang kaya raya ini kebiasaannya akan lupa kepada halal dan haram.

Mereka suka kepada hiburan. Mereka sanggup membayar untuk berhibur.

Maka industri hiburan menjadi rancak dan ramai lah anak anak melayu miskin yang tidak begitu pandai disekolah akan menceburi bidang hiburan.

Mana yang tidak berjaya menceburi bidang hiburan akan menceburi pula di hotel atau di kelab malam.

Akhirnya apabila struktur masyarakat melayu ini rosak maka soal agama mula diremehkan dan kemaksiatan serta kemungkaran bermaharajalela.

Untuk menyekat semua ini sudah terlambat.

Apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan anak anak kecil tidak mengikut jejak kita manakala yang dewasa pula kita doakan mereka sempat bertaubat apabila sudah tua nanti.

Diantara turunnya bala Allah ialah apabila si kaya tidak mahu membayar zakat dan peniaga yang suka menipu dalam berniaga secara berleluasa.

Selain daripada itu ramai yang tahu iaitu apabila berlakunya perzinaan secara terbuka dan bermaharajalelanya penyanyi wanita.

Apabila melihat seorang pemuda bercompang camping berdakwah hati saya tiba tiba menjadi pilu.

Saya melihat diri saya sendiri yang kononnya kemas dan bersih ini tapi cukup malu untuk meyampaikan kalimah Allah yang maha suci itu.

Saya terfikir Allah sedang menyindir saya bahawa Allah maha berkuasa untuk memilih siapa saja yang dia suka bagi menyampaikan kalimah yang maha besar itu.

Ia ibarat didalam suasana sebuah rumah yang sedang terbakar. Air bersih sudah tiada maka air lumpur pun berguna untuk memadamkan api...

Allahuakbar...

Dalam terlalu banyak keterlanjuran dan kealpaan kita maka tak perlulah kita tiba tiba menjadi terlalu bersemangat untuk menukar struktur masyarakat.

Tak perlu kita tiba tiba keluar dan memaksa orang lain untuk bertaubat  kerana ia akan membuatkan masyarakat akan lebih jauh dari kita.

Cukup bagi kita menjadi manusia yang baik dan menjaga amalan kita dengan baik.

Tunjukkan contoh yang baik dan bercakap pun dengan perkataan yang baik baik.

Bab hukum biarlah mufti yang laksanakan. 

Ini kerana dosa lampau kita pun masih belum dijatuhkan hukuman maka mana mungkin kita mahu menjatuhkan hukuman kepada orang lain yang besar kebarangkalian akan bertaubat tidak lama lagi.

1 comment:

  1. moga coretan ini meningalkan bekas yg mendalam pd hati saya dan jg jiwa bangsa kita,,, amin.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...