Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

TASAWUF TIDAK AJAR... TASAWUF AJAR...

Tasawuf tidak mengajarmu sembahyang. Tetapi tasawuf mengajarmu khusyuk dalam sembahyang.  Tasawuf tidak mengajarmu cara membasuh muka ketika berwuduk. Tetapi tasawuf mengajarmu cara membasuh hati daripada sombong, bangga diri, riyak, munafik, ujub, tipu daya dan hasad dengki. Tasawuf tidak mengajarmu kekecewaan. Tetapi tasawuf mengajarmu harapan.  Tasawuf tidak mengajarmu supaya mengkafirkan orang lain, menyebabkan orang lain lari daripada agama ini dan menghina orang lain. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya menghormati orang lain dan sentiasa berfikir.  Tasawuf tidak mengajarmu untuk mencaci dan membalas dendam. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya belas kasihan, menyayangi dan berhikmah.  Tasawuf tidak mengajarmu untuk berkeras dan melampau. Tetapi tasawuf mengajarmu supaya berlemah lembut dan mesra.  Tasawuf tidak mengajarmu dengki dan dendam. Tetapi tasawuf mengajarmu ehsan, menahan marah dan damai.  Tasawuf tidak mengajarmu supaya menyekat orang lain, memutuskan hubungan dan berkeras ha

Kita Sudah Tiada Masa

" Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah; Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)" . ( QS al-An’am [6]: 158). Dalam surat al-An’am ayat 158 disebutkan " tanda-tanda atau ayat Tuhanmu" , yang dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat, dalam hal ini adalah munculnya Dajjal. Sebab, disebutkan dalam sebuah hadits, bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda: "  Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, dabbah, dan terbitnya matahari dari arah barat"  .

Prinsip Pas Jelas

(Harakah) – Prinsip PAS jelas. Iaitu menyatukan ummah dengan Islam. Jadi perlu difahami, jika PAS bersahabat dengan BERSATU bukan kerana Muhyiddin atau siapa-siapa, juga bukan kerana PAS dah jemu dengan Umno. Begitu juga jika PAS bersahabat dengan Umno, bukan kerana Zahid atau Najib atau kerana meluat dengan BERSATU. PAS bersahabat dengan Umno dan BERSATU kerana Islam. PAS mahu ummat dan bangsa ini bersatu. Sebab itu siapa pun tak payah sibuk nak beritahu PAS siapa jahat dan siapa baik. Kononnya nak ingatkan PAS supaya selamat dari terpalit dosa dengan orang itu dan orang ini. Tak payah nak hasut PAS supaya tinggalkan Umno demi PN atau tinggalkan BERSATU demi MN. Sebenarnya semua ‘nasihat’ itu tujuannya hanya satu iaitu demi PH dan DAP, kami dah masak dengan politik pecah dan perintah. Bagi PAS siapa pun pernah berdosa dan pernah silap. Kalau nak bersahabat hanya dengan orang yang tak pernah berdosa dan bersalah, nescaya kita tidak akan punya seorang kawan pun di dunia ini selain Rasul

Tak selesai lagi ke hal MB Perak?

SENTIASA BERISTIGHFAR DAN TAUBAT KUNCI REZEKINYA, DIPERMUDAHKAN URUSANNYA DAN PENJAGA KEKUATANNYA, GENGGAM SUNNAH  Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud, "Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka ALLAH akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." [Hadis Riwayat Abu Dawud] "Dan ALLAH tidak akan mengazab mereka selama mereka beristighfar." (QS Al Anfal: 33) SUNGGUH BERUNTUNG SESEORANG YANG MENDAPATI PADA CACATAN AMALNYA ISTIGHFAR YANG BANYAK | Ustadz DR Firanda Andirja, MA Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam طُوْبَى ِلمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيْفَتِهِ اسْتِغْفَارًا كَثِيْرًا. "Sungguh beruntung seseorang yang mendapati pada catatan amalnya istighfar yang banyak".  (HR Ibnu Maajah no 3818, dan dishahihkan oleh syaikh Al-Albani rahimahullah) Yok perbanyakkan istighfar sahabatku yang baik. اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ،  خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،

Tafsir Surah Ar Rum, ayat 30-32

30:30-32 Tafsir Surah Ar Rum, ayat 30-32 فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (٣٠) مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَلا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (٣١) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (٣٢) Pada ayat-ayat sebelumnya, Allah s.w.t. telah menerangkan tentang kesesatan syirik. Pada ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan untuk mengikhlaskan ibadah kepada Allah dan keranaNya dalam semua keadaan, dan memerintahkan untuk menegakkan agamaNya. "30. Maka tegakkan wajahmu bagi agama yang lurus;"  Maka hadapkanlah wajah, hati, niat dan badanmu dengan lurus kepada Allah. Berpalinglah dari selainNya. Allah sebut “wajah” secara khusus, kerana dengan menghadapnya wajah, maka yang lain ikut juga menghadap. Luruskanlah wajahmu menghadap kepada agama yang telah dis

REALITI UNDI PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR PERAK

4 Disember 2020. 1.  Yang membawa Usul, ADUN Pengkalan Baru dari Parti UMNO, Dato Manap. 2.  Usul berbunyi, Undi Kepercayaan kpd. Menteri Besar Perak tetapi, sebenarnya *Vote of No Confident.* 3.  Bermakna, Usul ini bertujuan untuk menumbangkan Menteri Besar Perak, yang juga Timbalan Presiden BERSATU. 4.  Seramai 10 ADUN menyokong Usul ini. Bermakna menyokong masih memberi kepercayaan kpd. Peja sebagai MB Perak. 5.  Daripada 10 ADUN ini, 3 ADUN yang menyokong ialah daripada ADUN PAS kerana Hj. Hadi di Putrajaya 2 hari yang lalu, telah menyatakan sokongan beliau, supaya Peja di kekalkan sebagai MB Perak. 6.  Sesungguhnya the move mengemukakan Usul Percaya ini di DUN Perak membawa pelbagai implikasi politik. 7.  Ianya menunjukkan pepecahan antara BERSATU dengan UMNO. 8.  Ianya menunjukkan PAS kini bersama dengan BERSATU didalam Gabungan PN. 9.  Peja MB Perak perlu letak jawatan. 10.  Menunjukkan UMNO Perak sanggup bekerjasama mengundi bersama-sama dengan DAP dan PKR, bagi menjatuhkan Pej

Akhirnya MB Perak Dijatuhkan

Bumi sentiasa berputar dan bertemu dititik yang sama setiap kali cukup satu pusingan. Setelah bergulat mempertahankan jawatannya sekian lama akhirnya Peja disingkirkan dari kerusi menteri besar oleh dua musuh besarnya yakni Dap dan Umno. Satu ketika dahulu peja telah membeli dua orang adun umno untuk mengkhianati Barisan Nasional agar dapat menjadi menteri besar. Dan selepas itu Peja pula mengkhianati Pakatan Harapan untuk kekal sebagai menteri besar dan menyingkirkan rakan rakan pakatan harapan yang lain. Akhirnya dua musuh peja ini bersatu hati pula untuk menjatuhkan Peja.

Jahil atau Jahat?

Ramai agamawan yang bijak bijak kerana mereka mempunyai ilmu namun tak ramai yang bijaksana... Kadangkala mereka mengkritik semua pihak hingga tak simpan sedikitpun untuk diri sendiri... Mereka tidak menjalankan dakwah atas dasar tanggungjawab dan amanah tetapi sebaliknya lebih kepada emosi untuk melepaskan geram kepada pihak yang tidak menyokong pendapat mereka. Ada baiknya mereka menumpukan kepada mendakwah non-muslim daripada menjadi kayu api membakar emosi sesama umat islam hanya kerana pertahankan pendapat. Kerja bergaduh sesama sendiri ini hanya terdapat kepada agamawan melayu yang semenjak lahir menjadi Islam. Ini berbeza dengan para mualaf yang mengerah keringat untuk menyampaikan dakwah kepada lebih ramai non-muslim. Nak harapkan "agamawan melayu" ini agaknya sampai kiamat la non-muslim takkan berminat dengan islam kerana contoh buruk yakni asyik bergaduh sesama sendiri mengalahkan orang politik pula mereka ini. Kadangkala kita terfikir sendiri samada agamawan ini ti

Kena Tukar Matawang Terlebih Dahulu

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat. Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya. Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi. Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa. Katanya kepada pemandu keretanya, "Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik. Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya. Lalu dia bertanya kepada pemandunya, "Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa" Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati. Pemandu jutawan ini mula bersuara:  "Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos b

DAWN RAID: QUEEN ELIZABETH & ROTHS BERJASA PADA MALAYSIA?

DAWN RAID: QUEEN ELIZABETH & ROTHS BERJASA PADA MALAYSIA? Ramai cakap mcm ni:  "..suka2 ko fitnah Rothschild & Queen Elizabeth jahat, ko tak kaji sejarah ke?  Rothschild tolong tun M dalam serangan subuh (The London Dawnraid 1981).   dan British banyak jasa. buat jalan raya, rel keretapi... bersyukurlah... British bawa komodenan kpd Tanah Melayu... kita patut berterima kasih dgn Rothschild, Queen Elizabeth & British.. jgn jadi buta Sejarah....'' 🤦‍♂️🤦‍♂️ makin akhir zaman makin melingkup semua, tak pasal2 perang akhir zaman join tentera satan.. sebab teruja roth bagi dana vaksin.. penyelamat umat 😅..   Cerita Minions pun cakap terima kasih (dalam bahasa melayu) dekat Queen Elizabeth. Fikir-fikirkan lah ye? Video: [https://www.youtube.com/watch?v=Hx5n00D3PAM&feature=youtu.be&fbclid=IwAR26gr98e2S5c9MhpNYXUWujOqyajjGFAOjNaJSw4HhiIfL9dXcmCjlZ2Jk] ---------------------------------------------------------------------------- PENCERAHAN Rothschild bantu Perm

Pelik tapi benar didalam kes covid19

Lagi dibagi tau nak beli vaksin dari china makin banyak pula kes covid. Nampaknya syarikat yang berasaskan vaksin dah boleh dibeli sahamnya. Pasti nilai sahamnya akan melonjak naik tahun hadapan. Dalam teori ekonomi kita diajar apabila berlakunya permintaan maka terjadilah penawaran. Kadangkala peniaga dan usahawan perlu kreatif dan lebih bijak 2 tangga kehadapan. Sebelum mereka membuat penawaran mereka perlu mencipta permintaan. Dan ini sering kita lihat dimana antivirus dicipta setelah virus diedarkan... Maka terpaksa lah kita melanggan antivirus bagi laptop kita untuk setahun. Negara kita boleh sahaja sebenarnya mencipta vaksin namun adalah lebih menguntungkan sekiranya ia dibeli dari negara luar kerana perbagai kos tersembunyi boleh diadakan. Ini kerana kesemua bekas pesakit covid yang sembuh dari virus tidak mendapat apa apa ubat yang istimewapun dari pihak hospital. Nampaknya vaksin telah dijadikan sebagai tangkal azimat yang dijual beli untuk meraih keuntungan sesuatu pihak kono

KuLi mengorak langkah

Perebutan kuasa masih belum selesai sejak 'Langkah Sheraton' dibuat Febuari lalu. Apa pengakhirannya?  Ikuti siaran langsung bersama Tengku Razaleigh Hamzah pada hari ini. #InsightTalk

PERANG AKHIR ZAMAN: DARI MUSLIM PRO KE SWARM DRONE

KEPERLUAN TENTERA US KEPADA DATA LOKASI 1. Heboh hari ini berkenaan aplikasi peringatan solat Muslim Pro. Pembangun apps berkenaan didakwa telah menjual data lokasi pengguna kepada tentera US. 2. Perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Inilah corak bisnes zaman moden. Kadang-kadang kita pelik, macamana syarikat seperti google, facebook, instagram, whatsapp dan aplikasi-aplikasi percuma ini menjana pendapatan sedangkan pengguna tidak bayar sesen pun. 3. Jawapan mudahnya, jual data pengguna! Dengan kita daftar sebagai pengguna, kita perlu bersetuju dengan segala terma dan syarat aplikasi sebelumnya. Termasuklah mengakses maklumat lokasi, fail, kamera dan perakam audio.  4. Data-data ini sangat penting untuk tujuan perniagaan (business intelligence). Data-data inilah yang akan diproses dengan kemahiran big data bagi memahami trend manusia seterusnya menjangkakan kehendak pasaran.  5. Namun, data-data ini lebih penting untuk tujuan ketenteraan. Tentera US sudah terkenal s

ODEJEE PELAWA ORANG RAMAI JADI PENGHANTAR MAKANAN, VENDOR

Syarikat aplikasi penghantar makanan halal pertama tempatan, OdeJee yang bakal memulakan operasinya bulan depan mempelawa orang ramai untuk menjadi penghantar makanan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan Untuk menjadi penghantar makanan, pemohon perlu memiliki lesen memandu yang sah dan motosikal berserta cukai jalan dan insurans tidak tamat tempoh Penghantar OdeJee akan diberi beg penghantaran makanan, dua helai baju berlengan panjang, tag nama serta barangan keperluan lain OdeJee turut mempelawa pengusaha restoran, kedai makan, food truck serta pengusaha makanan dan minuman untuk menjadi vendor Vendor-vendor OdeJee akan diberi pelbagai insentif dan dibantu untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka. Semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar di bawah OdeJee adalah berstatus halal, dimiliki serta diusahakan 100% oleh umat Islam Orang ramai yang ingin menjadi penghantar makanan dan vendor OdeJee boleh datang ke pejabat OdeJee yang beralamat di No 84A, Jalan Padi Makmur, Banda

Telah Semakin Dekat

Ahli Parlimen Gerik Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini pada usia 63 tahun.

Kita sedang hadapi sekarang

Di akhir zaman ramai orang merasakan diri mereka bijak. Golongan ulama dicerca dan diperlekeh. Golongan berilmu bersifat ego manakala pengikutnya pula begitu taksub. Golongan ilmuwan juga kerap bertelagah yang tidak langsung mencerminkan ketokohan ilmunya. Tidak seperti golongan ilmuwan terdahulu. (mereka sangat menjaga adab ketika berdepan perbezaan pendapat) Begitu juga, akhir zaman dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan secara beramai-ramai.  Situasi yang dinyatakan itu menepati hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga banyak ‘harj’. Sahabat bertanya: Apakah ‘harj’ itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Pembunuhan. (demi) pembunuhan.” Sebahagian umatku yang dirahmati, mereka tidak akan dihisab dan tidak akan diseksa sama sekali di akhirat, seksa yang pernah dialaminya adalah pembunuhan, gempa dan fitnah (kekacauan).” (Hadis riwayat Hakim)

Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak. Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu. Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP. Kenapa begitu?  Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan syarikat Maminco untuk memanipulasikan pasaran timah dunia. Malangnya rancangan jahat dia gagal dan memakan diri sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita. Akibatnya, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu). Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco? Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd. Apa fungsi syarikat Makuwa

KENAPA SEBAHAGIAN ORANG INGGERIS MENGATAKAN MELAYU BANGSA PEMALAS?

Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan 'pantang duduk diam'. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah. Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar. Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif. Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong 'kemala

KISAH AKHIR ZAMAN YANG SEDANG KITA HARUNGI

Kebanyakan orang tak nampak Rancangan Induk Agung Dajjal. Berikut Adalah intipati Dari kuliah Sheikh Imran Hossein agar kita faham apa yang sedang terjadi. Peralihan Kuasa Dunia sedang berlaku. Tatap dan bacalah dengan hati yang terbuka! Semoga ALLAH swt memberi kita hidayah agar kita dapat melihat segala-galanya supaya kita boleh bertindak dengan betul.  TIGA FASA DAJJAL Kita hidup dalam suasana yang amat mengelirukan dan tiada kepastian. Era kita adalah era berita palsu ditambah dengan cara bertutur yang tidak beradab.  Apakah realiti hari ini dan rentetan sejarahnya? Iya, ada. Eschatologi Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis Rasulullah saw inilah satu-satunya ilmu yang mampu mengupas realiti dunia hari ini dan esok. Apa itu eschatologi? Eschatologi ialah pengajian ilmu akhir zaman. Agama samawi yang tiga itu mempunyai eschatologi masing-masing. Izinkan saya terangkan versi eschatologi Islam. Golongan Nasrani dan Yahudi bebas untuk mempunyai pandangan eschatologi masing-masing.

Tanah yang tergadai

Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam. Kelantan hilang Tak Bai,  Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo. 1965.....kita kehilangan Singapura. 2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh 2011.....kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang... tapi kita jual. Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita. Kita jual tanah TUDM Sg. Besi.... Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City... hak kekal. Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing. Kita juga menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita... jual kepada China. Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim.  Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton. Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri. Teringat kisah saudara Palestin k

Bagaimana wang digital Perkayakan Bank

Kepada mereka2 yg bertanya, bagaimana Rothschild buat duit dgn sistem riba? Mengapa Rothschild boleh memerintah dunia, cipta perang dan perhambakan umat manusia melalui bank?? Mengapa matawang kita semakin susut? Pencerahan...  Fractional Reserve System (FRS) adalah sistem Roth (riba), dimana bank di seluruh dunia mencipta duit. Duit kita bukan lagi disandarkan dgn 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tak disandarkan dgn apa2 lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yg dihasilkan atas persetujuan kuasa2 tertentu. Semakin byk duit dicetak, smakin jatuh nilai duit trsebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dgn peningkatan inflasi. Smakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yg nak diterangkan ini,

Syabas Tuanku Agung Atas Keputusan Yang Bijaksana

Malaysia Darurat?

Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan "darurat" bagi menangani penularan Covid-19. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya. 15 SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN DARURAT Masih belum tenang suasana politik negara. Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa. Kita doakan yang baik-baik untuk semua. Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT. Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media.  Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT. Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti.  Selamat membaca, moga bermanfaat. Soalan 1 Apakah maksud darurat  Jawapan: Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ke