Pernah suatu ketika seorang yang amat berkuasa telah berkata beliau akan menyusahkan hidup rakyat yang tidak mahu mengambil beksin. Begitu cepat masa berlalu dan akhirnya Allah membalikkan niat jahatnya dengan mendapat kesusahan dari partinya sendiri. Hidup orang politik yang tidak berparti agak menyesakkan juga sebagai mana hidup rakyat yang tiada sijil beksin suatu ketika dahulu. Satu persatu Allah makbulkan doa orang orang yang teraniaya. Sekiranya perikatan nasional tidak menzalimi rakyat dengan memaksa rakyat mengambil beksin dahulu mungkin doa yang baik baik dari rakyat akan ditadahkan. Moga ini menjadi satu iktibar kepada pakatan harapan. Ini kerana kerajaan pakatan harapan tertubuh kerana bernasib baik dan ada sedikit sebanyak kebijaksanaan dalam mengawal pihak istana.
Hotel bajet Dia bukan hotel tapi dia bajet macam dia hotel. Rumah tumpangan Nama macam boleh tumpang tapi kena bayar Orang baik masih ada di malaysia ni cuma susah nak jumpa sebab mereka tak promosi diri. Yang promosi diri ialah mereka yang bajet macam mereka baik. Jenis ni banyak kita jumpa di tiktok dan facebook. Yang jenis tumpang glamor orang baik pun kita boleh jumpa dalam tu. Orang lain yang buat baik tapi dia yang paling menyebok viralkan. Spesis bajet dan tumpang ni kita tak boleh nak jadikan sandaran kalau mereka menjadi jurukempen untuk menjual produk atau jurukempen pada pilihanraya. Spesis ni cuma mencari populariti dan populariti itu menghasilkan pendapatan untuk mereka. Dunia hari ini kita perlu lebih berhati hati kerana ramai yang suka meraih keuntungan dengan tumpang nama agama. Mereka nak jual makanan tapi mereka selitkan dengan nama yang berkaitan dengan nabi seolah olah mengambil makanan itu sudah menjadi sunnah dan dapat pahala. Contohnya nak jual jintan hitam tap