Thursday, 4 June 2020

Kelebihan Menjadi PM

Majlis Perasmian Kilang Kereta Mewah

Di sebuah negara, seorang Perdana Menteri di undang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina.

Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, "YAB Perdana Menteri, suatu kehormatan besar kerana anda berkenan hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada anda."

"Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya," Perdana Menteri itu menolak dengan halus.

"Tidak apa-apa, YAB. Ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Anda, "sang pengarah meyakinkan.

"Saya faham," kata sang Perdana Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. "

Namun, pengarah tersebut tetap berkeras.

Akhirnya, sang Perdana Menteri mengalah, "Baiklah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda ingin saya bayarkan untuk kereta ini."

Sang pengarah berfikir sejenak, kemudian berkata, "Baiklah, anda hanya membayar kereta ini hanya lima Ringgit saja."

Perdana Menteri tersebut menyerahkan sehelai wang nota 100 kepada sang pengarah.

"Maaf YAB Perdana Menteri, saya tidak punya wang kecil sebagai baki," jelas sang pengarah.

Sang Perdana Menteri tersenyum dan berkata, "Oh, tidak ada masalah Tuan Pengarah, saya akan membeli dua puluh kereta."

😂😂😂

1 comment:

  1. DEPA YANG MULAKAN GENDANG PERANG, NAJIB DISALAHKAN

    Bekas PM Najib Razak ditempelak oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh kerana tergesa-gesa mencadangkan pilihan raya umum ke 15 ketika wabak Covid 19 masih bergejala, sekolah ditutup dan ekonomi menderita
    Menurut Ahli Parlimen Segambut itu, Najib amat tidak bertanggungjawab mencadangkan pilihan raya bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di negara ini
    Beliau merujuk kenyataan Najib pada 3 Jun, apabila menyarankan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai menyusun prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya.
    “Ketika sekolah masih belum lagi dibuka, kedai gunting rambut hilang pendapatan selama 3 bulan dan sebahagian rakyat diberhentikan kerja, pemimpin Umno ini hanya sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya.
    “Beliau malah sampai peringkat mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan SPR untuk segera merangka SOP untuk menghadapi pilihan raya,”

    Hanna Yeoh geng parti kau yang bising akhirnya gang kau jugak yang meroyan mencipan

    Bangangnya tak bertempat, merata rata kebanganganya. Apa yang susah sangat Hannah Yeoh nak faham- Najib

    1. Yang letak jawatan dan tumbangkan kerajaan? Perdana Menteri PH.

    2. Yang usulkan undi tidak percaya dalam parlimen untuk jatuhkan kerajaan baru? PH dan Warisan.

    3. Yang bermesyuarat minggu lepas untuk tumbangkan kerajan PN? Majlis presiden PH.

    4. Yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid? Najib pulak.

    Dengar baik-baik Hannah dan PH.

    Najib cuma cadangkan bubarkan parlimen untuk kembalikan mandat pada Rakyat melalui pilihanraya JIKA PH terus merebut kuasa dengan cubaan-cubaan berteruskan untuk tumbangkan kerajaan.

    Mendapat mandat baru dari Rakyat agar kerajaan lebih kukuh dan stabil untuk melawan krisis ekonomi Covid.

    Cara paling adil bagi semua dan paling sesuai untuk selesaikan kemelut politik.

    Apa susah nak faham, Hannah?

    Ni lah yang dikata bangang tak bertempat..

    Point 1-3 Hannah tak nampak ke? Atau buat-buat buta tak nampak?

    Point 1-3 bukan permainan meletak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid ke?

    Korang yang tak habis-habis rebut kuasa sehingga kerajaan tak stabil.

    Najib cuma cadangkan cara penyelesaian paling adil pada Rakyat tapi bossku pulak yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara?

    Giler betul, PH. Tak ke bangang name nye tu..!!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...