Thursday, 18 June 2020

Nama Tun semakin pupus dari ingatan orang melayu

1. Sejak beberapa hari ni, ada segelintir orang yang mengatakan Mahathir perlu menjadi PM kerana dengan hanya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri, barulah orang Melayu akan menerima Pakatan Harapan Plus.

2. Sebenarnya imej Mahathir dalam kalangan pengundi Melayu tidaklah sebaik ketika dia memimpin Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas.

3. Hari ini Mahathir sering dilihat sebai alat DAP oleh orang Melayu. Beberapa siri tulisannya di media sosial yang dilihat membela DAP akan menjadikan masyarakat Melayu semakin membenci dirinya.

4. Tindakan DAP semalam yang mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan mendesak Anwar memberikan jawapan kepada Pakatan Harapan seolah-olah memberi gambaran yang Pakatan Harapan sebenarnya sedang dikawal oleh DAP.

5. Ketika mengulas tentang masalah masyarakat Melayu yang masih miskin, Mahathir sering memberikan naratif Melayu miskin kerana orang Melayu malas bekerja. Komentar seperti ini menyebabkan orang Melayu marah, lebih-lebih lagi kebanyakan orang Melayu yang masih miskin lahir ketika zaman dia menjadi perdana menteri.

6. Ketika ditanya tentang isu manifesto PRU14 pula, Mahathir pernah mengatakan ia bukanlah kita suci yang perlu diikuti. Kenyataan ini menyebabkan orang Melayu merasakan diri mereka terkena “kencing hancing” Pakatan Harapan. Akhirnya istilah Pakatan Harapan “hancing” telah berjaya menjadi zikir orang Melayu.

7. Hakikatnya, Mahathir tidak lagi popular dalam kalangan orang Melayu. Oleh itu mengatakan cuma Mahathir satu-satunya calon perdana menteri dari PH Plus yang akan diterima Melayu adalah tidak benar.

2 comments:

  1. Jika Dr M mungkir janji, kami akan ‘paksakan’ pilihan raya, kata Anthony Loke dari Parti DAP berkait janji baru PH plus (PH+).

    Janji manipesto yg dolu sudah lokos kena kencing kini buat janji baru pula.

    Yang tambah pelik DAP yang 'paksakan' tun undur atau buat pilihanraya jika janji itu dicapati.

    Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang beri arahan adalah DAP yang terima arahan puak Atok, puak PKR Bang Non dan puak PAN Mat Sabun.

    Nampak tak siapa yang mencatur, memberi arahan dan mengarah itu ini dalam PH+..!? Pemimpin Melayu dalam PH+ hanya lah Melayu bacul seperti lembu dicucuk hidung.

    Perjanjian baru dalam Pakatan Harapan (PH+) untuk mencalonkan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bakal menyaksikan kerajaan gabungan itu tumbang sekali lagi jika pemimpin veteran itu enggan berundur dalam tempoh 6 bulan yang ditetapkan, dedah seorang pemimpin DAP.

    Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang menang ialah Cina DAP.

    Sesungguhnya aku dah beri pesan dan aku sudah menjalankan tugas aku memberi peringatan.

    Aku dah jalankan amanah aku sesuai dengan kuderat yang ada, seperti kisah Nabi Ibrahim dibakar api.

    Ada seekor burung pipit mundar mandir cari air lalu mencurahkan air ke dalam api yg besar dam marak itu. Lalu gagak memperolok olok burung pipit 'buat apa kau buat kerja sia sia ini..!?

    Lalu burung pipit membalas perolokan gagak itu 'aku sudah buat kerja mengikut kuderat dan anugerah yang Allah beri sesuai dengan usaha yang termampu.

    Supaya aku tak disoal diakhirat depan tuhan ku nanti walau pun aku tahu api itu tidak akan padam dengan air yang ada di paruh aku yang kecil ini..!"

    Selebihnya lu fikir lah sendiri Melayu dan Islam Sunnah Wal Jamaah atau Cina DAP Avanglista COMANGO Pluralisma Murtad Syiah Liberalis yang untung..!?

    Selebihnya lu fikir lah sendiri Islam dan Melayu atau DAP yang untung..!?

    ReplyDelete
  2. Aku benci DAP dan segelintir "Melayu" (terutamanya maddey, Pan dan PKR) yg menjadi alat untuk skrew Melayu mejoriti!

    DAP memang cilaka!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...