Tuesday, 2 April 2019

Apa yang tak kena dengan melayu?


Ada yang marah apabila melihat umat Islam sudah ramai tergelincir aqidah mereka.

Namun begitu kita patut bersyukur kerana kita masih terselamat dan kasihan kepada mereka yang teruji sedemikian rupa.

Marah marah kadangkala bukanlah jalan penyelesaian kerana kejadian itu berlaku adalah kerana kita tidak amalkan amar maaruf nahi mungkar.

Tangga pertama amar maaruf nahi mungkar adalah usaha dakwah.

Umat Islam telah terlampau lama meninggalkan kerja dakwah hinggakan orang yang berdakwah pun kita perlecehkan.

Kita harus menyambut baik usaha dakwah dan memberi galakan kepada para pendakwah walaupun kita sendiri malas atau tidak berkesanggupan.

Mungkin kita merasakan kita terlalu moden untuk berdakwah dan beranggapan pendakwah yang kita lihat adalah miskin dan tidak seperti pendakwah kristian yang mampu memberi sesuatu.

Namun Berdakwah didalam keadaan miskin dan tidak mendapat apa apa pulangan adalah lebih hampir dengan cara nabi.

Kemiskinan juga menguji sejauh mana iman dan ilmu kita dalam berdakwah dan ia juga menguji sejauh mana keikhlasan orang yang di dakwahkan itu untuk memeluk Islam.

Agak tersentuh melihat saudara saudara baru kita bekerja keras dalam menjalankan usaha dakwah mereka.

Mereka baru sahaja memeluk Islam tetapi Iman mereka lebih kental daripada orang melayu yang sudah berpuluh tahun didalam agama ini.

Mereka sudah berjaya mengajak bukan islam untuk menjadi Islam manakala umat melayu hendak mengajak rakan baik menunaikan solat pun masih lagi malu malu.

Diwaktu para mualaf ini mengajak orang bukan islam mendekati Islam, orang melayu pula seolah olah cuba menjauhkan orang lain daripada Islam dengan cara bertelagah sesama sendiri hinggakan orang kafir pun menjadi keliru adakah Islam satu agama perdamaian.

Masih ramai melayu yang baik. Tetapi malangnya mereka terlalu baik hingga tidak mahu mengecilkan hati orang lain dengan membuat teguran sekiranya umat didalam kesyirikan.

Mereka berpendapat menegur akan mengundang perbalahan.

Ada juga yang suka menegur dengan cara yang salah yang akhirnya mendatangkan fitnah kepada agama.

Sebenarnya melayu didalam dilema...
Buat salah, tak buat pun salah...

Ini berlaku kerana kekurangan ilmu dakwah, kekurangan kesabaran dan terpengaruh dengan emosi malah keangkuhan juga menjadi sebabnya.

Sudah sampai masanya umat melayu berhenti bergaduh sesama sendiri.

Namun ia mungkin satu perkara yang mustahil untuk menyatukan melayu jahat dengan melayu yang baik.

Namun begitu setidak tidaknya dapat menyatukan melayu yang baik pun jadi lah kerana melayu jahat begitu mudah untuk bersatu sesama mereka.

Hari ini bukan sahaja melayu yang baik tertindas malah melayu jahat juga sebenarnya tertindas kerana mereka dalam keadaan miskin.

Untuk keluar dari kancah kemiskinan maka melayu jahat ini perlu menindas melayu yang baik pula.

Maka melayu baik perlu bersatu dan duduk berjemaah agar mereka menjadi lebih kuat dan berupaya melawan penindasan dari melayu jahat dan lain lain kejahatan.

Cuma ada satu masalah sahaja lagi yakni jemaah boleh diwujudkan tetapi pemimpin kepada jemaah sahaja yang sukar untuk dikenalpasti.

Buat masa ini kita masih terlalu naif dalam usaha dakwah. Dan pastinya dengan semangat semata mata kita tidak mampu untuk berdakwah secara terus.

Sekiranya kita terlalu bersemangat tanpa pengisian ilmu dakwah maka kita akan mencacatkan usaha dakwah tersebut dengan kesilapan yang bakal kita lakukan.

Maka ada baiknya kita cuma menjadi penyokong sahaja terlebih dahulu kepada jemaah jemaah yang menjalankan usaha dakwah tidak kira mereka jemaah yang mana.

Tugas kita ialah pertahankan jemaah jemaah tersebut sekiranya mereka diganggu.

Ini akan membuatkan jemaah dakwah akan berasa lebih semangat untuk bekerja kerana kita menyokong mereka.

Bab untuk bercakap dan berdakwah kepada orang bukan Islam kita serahkan sahaja kepada mereka.

Maka masing masing mempunyai peranan dan tugas masing masing.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...