Kita telah berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita, terutamanya fitnah dajjal.
Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal :
1- Membaca, menghafal, serta memahami makna sepuluh ayat awal surah Al-Kahfi.
“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah Al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal”.
2- Membaca doa di bawah ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam seperti mana yang disebut di dalam hadith.
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.
Riwayat Muslim (588)
3- Membaca surah Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat.
4- Tinggal di tempat yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal, iaitu Mekah dan Madinah.
5- Mengenal ciri-ciri dan siapa itu dajjal.
Saat Dajjal keluar, jangan sesekali kita mendekat, meskipun kita merasa ilmu dan iman sudah cukup, kerana kita tidak mungkin terselamat dari tipu dayanya. Larilah bersembunyi hingga ke gunung-gunung.
Semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal.
Amin.
No comments:
Post a Comment