Sunday 21 June 2020

MCA Cari Pasal

Mungkin ramai tidak perasan yang minggu ini, MCA bergaduh pula dengan UMNO bahagian Tanjung Malim apabila UMNO menyatakan keinginannya untuk bertanding di Tanjung Malim pada PRU akan datang. MCA berhujah bahawa kerusi tersebut merupakan 'kerusi tradisi' mereka. 

Sememangnya UMNO lebih berhak bertanding di Tanjung Malim memandangkan majoriti penduduknya ialah orang Melayu beragama Islam. Manakala kaum cina hanyalah 20% lebih. Saya juga mengharapkan agar Pakatan Harapan mengetengahkan calon Melayu dari PKR atau AMANAH untuk kerusi ini nanti.

Apa yang menarik perhatian saya dalam isu ini ialah, situasi ini serupa dengan peristiwa PRK Tanjung Piai yang lalu di mana UMNO dan MCA di kawasan tersebut saling berbalah berkenaan kerusi tersebut sehinggalah MCA mengugut untuk keluar BN. Akhirnya UMNO terpaksa berkempen untuk memenangkan calon BN walaupun tidak rela tetapi apakan daya, mereka tidak sanggup lihat BN kalah walaupun ada alternatif calon Melayu lain iaitu BERJASA. 

Saya tidak menolak jika MCA akan guna 'modus operandi' yang sama untuk PRU yang akan datang kerana peluang mereka untuk memenangi kerusi parlimen atau DUN hanyalah di kawasan majoriti Melayu dan mereka tahu pengundi Melayu akan setia dengan 'lambang dacing'. Manakala, pengundi cina memang sudah lama pun menolak mereka kerana majoritinya lebih percayakan PH. 

GERAKAN telah meninggalkan BN dan kerusi yang ditandingi mereka sangatlah banyak. Sepatutnya MCA fokus untuk mengisi 'kekosongan' ini. Tetapi, tidak mustahil juga MCA memang tamak jika mahukan kerusi majoriti Melayu dan kerusi majoriti bukan Melayu yang ditinggalkan oleh GERAKAN. 

Sebagai contoh, kerusi-kerusi di seluruh Pulau Pinang yang didominasi oleh DAP, kenapa MCA tidak mahu fikir pula selepas GERAKAN sudah tinggalkan BN? Apakah MCA mahu DAP terus memerintah Pulau Pinang? 

Kepada UMNO pula, apakah mereka akan bertolak ansur dengan MCA lagi untuk PRU akan datang dengan menggadaikan kerusi-kerusi majoriti Melayu kepada mereka? Pada masa yang sama, UMNO berebut kerusi dengan BERSATU pula. Lebih baik kerusi-kerusi majoriti Melayu, termasuk yang ditandingi oleh MCA dahulu dibahagi-bahagikan antara UMNO, BERSATU dan parti-parti Melayu lain juga. Tidakkah itu lebih rasional?

Kita sudah saksikan, wakil-wakil rakyat MCA yang memenangi kerusi majoriti Melayu selama ini tidak pernah pun menyebelahi agenda Melayu dan Islam. Malah, mereka melukakan hati kita lagi dengan kenyataan-kenyataan mereka terutamanya dalam membela sekolah vernakular, isu jawi dan sebagainya. 

Saya harap agar rakyat di akar umbi dapat bangkit memulakan gerakan bagi mendesak blok-blok parti politik, sama ada PN atau PH untuk meletakkan calon-calon yang sesuai terutamanya di kawasan majoriti Melayu Muslim. Selepas itu, terserahlah untuk anda memilih sesiapa pun kerana hak mengundi ialah hak masing-masing. Yang paling utama ialah selepas PRU-15 nanti, ahli-ahli parlimen majoritinya ialah orang Islam, sesuai dengan Malaysia sebagai negara Islam. 

Dengan ini, lebih mudah untuk kita mengangkat hak-hak orang Islam di peringkat penggubalan undang-undang di parlimen nanti. Kita perlu memikir melangkaui kerangka politik kepartian, kerana sebenarnya ekosistem politik itu jauh lebih penting. 

Wallahu'alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
20 Jun 202


Thursday 18 June 2020

Nama Tun semakin pupus dari ingatan orang melayu

1. Sejak beberapa hari ni, ada segelintir orang yang mengatakan Mahathir perlu menjadi PM kerana dengan hanya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri, barulah orang Melayu akan menerima Pakatan Harapan Plus.

2. Sebenarnya imej Mahathir dalam kalangan pengundi Melayu tidaklah sebaik ketika dia memimpin Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas.

3. Hari ini Mahathir sering dilihat sebai alat DAP oleh orang Melayu. Beberapa siri tulisannya di media sosial yang dilihat membela DAP akan menjadikan masyarakat Melayu semakin membenci dirinya.

4. Tindakan DAP semalam yang mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan mendesak Anwar memberikan jawapan kepada Pakatan Harapan seolah-olah memberi gambaran yang Pakatan Harapan sebenarnya sedang dikawal oleh DAP.

5. Ketika mengulas tentang masalah masyarakat Melayu yang masih miskin, Mahathir sering memberikan naratif Melayu miskin kerana orang Melayu malas bekerja. Komentar seperti ini menyebabkan orang Melayu marah, lebih-lebih lagi kebanyakan orang Melayu yang masih miskin lahir ketika zaman dia menjadi perdana menteri.

6. Ketika ditanya tentang isu manifesto PRU14 pula, Mahathir pernah mengatakan ia bukanlah kita suci yang perlu diikuti. Kenyataan ini menyebabkan orang Melayu merasakan diri mereka terkena “kencing hancing” Pakatan Harapan. Akhirnya istilah Pakatan Harapan “hancing” telah berjaya menjadi zikir orang Melayu.

7. Hakikatnya, Mahathir tidak lagi popular dalam kalangan orang Melayu. Oleh itu mengatakan cuma Mahathir satu-satunya calon perdana menteri dari PH Plus yang akan diterima Melayu adalah tidak benar.

Thursday 11 June 2020

SEMBANG MELERET PASAL PH DAN PN

SEMBANG MELERET PASAL PH DAN PN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Yang licik dalam PN ni, YB Azmin. Dia angkut keluar MP PKR bersama dia dan BERSATU tu bukan semua. Saja dia simpan ramai lagi orang dia dalam PH, tunggu arahan seterusnya.

2) Ditekan nak buat undi tak perchaya, dia 'arahkan' 2 ADUN PKR Kedah quit. Tungging kerajaan PH Kedah. Ditekan dengan psywar 129 kerusi, psywar perletakan jawatan Sri Gading, dia 'arahkan' MP PKR di Sarawak quit PH.

3) Sekarang dia tengah plan apa pun tak tau untuk Selangor. Duduk tak senang. YB Azmin bergerak senyap-senyap. Tak sembang deras macam kebanyakan pemimpin PKR yang masyhur. Tak macam Bang Fizi, Bang Saif, etc.

4) Seolah-olahnya, YB Azmin dah bagi isyarat kepada TS Muhyidin supaya fokus saja kerja sebagai PM yang baik dan cakna rakyat. Bab politik dalaman parti, biar dia dan team dia setelkan.

5) TS Muhyidin dapat buat kerja tanpa perlu heran dengan isu yang menyerangnya. Siri-siri rakaman audio yang dibongkar pun dia buat tak tau saja. Dia macam dah serah kepada YB Azmin untuk setelkan isu-isu macam tu.

6) TS Muhyidin tak sebut langsung pasal serangan PH ke atasnya dalam ucapan beliau. Tak salahkan PH, tak sinidr PH. Pure 100% menangani isu rakyat. Rakyat nampak keikhlasan beliau.

7) Kalau PH dulu buat cara TS Muhyidin dalam masa 22 bulan memerintah - tanpa menyalahkan BN, saya fikir rakyat akan pandang PH sebagai kerajaan yang ikhlas fokus kepada negara dan rakyat. 

8 ) Ini tidak. Duk buat kerja menyalahkan BN dan DS Najib sampai ke tahap 'overkill' pulak. Over sangat. Orang pun mula menyampah, lebih-lebih lagi PH tak ada polisi yang lebih baik setelah menyalahkan BN.

9) Bayangkan kalau TS Muhyidin sebagai PM setiap hari menyalahkan PH yang menyerangnya, tentu rakyat menyampah. Rakyat dulu tukar kerajaan untuk merasai polisi yang lebih baik daripada BN, bukan nak dengar hari-hari kau canang salahkan DS Najib dan BN. 

10) Bab salahkan DS Najib dan BN tu kau siasat senyap-senyap, dakwa senyap-senyap. Takyah canang macam itu kau punya keutamaan setelah berpuluh tahun pulun nak menang pilihanraya. DS Najib bersalah atau tidak, kena hukum atau tidak, realitinya, rakyat tak dapat apa-apa pun. Rakyat lebih memerlukan polisi sosial dan ekonomi yang lebih baik.

11) Sebab itu rakyat rata-rata lega je dengan pertukaran kerajaan PH kepada kerajaan PN. Rakyat terbanyak lah, bukan rakyat mahacai yang minda masih tersumbat dengan ideologi "hanya Tun dan DS Anwar sahaja layak jadi PM".

12) Korang duk melalak salahkan Langkah Sheraton bagai, ramai rakyat yang bersyukur adanya Langkah Sheraton. Korang anggap ia pengkhianatan, rakyat pula anggap ia adalah satu rahmat. Rahmatan lil 'alamin yang sebenar.

13) Mana taknya, dengan tumbangnya PH, naik kerajaan baru, terus kerajaan baru PN buat correction ke atas kesilapan-kesilapan PH tanpa banyak merepek canang salah PH. Menteri-menteri buat kerja, tak banyak cakap.

14) Mereka dah serahkan tugas bercakap kepada dua figure utama, TS Muhyidin dan DS Ismail Sabri. Rakyat dan wartawan pun senang nak rujuk satu-satu isu kepada siapa. Siapa yang ada autoriti untuk beri kata putus, rakyat dah tahu. Tak heran rakyat sering ternanti ucapan TS Muhyidin dan DS Ismail Sabri di kaca TV bagaiman menanti pengumuman raya.

15) Zaman PH? Kalau boleh semua menteri semua pemimpin PH nak buat kenyataan, siap merentasi kementerian masing-masing pula. Semua isu nak komen. Rakyat pun tak tahu nak follow yang mana. 

16) Inilah yang PH kena muhasabah sebenarnya. Kekalahan dan tumbangnya UMNO/BN membuatkan UMNO/BN bermuhasabah. Tidak meroyan. Buang ego. Hadap kritikan dan berusaha perbaiki, kemudian move on untuk bangkit semula.

17) Isu persepakatan PAS dan UMNO bukan hanya orang PAS terluka hati dengan UMNO, orang UMNO juga ramai terluka hati dengan PAS. Tetapi masing-masing rendahkan ego dan duduk semeja. Bincang dan memulakan muafakat. PAS bermuhasabah, UMNO juga bermuhasabah.

18 ) Tetapi PH tidak. Apabila tumbang sahaja, terus pakat meroyan sehingga hari ini belum reda. Tak mahu fikir pun kenapa tumbang. Tak mahu tahu pun kenapa rakyat tidak bangkit bersama PH untuk menuntut bela atas ketumbangan PH. Tak mahu tahu kenapa banyak emoji marah setiap kali Live.

19) Duk berlagak dengan mandat rakyat 2018. Itu pun mandat ktika 3 penjuru. Sekarang 3 penjuru sudah tidak relevan. Ia adalah PH vs PN. Sudah tentu mandatnya tidak lagi sama 2018. Itu pun pemimpin PH taknak terima hakikat. Masih meroyan.

20) Mungkin sebab ada faktor lain yang menyebankan keroyanan itu mesti dinyalakan secara konsisten. Pertama, untuk kasi nampak PH masih relevan dan hidup di mata penyokong. Kedua, mungkin ada tauke-tauke dan kroni-kroni yang menuntut laba ketika PH menjadi kerajaan. Ada perjanjian dan persefahaman samada dalam bentuk projek atau tender. 

21) Tetapi tanpa disangka kerajaan PH tumbang, dan mereka masih menuntut PH tunaikan (andaian saya sahaja). Untuk meredakan tuntutan tersebut, PH terpaksa create persepsi bahawa mereka akan kembali menjadi kerajaan dalam masa terdekat.

22) Jadi persepsi mereka akan kembali menjadi kerajaan dengan psywar 129,130 dan pengumpulan SD-SD itu hanyalah psywar untuk mengaburi mata penyokong tegar mereka serta kroni/tauke yang membuat tuntutan sahaja.

23) Mungkinlah, saya agak saja. Semua yang saya tulis ni hanyalah andaian dan telahan saya semata. Tak perlu perchaya. Cuma perlu muhasabah dengan hati yang tenang. Jangan muhasabah ketika hati sedang meroyan.

Sekian

Tuesday 9 June 2020

PPBM Dalam Bahaya

Dalam keadaan Bersatu porak-peranda, berpecah, ahli tidak seramai mana, cawangan dan akar umbi tiada, berbahagi kerusi dengan parti itu lebih merugikan UMNO, walaupun ketika ini Muhyiddin selaku Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri.

Tetapi, jangankan untuk jangka panjang, untuk menghadapi PRU akan datang saja pun, tanpa pertolongan UMNO, Bersatu tidak akan mampu ke mana-mana.

Dalam PRU14 lalu, kemenangan Bersatu di kerusi Parlimen dan BN banyak dibantu oleh jentera PH yang lebih tersusun serta sokongan pelbagai kaum.

Untuk itu, selain UMNO mempunyai lebih banyak kerusi, di tambah dengan kedudukan Bersatu yang tidak stabil dan terlalu lemah, mengenepikannya sama sekali dalam PRU15 adalah pertimbangan yang paling munasabah bagi UMNO.

Bersama BN dan Pas, disertai tiupan slogan Melayu Islam, meskipun belum ada jaminan seratus-peratus, UMNO tentu saja mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memenangi PRU akan datang tanpa ada Bersatu bersama mereka.

Dalam erti kata lain, “menyepak” Bersatu dan Muhyiddin adalah pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi bagi UMNO.

Lagi pun, sejak lebih 60 tahun biasa duduk di kerusi Perdana Menteri, UMNO sebenarnya mula berasa janggal membiarkan parti lain, apalagi parti kecil yang berpecah dan tidak stabil seperti Bersatu, bertakhta di atas mereka.

Sunday 7 June 2020

Parti Melayu Masih Tidak Berjiwa Melayu

Ramai yang suka sekiranya pilihanraya diadakan secepat mungkin bagi menamatkan kontroversi politik.

Namun begitu parti parti politik didalam perikatan nasional ada sedikit masalah berkenaan dengan pengagihan kerusi bagi calon calon parti masing masing.

Mereka masih belum menemui satu formula bagaimana harus kerusi parlimen dan dun di agihkan dengan adil diantara parti parti komponen.

Sekiranya parlimen dibubarkan pada waktu terdekat ini mungkin kedua dua pihak baik PH mahupun PN akan menghadapi pertelagahan sesama parti komponen.

Mungkin didalam PH agak kurang bermasalah kerana Amanah memang terkenal sebagai parti yang mengikut kata manakala Dap hanya menumpukan kawasan majoriti pengundi cina manakala PKR adalah abang besar yang boleh demand dalam segala hal. Dan pastinya team Tun pula hanya akan menamakan Mukhriz sahaja sebagai calon.

Masalah yang besar pasti melanda didalam Perikatan kerana Umno dan PPBM pasti akan berantakan kerana kerusi PPBM asalnya adalah kerusi Umno. Manakala team Azmin Ali didalam PPBM tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan kerusi kerana kerusi mereka asalnya adalah kerusi PKR.

Maka ada baiknya juga pemimpin umno, ppbm dan pas mulakan perbincangan berkenaan pengagihan kerusi sekiranya mereka mahu menghadapi pru dalam keadaan benar benar bersedia.

Kalau tidak mulakan langkah awal maka penyokong penyokong parti akan berantakan pula sekiranya pada minit akhir keputusan dibuat kerana tidak puas hati.

Sejarah lepas lepas kita sudah maklum bahawa penyokong umno ni bukan boleh di buat main, mereka sanggup sabotaj parti kalau tokoh kesayangan mereka tidak diangkat sebagai calon.

Ada yang menuduh kita tidak punya prinsip kerana mendahulukan rakyat dalam perebutan politik kali ini.

Sebenarnya itulah prinsip kita. 

Prinsip kita ialah mendahulukan rakyat terutama melayu Islam manakala prinsip mereka ialah mendahulukan Tun.

Kedua duanya adalah prinsip yang jelas, namun prinsip kita lebih murni dan prinsip mereka pula lebih kepada kepentingan individu.

Kita mempunyai sedikit masalah didalam negara untuk mengeratkan perhubungan sesama kaum melayu.

Ketaksuban kepada tokoh masing masing membuatkan agenda melayu terpinggir dan tercicir.

Kita terlalu dimomokkan dengan ketaksuban kepada tokoh hingga kita akhirnya membunuh kebangkitan perjuangan melayu itu sendiri.

Kita ada ramai tokoh yang mempunyai ribuan dan mungkin jutaan pengikut masing masing seperti Tun, Anwar, Hadi Awang dan Najib.

Malangnya mereka tidak boleh disatukan walaupun mereka adalah melayu, melainkan sekiranya mendapat keuntungan politik.

Gambaran ini menunjukkan bahawa sistem demokrasi hanya memecah belahkan melayu dan menyatukan yang bukan melayu.

Adakah salah sistem ataupun salah pemimpin melayu yang gagal mengawal nafsu?

Apa yang terjadi kepada pemimpin melayu malah kepada orang orang melayu adalah berpunca kerana kurangnya jatidiri melayu.

Ini terjadi adalah kerana sistem pendidikan kita yang telah berjaya meneutralkan jiwa melayu tetapi gagal meneutralkan jiwa bukan melayu.

Orang melayu terlalu suka menghantar anak anak ke luar negara dan membawa pemikiran luar negara kedalam negara apabila mereka balik.

Ada yang balik dari UK dan membawa pemikiran UK spec, ada yang balik dari US dan menjadi US spec, ada yang balik dari Jepun dan menjadi Jepun spec malah ada yang berulang alik ke Thailand pun mahu negara kita menerima cara Thailand.

Ini membuktikan anak anak kita malah kita sendiri pun begitu mudah menerima masuk budaya asing kerana tiadanya jatidiri didalam diri kita.

Beza diantara PH dan PN ialah apabila PH memerintah mereka cepat cepat memperkasakan kaum mereka dan memastikan kaum mereka tidak tercicir.

Manakala kita pula masih lagi terpaksa bermain wayang untuk membuktikan kita adalah satu kerajaan yang adil kepada kaum lain sedangkan majoriti kaum lain lebih berminat kepada PH.

Mungkin ada segelintir kaum lain yang menyokong kita maka adalah lebih baik kita menjaga yang segelintir itu sahaja dan bukannya keseluruhan kerana majoriti dari mereka akan membenamkan kita semula pada pru akan datang.

Diharap umno belajar dari kesilapan mereka bermula pada pru 12 dulu.

Antara nama nama yang meniti di bibir rakyat kerana kesantunan mereka terhadap rakyat ialah Muhyidin Yasin, Ismail sabri dan Annuar musa.

Diharap lebih ramai lagi menteri maju kehadapan dalam membantu dan menyantuni rakyat.

Tiga orang sahaja masih belum cukup untuk memastikan kerajaan ini benar benar hebat.

Apa saja yang Tun buat serba tak menjadi. Mungkin ini adalah pengakhiran kerjaya politik Tun. 

Beliau ibarat payung, diwaktu hujan amat diperlukan, diwaktu panas orang duduk dalam kereta yang ada ekon...

Ada baiknya Tun amalkan kembali pesan bondanya yakni berhenti makan sebelum kenyang... Atau mungkin juga Tun mengamalkan makan bila lapar?

Lapar sangat tu...🤔🤔🤔

Friday 5 June 2020

Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang

PADA 28 Februari lalu, lebih kurang jam 11 pagi saya menyiapkan rencana saya bertajuk Melayu Tertipu Lagi dengan membuat beberapa kesimpulan antaranya:
Orang yang menggagalkan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam peristiwa ini, Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka daripada arena politik negara.

Kedua, UMNO, Pas dan Parti Bersatu (termasuk kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baharu. Tetapi, ia hanya boleh dilakukan tanpa Dr Mahathir dalam Bersatu kerana beliau tidak boleh menerima UMNO sebagai satu parti.

Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan iaitu kumpulan Dr Mahathir, Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disokong kuat oleh UMNO dan Pas masing-masing tidak mempunyai majoriti.

Dalam masa 24 jam sehingga petang 29 Februari lalu, kita dengar berbagai-bagai perkembangan. Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri; Anwar dan pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan we have the numbers.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Dr Mahathir, sekejap menyokong Anwar dan sekejap menyokong Muhyiddin. Anwar sekejap menyokong Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik.

Dr Mahathir yang enggan menerima kekalahan, bermodalkan sokongan GPS dan Warisan membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan Amanah untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH yang bererti kerajaan PH yang ditamatkannya dengan peletakan jawatannya hendak dihidupkan semula dan Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon Perdana Menteri demi menyelamatkan kerajaan PH.

Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana Anwar dan Lim Kit Siang sangup berkompromi menyelamatkan kerajaan PH kerana mereka tahu, jika mereka terlepas kuasa, mereka akan berada di kedudukan yang merugikan.

Akhirnya, pada petang 29 Februari lalu, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.

Krisis

Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu.

Dengan terlantiknya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir dan Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi Perdana Menteri. Mereka akan terus menimbulkan masalah. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengetepikan mereka untuk selama-lamanya.

Orang Melayu berasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Teresa Kok, Syed Saddiq, Mat Sabu dan lain-lain.

Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai perundangan. Ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada 30 tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diberi kepercayaan terhadap kepakaran mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya, beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik menggantikan beliau.

Demikian juga diharapkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti Latheefa Koya.

Tetapi, sebaik sahaja kenyataan Istana Negara itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Dr Mahathir bersama-sama Anwar menolak keputusan yang dibuat oleh Agong itu. Itu tidak menghairankan. Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walaupun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Tetapi apabila Seri Paduka Baginda membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, Agong pun mereka tentang. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.

Perkara 40 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut iaitu: Melantik seorang Perdana Menteri.”

Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budi bicara itu. Tetapi, adalah patut baginda melantik seorang ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen. Jika tidak, undi tidak percaya mungkin akan dibuat dan jika berjaya, Perdana Menteri itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.

Dalam kata-kata lain, Agong tidak dikehendaki menemu duga setiap ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Dr Mahathir untuk membuat keputusan itu.

Sekarang, keputusan telah dibuat, Perdana Menteri telah dilantik. Tak usahlah mempedulikan apa kata Dr Mahathir mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuas hati, mereka bolehlah mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budi bicara Agong.

Bagaimana kedudukan Dr Mahathir dan ahli-ahli Parlimen dalam senarai beliau yang tidak menyokong Muhyiddin dalam Bersatu? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya Melayu Tertipu Lagi jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.

Disingkirkan

Saya teruja melihat pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Bersatu bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuhkan kerajaan baharu. Diharapkan ia berkekalan. GPS dan Warisan eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Dr Mahathir. Sudah tiba masanya beliau ditinggalkan atau disingkirkan.

Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri seperti menyebabkan krisis Perlembagaan dengan raja-raja sebanyak dua kali; menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; menyebabkan UMNO dibatalkan; bergaduh dengan Tun Musa Hitam; bergaduh dengan Anwar; bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi; bergaduh dengan Datuk Seri Najib Razak; menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP; menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang; mencabar Agong; masuk keluar UMNO entah berapa kali.

Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.

Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.

* Tun Abdul Hamid Mohamad ialah bekas Ketua Hakim Negara

Thursday 4 June 2020

Kelebihan Menjadi PM

Majlis Perasmian Kilang Kereta Mewah

Di sebuah negara, seorang Perdana Menteri di undang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina.

Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, "YAB Perdana Menteri, suatu kehormatan besar kerana anda berkenan hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada anda."

"Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya," Perdana Menteri itu menolak dengan halus.

"Tidak apa-apa, YAB. Ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Anda, "sang pengarah meyakinkan.

"Saya faham," kata sang Perdana Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. "

Namun, pengarah tersebut tetap berkeras.

Akhirnya, sang Perdana Menteri mengalah, "Baiklah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda ingin saya bayarkan untuk kereta ini."

Sang pengarah berfikir sejenak, kemudian berkata, "Baiklah, anda hanya membayar kereta ini hanya lima Ringgit saja."

Perdana Menteri tersebut menyerahkan sehelai wang nota 100 kepada sang pengarah.

"Maaf YAB Perdana Menteri, saya tidak punya wang kecil sebagai baki," jelas sang pengarah.

Sang Perdana Menteri tersenyum dan berkata, "Oh, tidak ada masalah Tuan Pengarah, saya akan membeli dua puluh kereta."

😂😂😂

Tuesday 2 June 2020

Parti Manapun Tetap Sama

Serba salah juga jadinya...

Semua serba tak menjadi...

Persaingan melayu bukan sahaja dengan cina tetapi dengan bangla, nepal, mynmar,  pakistan dan india.

Sebenarnya bukan pendatang ini yang bijak cuma sahaja bangsa kita tidak kuat jati diri.

Bukan pembeli sahaja yang bermasalah tetapi penguatkuasa juga pejam sebelah mata kerana kepentingan diri.

Secara tidak langsung kita sedang menyediakan tapak penjajahan ekonomi dalam negara kita yang dikongsikan kepada para pendatang.

Kerajaan yang korup sekalipun tidak mampu mengayakan pendatang seandainya umat melayu mengambil pendekatan hanya membantu sesama sendiri...

Kita terlalu asyik bermain politik ketaksuban hingga melupakan asas kepada jatidiri melayu.

Hari ini melayu mampu menjatuhkan melayu tetapi tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain.

Kita cuma jaguh kampung sebenarnya...

Satu pihak tunduk kepada dap dan satu pihak tunduk kepada mca manakala pihak berkecuali pula mengharapkan ihsan pendatang asing...

Masing masing ego dan tak mahu menerima pendapat dan kritikan. Bagi mereka, mereka sahaja yang betul kerana tokoh mereka terlalu hebat dimata mereka.

Mereka tiada upaya diri untuk mengubah diri tanpa wujud tokoh mereka.

Andaikata tokoh mereka sudah tiada nanti mereka akan hilang tujuan sebagaimana hilangnya tokoh mereka dari muka bumi ini.

Apa yang tak kena dengan orang melayu ini agaknya...

Apa sahaja dibuat mesti nak bergaduh, dari main guli semasa kanak kanak hinggalah main politik semasa dewasa...

Kesemua mereka tahu mca dan dap adalah sama warna walaupun lambang parti berbeza tetapi mereka tidak mahu mengikut kaedah mca dan dap tersebut yang mampu bersatu apabila melibatkan kepentingan kaum mereka.

Yang melayu ni sebok kutuk mca seolah olah dia lebih pekat dap nya, yang sorang lagi kutuk dap seolah olah dia lebih pekat mca nya.

Sepatutnya bila kita hentam mca, semua melayu hentam sama sama apabila melibatkan kepentingan melayu, begitu juga sebaliknya apabila kita hentam dap maka semua melayu turut serta.

Tapi ini dah terbalik apabila masing masing pentaksub parti berasas melayu ini menjadi benteng kepada dap dan mca.

Kita pun naik pening adakah kita sedang bergasak dengan dap atau sedang bergasak dengan sesama melayu?

Teruk juga kita nanti kerana terpaksa bergasak dengan ramai musuh. Dengan isu pendatang lagi nak kita hadap, dengan isu orang mabuk lagi, dengan isu liberal yang sedang menyerang Islam lagi.

Akhirnya kita bergasak sesama sendiri manakala musuh yang sebenar membina kekuatan mereka dengan menjadikan orang melayu sebagai kamikaze di benteng hadapan.

Isu mca dan dap ini sepatutnya orang melayu jangan lah menjadi benteng.

Bila orang hentam salah satu dari dua tu patutnya diam sahaja jangan jadi benteng.

Ia umpama anjing dan babi... Dua dua haram...

Buat apa lagi nak bertegang urat pilih mana yang haram atau halal dengan tujuan nak dipertahankan.

Umat melayu harus faham satu perkara...

Apabila kerajaan PH telah melakukan onar itu bukan bermakna kerajaan sebelumnya yakni BN adalah suci.

Dan apabila kerajaan PN pula melakukan onar itu bukan bermakna kerajaan PH adalah suci.

Mana mana kerajaan pun ada melakukan salah dan silap.

Apa yang kita mahukan ialah naik saja kerajaan baru maka kesemua onar onar ini harus dihentikan dan buat perkara yang betul sahaja.

Berdebat tak habis habis berkenaan siapa yang betul siapa yang salah hanya membuang masa.

Apa yang perlu kita buat ialah mengkritik atas isu bukan atas parti.

Isunya haruslah atas kepentingan orang melayu...

Kalau menguntungkan melayu maka kita harus bersatu walaupun kita adalah penyokong kerajaan...

Malaysia ni dah macam US yakni ada 2 parti bertelagah tetapi dua dua dibawah telunjuk yahudi...

Ada kuasa ditangan pun orang melayu tetap bertelagah dan rakyat marhaen juga yang perit...

Ini kerana ada tangan ghaib yang memegang remote kontrol...

Monday 1 June 2020

Rakyat Ibarat Tikus Didalam Guni

Satu hari dikisah seorang profesor naik keretapi menuju kebandar.  Disebelahnya duduk seorang tua. 

Mereka berbual-bual.  

" pak cik dari mana ".

Orang tua itu tersenyum. Maka berbual-buallah mereka.  

Profesor itu bertanya " apa yang dibawa dalam guni tu "

Orang tua itu menjawab " tikus "

Hendak dibawa kemana?.  Tikus itu dibeli oleh kerajaan di bandar untuk dijadikan research dan kajian. Tikus itu ditangkap disawah padinya dikampung.  

Profesor itu bertanya lagi.  Mengapa ditendang-tendang dan sentiasa digoyang guninya.  

Orang tua itu menjawab.  Sememangnya sudah menjadi tradisi guni akan ditendang-tendang dan digoyang-goyang supaya tikus itu sibuk sesama sendiri.  Jika tikus itu diam maka nanti digigit guninya. Bila digoyang tikus itu terlupa yang mereka punya gigi yang tajam dan mampu koyakan guni jika beramai-ramai mengigitnya.  

Profesor tadi terfikir.  

Adakah gini caranya pemimpin membuat rakyatnya.  Sentiasa digoyang-goyang dan ditendang-tendang sehingga rakyat lupa kemampuan sebenar mereka.  Mereka yang lemah akan terus dibuli.  

Tanah ini kaya sebenarnya.  Tanah ini penuh dengan rezeki yang melimpah ruah. Tapi rakyat dipisah-pisahkan dengan bangsa dan kepercayaan.  Rakyat dipecahkan dengan semangat kepartian yang membosankan. Rakyat dipisahkan dengan fahaman yang fanatik lagi membodohkan.  

Sehingga rakyat terlupa.  Pemimpin dan mengoyang-goyang dan menendang-nendang itu tadi mencari kesempatan untuk mengaut hasil.  Menjual masa depan rakyatnya untuk kepentingan pribadi sesetengah pihak.  

Adakah anda seperti tikus yang didalam guni tersebut.  

Coach Bahar.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...