Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Melayu masih tak berubah

Masalah utama orang melayu masuk persatuan ialah untuk cari makan. Terlalu banyak persatuan yang ditubuhkan tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik. Manakala yang berfungsi pula terlalu mengharapkan bantuan kerajaan. Ini amat berbeza dengan persatuan cina dimana mereka lebih berdikari dan mampu membuatkan kerajaan tunduk kepada desakan mereka. Mereka tidak perlu terjerit jerit secara terbuka sekiranya mahu memprotes atau memboikot. Cukup sekadar persatuan mengadakan satu mesyuarat tergempar maka seluruh orang cina akan bersatu hati dan mengikut keputusan mesyuarat. Ini berbeza dengan kita dimana dalam satu persatuan pun asyik bercakar. Nampaknya sikap orang melayu ini mustahil untuk di ubah... Kita mungkin tidak mampu untuk mengubah orang lain tetapi kita mampu untuk mengubah diri kita sendiri... Namun untuk mengubah diri sendiripun adalah satu tugas yang teramat berat sama beratnya untuk mengubah sikap orang lain... Maka melayu sampai kiamat pun takkan berubah ma

MELAYU DAP PUTRAJAYA KECAM DR P RAMASAMY DAN BELA DR ZAKIR NAIK

Baru pagi tadi saya menanyakan sama ada akan ada Melayu DAP yang akan mengecam Dr P Ramasamy, petang ini Setiausaha DAP Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria, tiba-tiba seolah-olah menyahutnya dengan mengeluarkan kenyataan media yang bukan sahaja mengecam Dr P Ramasamy, malah membela Dr Zakir Naik yang bukan sahaja dimusuhi oleh Dr P Ramasamy, tetapi juga yang didesak diambil tindakan dalam mesyuarat kabinet oleh M Kula Segaran dan Gobind Singh. Tidak dinafikan bahawa Mohamad Nazir Zakaria hanyalah umpama "ikan bilis" dalam "lautan" DAP, tanpa apa-apa jawatan di peringkat Negeri mahu pun Pusat. Sementara saya boleh tabik dengan keberanian Mohamad Nazir Zakaria, kita perlu tunggu apakah Dr P Ramasamy yang akan dinasihati oleh DAP Pusat atas sikap perkaumannya ataukah Mohamad Nazir Zakaria sendiri yang akan dinasihati atau diambil tindakan oleh DAP Pusat atas keberaniannya ini. Nampak gayanya, berdasarkan kenyataan-kenyataan media beliau, Mohamad Nazir Zaka

Melayu dan Dajjal

Nabi pesan kalau umat islam bergaduh maka kembalilah pada quran dan sunnah. Tapi nampaknya masing2 taksub kepada parti dan pegangan masing2 maka kita sudah dapat menduga orang2 beriman apa nasibnya nanti apabila dajjal turun. Sudah pasti pentaksub ini akan memerangi dajjal kerana dajjal tidak menyokong parti mereka. Pening dajjal camneh.... Agaknya bila dajjal turun nanti, para pengikut dajjal akan menasihati dajjal supaya tidak mencampuri urusan politik malaysia dan jangan sesekali menyentuh sensiviti kaum dan agama di dalam negara ini. Kalau dajjal berdegil maka terimalah akibatnya untuk dikecam didalam facebook. Tahun 2020 adalah tahun untuk yahudi menyiapkan haikal sulaiman menanti turunnya dajjal...  Malaysia juga tidak ketinggalan menanti ketibaan dajjal dengan menterbalikkan bendera bagi memberi signal bahawa ketibaan dajjal sudah dipersiapkan. Di malaysia mempunyai banyak rumah rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong dan tidak ketinggalan jug

Siapa yang sebetulnya Paria?

Yang teruk sangat berpolitik siang malam untuk saling jatuh menjatuh sampai tak boleh nak berbaik baik semula ni cuma orang melayu... Ini berbeza dengan kaum lain, yang tidak begitu taksub kepada parti politik mereka. Mereka hanya menyokong parti yang mampu perjuangkan nasib kaum mereka sahaja... Dalam bab berpolitik kaum cina adalah matang. Mereka tidak begitu menonjolkan mereka adalah penyokong mana mana parti cina setiap kali celik mata tetapi sewaktu pru barulah kita tahu siapakah yang mereka sokong. Kaum cina juga hanya berani bersuara apabila mereka benar benar kuat. Ini berbeza dengan kaum melayu yang sentiasa berbuat bising tidak kira masa dan hanya berpura pura kuat... Untuk menjadi kuat kaum melayu perlu belajar untuk bersifat lunak sesama sendiri dan tegas kepada kaum lain. Tapi nampaknya kaum melayu ini sudah terbalik. Mereka begitu garang menyerang sesama sendiri tapi terlalu lunak dengan kaum lain... Melayu juga terlalu suka menyalahkan orang lain, mer

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS)

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap mereka lima tahun lalu. Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu. “Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang Syariah berada di bawa bidang kuasa negeri,” katanya. Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa bahawa SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam pada 17 Julai 2014. Fatwa berkenaan kemudiannya digazetkan pada 31 Julai tahun sama.

Dap sudah melampau

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib menggesa pihak Dap menyerahkan kuasa pengadilan berhubung kes ADUN Dap Tronoh, Yong Choo Kiong kepada mahkamah. Bidasnya, tidak perlu Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Ko Ham merendahkan martabat dan institusi Speaker hanya semata-mata disebabkan mahu membela seorang yang telah dituduh dan akan dibicarakan. “Masyarakat sebenarnya mahu tahu perkara pokok yang amat penting – betulkah Exco Dap Perak telah merogol wanita pembantu rumahnya seorang warga Indonesia? “Janganlah cuba mengubah fokus ini. Taktik Dap sebegini sudah basi ,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook. Jelas Khusairi, Ngeh bertindak tidak wajar, merendahkan institusi Speaker dengan beliau sendiri membuat laporan polis berkaitan kes rogol melibatkan seorang Exco kerajaan negeri. Tambahan pula ujar Khusairi, laporan tersebut dibuat di waktu malam seolah-olah Speaker sudah terlalu terdesak mahu mempertahankan satu kes yan

Kenapa dan mengapa?

Yang sebenarnya kaum kaum lain tak perlu membuat terlalu banyak permintaan kepada kerajaan kerana kami orang melayu juga mempunyai terlalu banyak permintaan yang belum ditunaikan oleh kerajaan semenjak merdeka lagi. Dari dulu sampai la skarang permintaan kami masih belum ditunaikan maka pastinya kami akan berkecil hati sekiranya permintaan tetamu   yang tidak diundang ini dilayan pula. Dulu mereka pernah berarak angkat penyapu sebagai simbol mahu menghalau kita, kemudian mereka kata kita pendatang, skarang mereka mahu halau saudara se islam kita yang berdakwah.... Agak agak mereka ada niat tak untuk betul betul menghalau kita dari tanahair ini...? Melayu liberal mungkin berasa selamat sebab mereka bersahabat baik dengan puak kafir ini tetapi muslim sejati nampak gerak geri mereka amat mencurigakan dan merbahaya. Mana mana pemimpin negara pun akan mengalihkan isu kelemahan dan kegagalan pentadbiran mereka kepada isu lain yang boleh menjadi besar. Pilihan Isu besar biasanya ialah ag

Malaysia jangan tunduk pada tuntutan dan fikiran nafsu penjenayah!

BUKAN sekali dua, bahkan acap kali didapati media perdana, termasuk yang pro-Islam yang mempromosikan ajaran al-Quran melayan nafsu penjenayah yang pernah disabitkan mahkamah kerana jenayah memukul Anwar Ibrahim yang ditutup matanya hingga pengsan dan berminggu matanya lebam. Penjenayah itu menjaga undang-undang tetapi tidak menggunakan undang-undang terhadap Anwar bahkan menghukumnya dengan nafsu. Mahkamah telah menghukumnya sebagai penjenayah, dan hukuman itu mengeluarkannya dari orang-orang mulia. Jika media melayan pandangannya adalah melayan pandangan nafsu. Media berpahala tetapi memuliakan fikiran nafsu penjenayah mencacatkan pahalanya. Terakhir ketika Islam di Malaysia berdepan dengan cabaran paling getir atas isu Dr. Zakir Naik, media membesar fikiran nafsi penjenayah itu supaya Dr. Zakir diusir, serahkan kepada negara yang memburunya dan menempelak umat Islam menyambutnya sebagai tetamu dihormati seolah-olah kita tidak ada ulama dan ahli ilmu hingga menggunakan

Bila buat salah yang penting alasan, bukan lawyer

Ekoran penyebaran video seorang lelaki mirip Mustafa Ali,mempertahankan suaminya,Isteri Mustafa Ali berkata ia kenal suaminya dan suaminya tidak pernah memakai seluar dalam. Dalam kes video china doll dengan seorang lelaki seiras Anwar Ibrahim,sahabat-sahabat dan penyokong-penyokong Anwar Ibarahim bersungguh-sungguh menyakinkan audian dengan berkata,mana mungkin Anwar sebagai pelaku kerana Anwar memgalami sakit belakang. Kes mantan MB dituduh mencabul seorang remaja diperlis",tak logik" kerana beliau mengatakan hubungan itu umpama ayah dan anak. Terbaru,seorang YB DAP mengatakan ia merupakan fitnah.Doktor mengesahkan burungnya sudah tidak boleh terbang lagi aka mati pucuk. Ya tuan-tuan dan puan-puan,ini semua drama,drama politik negara,tuan-tuan...

Sedar kah Kita? Tiada Pemantauan Terhadap Ceramah Agama Lain

Perasan tak kita orang Islam, teks khutbah Jumaat kita disediakan oleh Pejabat Agama Islam tiap negeri... Penceramah-penceramah agama disurau dan masjid kena dapatkan tauliah Pejabat Agama Islam tiap negeri... TETAPI... Adakah teks ucapan paderi-paderi di gereja Kristian ada badan pemantaunya? Sami-sami dikuil-kuil yang dikatakan kebanyakannya diimpot dari India, adakah ajaran dan pidato ceramahnya dipantau? Apakah paderi-paderi dari luar negara dipantau ucapannya? Adakah ucapan paderi-paderi pada tiap hari Ahad digereja, disediakan oleh kawalan kerajaan? Agama lain bebas sebebas-bebasnya beraktiviti  tetapi Islam Agama Persekutuan serba dikawal.. Maka sebab itu kebencian penganut agama lain terhadap Islam bertambah-tambah... Siapa ajar mereka benci Islam? Siapa provok mereka hina Rasulullah? Adakah dari gereja dan kuil? Ada kita dengar paderi tugasnya digantung sebab provokasi terhadap Islam? Ada kita dengar sami-sami dikuil diperiksa oleh Imigresen? Agam

GARIS SEMPADAN ANTARA RAHMAH DAN DAYUS

Bila saya banyak membaca dan mengkaji tentang sejarah dan tamadun di Alam Melayu, saya merasakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia ini adalah satu hikmah yang besar yang Allah kurniakan pada kita. Dahulu, pendakwah Islam dari Arab dalam jumlah yang sedikit, belayar beribu batu dengan penuh payah dan mujahadah, datang ke Alam Melayu untuk mengislamkan nenek moyang saya yang beragama Hindu-Buddha. Untuk mengislamkan penganut Hindu-Buddha dari kalangan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah. Orang Melayu dulu berpegang dengan agama Hindu-Buddha sangat kuat. Ibarat menggigit daging dengan gigi geraham. Lihat saja pada orang-orang Bali. Mereka adalah cerminan akidah nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Maka sudah pasti pendakwah-pendakwah Arab itu datang ke rantau ini dengan perasaan rahmah dan kasih sayang. Sebab itu proses pengislaman di Alam Melayu berlaku dengan penuh kasih sayang dan tanpa berlakunya sebarang perang. Setelah orang Melayu yang rata-ratanya b

ISU ZAKIR NAIK DEDAHKAN KUASA ISLAM DI MALAYSIA

1. Imam Al-Ghazali pernah memberi amaran: agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan. Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung. Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah. 2. Allah s.w.t. juga memberi ingatan keras dalam tiga surah berikut: ‘Surah As-Saff ayat 9: Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya’. 3. Surah Al-Fath ayat 28: ‘Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu)’. 4. Surah At-Taubah ayat 33: ‘Dia lah yang telah me

Benarkah Anwar Penyelamat?

Berbaloi Pak Syeikh Hj Nuar Brahim melakukan beberapa kali tarian bersama-sama dengan klon MGR. Hanya dengan satu panggilan ,  himpunan anti Zakir dibatalkan esok. Pergh!!!Sentuhan DSAI masih berbisa........ Halang sebelum kejadian tiada efek politik, halang selepas kejadian, dipuncak permainan politik. Bilalah kerja kerja PM akan berjalan lancar. Kritik ZN org tafsir sebagai sokong, tiba tiba TUN   x hantar balik,  DSAI kelam kabut. Ibarat Ultraman datang menyelamatkan keadaan,,,,jeng jeng jengggggg...... Sendiri rancang, sendiri telefon, sendiri angkat diri kata penyelamat keadaan.....kelakor..... C & P... Antara komen terbaik...mmg lawak

FRU telah mula memasuki Brickfields petang ini

Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan Bantahan Tulisan Khat Sekolah Tamil dan himpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races’, malam ini dan esok di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur.

Tun Tertekan

ARIF ATAN Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Firdaus Abdullah berpendapat kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berdepan tekanan politik peras ugut dan provokasi yang bersifat anti Melayu Islam. Menurutnya, hal tersebut dapat dilihat pada desakan berterusan pihak tertentu termasuk dari pemimpin kerajaan supaya menghantar pulang pendakwah Dr. Zakir Naik ke India. “Sekarang secara halus, seakan-akan Tun (Mahathir) dan pemimpin PH (Pakatan Harapan) sedang terjebak dalam politik peras ugut. “Kerajaan juga seolah-olah terpalit dalam politik provokasi oleh sebahagian pemimpin dalam Pakatan Harapan yang cenderung memusuhi Melayu Islam,” ujar bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu. Dr. Firdaus, 75, berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline semasa riadah pagi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam. Mengulas lanjut, bekas Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu berkata, desakan yang

JANGAN HINA DR ZAKIR NAIK

DILEMA MELAYU SIRI 1084 JANGAN HINA DR ZAKIR NAIK Kalau ilmu agama sekangkang ayam jagoh kampung jangan samakan status  kamu dengan dunia ilmu Dr Zakir Naik yang pakar di bidang perbandingan agama.  Dia bukan ahli politik yang bercawat minda memperaga diri sebagai 'pejuang' keadilan dan kebebasan beragama untuk meraih sokongan palsu  dari pemeluk agama lain. Para politikus pansiunan, uzur minda, dangkal ilmu agama, jangan celupar mulut meluah kenyataan memperlekehkan pendakwah Islam bertaraf global ini. Sebagai orang Islam kita patut berbangga beliau menjadi penduduk tetap di negara tercinta ini. Apakah kalian buta matahati dan jahil agama bahawa Zakir Naik digeruni oleh para militan Hindu yang menguasai kerajaan India sekarang?  Apakah kalian tidak tahu umat Islam minoriti di India menjadi mangsa keganasan dan penginayaan kaum Hindu fanatik? Para pemimpin agama lain gerun dan benci terhadap Dr Zakir kerana mereka tidak mampu menentang hujah-hujah be

Dong Zong Bukan baru buat hal tetapi dah lama

Oleh: Anuar Ahmad Mel:  bicarabangi@gmail.com Anda jangan ingat isu bantahan Dong Zong  terhadap tulisan Jawi  baru-baru ini adalah yang paling besar. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961. Tetapi syukurlah kerana ketika itu Menteri Pelajaran adalah Abdul Rahman Talib dan Pengarah Pelajaran pula Dr Aminuddin Baki maka sistem pendidikan negara dapat dipertahankan sebaiknya. Kalau ketika itu Menteri Pelajaran jenis 'lembik', sibuk kejar populariti dan asyik main politik, memang sistem pendidikan negara dah lama rosak. Jangan harap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar lagi seperti sekarang. Mungkin negara kita dah lama amalkan sistem pendidikan pelbagai bahasa pengantar. Sebenarnya tahun 1961 adalah antara tahun yang bersejarah dalam sistem pendidikan negara ini. Inilah ketikanya di mana pengasas Dong Zong, Lim Lian Geok telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia oleh kerajaan kerana tindakan beliau membantah keputusan

Memang Bajang Orang Politik Ni

Orang islam takkan kalah dengan puak kafir. Org islam akan jatuh kerana perang dan bergaduh sesama sendiri. Untuk konteks politik malaysia, Dap guna orang umno utk jatuhkan umno. Mereka serang anwar dari kes aljuburi dulu. Kemudian mereka pula jadi hero selamatkan anwar. GAGAL untuk jatuhkan umno. Guna Mahathir lak. Dan kali ini Berjaya. Diorang berjaya kerana umno alpa dan leka bermandikan duit semasa ada kuasa. Kita yang marhaen jadi mangsa. Betul betul bajang mereka ni. Memainkan masa depan agama dan bangsa. Macamana lah nasib anak cucu kita di masa depan.

Apakah Motif Mengibarkan Jalur Gemilang Secara Terbalik?

Memasang jalur gemilang secara terbalik semakin berleluasa. Sekiranya diperhalusi ia bukanlah dilakukan secara tidak sengaja tetapi ia adalah seperti satu signal kepada seseorang atau satu satu pihak di luar negara. Signal atau isyarat rahsia seperti ini banyak dilakukan oleh pihak komunis didalam bandar suatu masa dahulu bagi memberi isyarat bahawa mereka adalah ahli komunis juga dan bersedia membantu apabila diperlukan bantuan. Malah di dalam gereja juga salib terbalik juga dipasang sebagai tanda dajjal sudah menguasai gereja. Dan yang lebih menghairankan tidak ada satu badan kerajaan pun yang mempunyai kuasa untuk menegur atau menghukum kesalahan memasang bendera terbalik. Mungkinkan pemimpin pemimpin negara kita juga sebahagian daripada mereka?

MELAYU PUNYA TANAHAIR TAPI TAK PUNYA TANAH

Pendedahan dibuat oleh seorang pengkaji hal tanah milik Melayu mengejutkan, membimbangkan, kerana Melayu ditipu hidup-hidup oleh penjajah British dan juga oleh para pemimpin politik Melayu sendiri. Rupa-rupanya dalam diam-diam  penjajah British telah memberi kira-kira sejuta ekar tanah kepada Cina waktu penjajah berkuasa, dan Melayu masih khayal dengan  seruling bambu di atas belakang kerbau. Segala tanah yang bernilai komersial di bandar diberi kepada kaum Cina pendatang, Juga tanah lombong emas dan bijih tapi Melayu masih menanam padi, jadi nelayan bersabung nyawa dan punya tanah sekangkang kera di kampung. Maklumat ini diperolehi dari dokumen-dokumen kerajaan penjajah British yang diperolehi dari  simpanan arkib selepas 50 tahun dalam simpanan kerajaan. Strategi penjajah melemahkan ekonomi Melayu sebagai bumiputra supaya mereka kekal dalam kemiskinan, dan  selamanya menjadi pengemis pada kerajaan. British bermanjakan pendatang asing kerana kepentingan politik d

Amaran buat Umno dan Pas

Pada 14 September depan ikatan kasih antara UMNO, PAS akan berlangsung di KL. Luka lama antara kedua parti kembali terubat.  Masing-masing insaf, muasabah bahawa perpecahan Melayu Islam menyebabkan Melayu terhakis kuasa, punya tanahair tapi tak punya tanah, punya mimpi tapi tak punya negara lagi kalau  syaitan dan puaka menjadi punahsihat dalam percaturan politik memburu kuasa. Para pemimpin kedua pihak diingatkan jangan lidah berputar sama ligat dengan serban jatuh menjatuhkan antara satu dengan lain.  Pegang pada tali Allah, berjuang membela rakyat, agama dan tanahair tercinta,  perangi hasat dengki, kerakusan dan korupsi yang menggoda. Ingat, kalau kalian mungkir janji, gigit menggigit sama sendiri alamat Melayu Islam  hilang taring dan gigi hanya tinggal gusi di bumi bertuah ini. Hari ini Melayu Islam dihina. Malaysia Baru melahirkan para puaka yang gila kuasa, meroyan menyalak langit, menjaja janji yang tak ditepati, melepas kentut busuk dihidu rakyat. 

Surat Rayuan Bekas Tentera Kepada YAB Perdana Menteri

Rayuan kepada PM Malaysia dari Veteran2 ATM Dan Pesara2 awam. Semua rakyat Malaysia akan pasti menyokong Rayuan ini. Salam YAB PM, Lakukan perubahan ini dan saya Pasti negara akan ikhtiraf kepimpinan YAB. Pencen seumur hidup yang di berikan kepada ahli politik yang hanya menjalankan tugas sepenggal di Parliament atau DUN adalah satu ketidakadilan yang amat ketara jika di bandingkan dengan Anggota Tentera dan kakitangan awam kerajaan yang telah berkhidmat tidak kurang dari 20 tahun perkhidmatan. Ini adalah satu perbendaharaan yang amat hina kepada kakitangan kerajaan. Tidak ada seorang pun yang boleh beri penerangan atau menyangkal kenapa anak2 muda mudi yang telah berkhidmat di dalam Tentera Dan Polis selama 20 tahun atau lebih, risikokan diri mereka semata2 untuk memberi kebebasan dan kemerdekaan kepada rakyat tetapi hanya mendapat 50%  gaji pokok terakhir mereka apabila bersara dan pegawai tentera tauliah jangka pendek dan anggota Lain lain pangkat ATM yang

MELAYU BERGABUNG BAWAH TUN M

DILEMA MELAYU SIRI 1077 MELAYU BERGABUNG BAWAH TUN M Jangan terkejut beruk kalau semua parti politik Melayu/Bumiputra dibawah satu bumbung, dan Tun M jadi pemimpinnya. Hasil risikan dari beberapa pemimpin berbagai parti politik Melayu mereka bersetuju di bawah satu bumbung, dan Tun M jadi presiden merangkap PM. Reaksi yang menggalakkan ini tercetus bila DAP, PKR dan berbagai organisasi bukan Melayu cuba menggugat kepimpinan Tun M. DAP dan PKR menjadi besar kepala, besar nafsu serakah hendak menguasai kerajaan PH, menyingkirkan Tun M supaya ajenda 'Malaysian Malaysia'  dan LGBT bebas diamalkan. Sekarang orang Melayu/Bumiputra  panik kerana mereka menentang DAP dan PKR yang dikuasai homosek kelas antarabangsa yang dilaknati Allah. Ada pihak harap Tun M mati cepat supaya peliwat dengan mudah, tanpa halangan, jadi PM ke8.  DAP dan PKR kini mabuk kuasa, dan menjadi semakin gelojoh untuk menyingkirkan Mahathir. DAP dan PKR sudah ada ikatan batin untuk berkongsi kuasa. Jangan t

Jakarta Bakal Tenggelam, Presiden Mahu Berpindah Ke Borneo

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini secara rasminya mencadangkan kepada Parlimen rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan di pulau Borneo. Jokowi menyatakan cadangan itu ketika berucap di Parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74. “Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” kata Widodo yang bakal mengangkat sumpah untuk penggal kedua Oktober ini selepas memenangi pilihan raya April lalu. Jokowi bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar ibu negara baharu itu. April lalu, kerajaan mengumumkan rancangan pemindahan ibu negara dari Jakarta, bandar raya sesak yang mempunyai populasi lebih 10 juta penduduk. Salah satu faktor keputusan itu dibuat adalah kerana kawasan ibu negara tersebut yang berdataran rendah terdedah kepada banjir dan berisiko tenggelam. Difahamkan, rancangan tersebut pernah disuarakan buat pertama kali pada 1940-an.

Politik melayu, pandai atau Memandai mandai

Untuk memecat dan reshuffle kabinet adalah tidak begitu praktikal buat masa ini kerana sebahagian menteri yang dipecat pastinya akan menghasut penyokong2 mereka untuk melakukan demonstrasi dan mengaitkan isu perkauman. Jalan yang paling baik ialah bubarkan parlimen dan berikan rakyat membuat keputusan samada kerajaan sediada perform atau perlu ditukar kembali kepada kerajaan lama. Tapi masalahnya ialah sekiranya ditukar kepada kerajaan lama nanti orang umno kata mereka di pihak yang benar pada masa lampau. Pening juga ni... Rakyat sedikit serba salah dalam memilih parti mana yang sesuai untuk dijadikan kerajaan pada pru akan datang. Kalau pilih umno nanti zahid hamidi pula yang menjadi perdana menteri. Kalau pilih PH nanti anwar pula yang menjadi perdana menteri. Rata rata ahli pkr dan umno pula tidak mahu Tun menjadi Perdana menteri lagi. Manakala kesemua parti tidak mahu Haji Hadi  menjadi perdana menteri. Betul betul bercelaru dan memeningkan kepala u

Istilah perkauman di Malaysia

Perkauman di Malaysia hanya apabila Cina dan India disentuh!!! Manakala apabila Melayu dan Islam dicaci serta dihina dengan pelbagai rupa bentuk itu adalah kebebasan bersuara bagi mereka yang turut disokong oleh Melayu yang tali barut.

Akhirnya Menteri Pendidikan Tunduk Layu

KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI MENGENAI ISU PENGENALAN TULISAN JAWI 1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 sekali lagi telah membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mulai tahun 2020. 2. Dalam perbincangan terkini, Jemaah Menteri telah membuat keputusan mengekalkan keputusan Jemaah Menteri pada minggu lalu supaya pengenalan tulisan Jawi ini diteruskan, tetapi dilaksanakan hanya jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan akan teruskan seperti biasa. 3. Jemaah Menteri turut mengekalkan keputusan untuk pengenalan tulisan Jawi ini dimuatkan sebanyak 3 muka surat di dalam buku teks. 4. Jemaah Menteri juga secara sepakat mengekalkan keputusan agar pengenalan tulisan Jawi ini tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan. 5. Mesyuarat Jem

The Chinese Dilemma

YE LIN SHENG pemegang PhD, Penulis buku THE CHINESE DILEMMA. Kalau tak sempat baca bukunya, baca dan sebarkanlah rumusan bukunya seperti berikut... APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA: 1. Pandangan ini adalah dari Ye Lin- Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di: - Malaysia, - Hong Kong, - Australia, - Thailand, - Singapura, -.Britain dan - Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysia lah yang paling : - tidak bersyukur, - kejam, serta - mengkhianati perjanjian ataupun - tidak mahu rujuk perlembagaan Malaysia Dalam buku Ye Lin- Sheng The Chinese Dilemma - East West Publishing, Australia, 2003, Ye Lin- Sheng menulis: 2. Pengiktirafan orang Cina: "Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang- orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Ma