Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Siapa Khannas Yang Sebenarnya?

Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam......... Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” .... Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa

Perang dunia ke 3 tidak lama lagi

Pengikut dajjal sudah bersiap untuk berperang tapi kita masih bercakaran sesama sendiri. Bercakar pun bukan sebab agama tetapi sebab yang remeh. Masing masing nak tunjuk merekalah yang paling taksub daripada yang lain. Memang dahsyat fitan akhir zaman ini dimana habis cempera umat islam dibuatnya. Kalau dalam perlawanan bolasepak ada disediakan waktu tambahan. Begitu juga dengan dunia ini.  Sekarang hanyalah dibabak waktu tambahan. Dunia ini akan di akhiri dengan hanya tinggal orang orang kafir sahaja sebelum di kiamatkan. Allah swt sendiri akan mengambil nyawa orang mukmin melalui angin lembut dan bukannya mati dibantai oleh orang kafir. Manakala orang kafir akan dibantai dengan kiamat selepas mereka berleluasa di dunia. Waktu itu tiada satupun kedengaran kalimah La ila ha illallah di muka bumi ini. End of game... Untuk menang kita bukan memerlukan umat Islam untuk bersatu. Untuk menang kita memerlukan bantuan Allah swt. Maka sek

Nasihat Syeikh Habannakah

Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Maidani menceritakan: • Ayahnya yang bernama Syeikh Hasan Habannakah al-Maidani menghidupkan budaya diskusi dan cukup terbuka berkongsi ilmu. Jika rajin, kita boleh cari sejarah berkenaan pengaruh ilmunya di Syria dan namanya yang cukup berbisa, amat menggerunkan pemerintah. • Syeikh Abdul Rahman Habannakah mewarisi pembawakan ayahnya yang menguasai ilmu falsafah Yunani. Ia amat membantu dirinya memahami selok belok pemikiran moden dan menyediakan jawapan balas bagi pihak Islam. • Beliau kaya dengan karya-karya sekitar topik pemikiran. Perbahasannya cukup mendalam. Setiap topik tulisannya tidak akan lekang dari penghujahan nas. • Apabila ditanya berkenaan 7 siri kitab berkenaan musuh-musuh Islam, beliau menjawab sesiapa yang tidak kenal musuhnya maka dia tidak akan mengerti jalannya yang sebenar. • Manhajnya menjauhi taqlid secara semberono. Apa-apa topik sekalipun, mesti dirumuskan dengan kefahaman al-Quran & hadith terlebih

WAJIB BACA: KONSPIRASI DALAM MALAYSIA

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang anda langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri. Anda rasa itu biasa saja bukan? Tahukah anda, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji anda pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya). Kali ini, kami akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba. Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke m

Apa yang tak kena dengan melayu?

Ada yang marah apabila melihat umat Islam sudah ramai tergelincir aqidah mereka. Namun begitu kita patut bersyukur kerana kita masih terselamat dan kasihan kepada mereka yang teruji sedemikian rupa. Marah marah kadangkala bukanlah jalan penyelesaian kerana kejadian itu berlaku adalah kerana kita tidak amalkan amar maaruf nahi mungkar. Tangga pertama amar maaruf nahi mungkar adalah usaha dakwah. Umat Islam telah terlampau lama meninggalkan kerja dakwah hinggakan orang yang berdakwah pun kita perlecehkan. Kita harus menyambut baik usaha dakwah dan memberi galakan kepada para pendakwah walaupun kita sendiri malas atau tidak berkesanggupan. Mungkin kita merasakan kita terlalu moden untuk berdakwah dan beranggapan pendakwah yang kita lihat adalah miskin dan tidak seperti pendakwah kristian yang mampu memberi sesuatu. Namun Berdakwah didalam keadaan miskin dan tidak mendapat apa apa pulangan adalah lebih hampir dengan cara nabi. Kemiskinan juga menguji