SEMBANG MELERET PASAL PH DAN PN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Yang licik dalam PN ni, YB Azmin. Dia angkut keluar MP PKR bersama dia dan BERSATU tu bukan semua. Saja dia simpan ramai lagi orang dia dalam PH, tunggu arahan seterusnya.
2) Ditekan nak buat undi tak perchaya, dia 'arahkan' 2 ADUN PKR Kedah quit. Tungging kerajaan PH Kedah. Ditekan dengan psywar 129 kerusi, psywar perletakan jawatan Sri Gading, dia 'arahkan' MP PKR di Sarawak quit PH.
3) Sekarang dia tengah plan apa pun tak tau untuk Selangor. Duduk tak senang. YB Azmin bergerak senyap-senyap. Tak sembang deras macam kebanyakan pemimpin PKR yang masyhur. Tak macam Bang Fizi, Bang Saif, etc.
4) Seolah-olahnya, YB Azmin dah bagi isyarat kepada TS Muhyidin supaya fokus saja kerja sebagai PM yang baik dan cakna rakyat. Bab politik dalaman parti, biar dia dan team dia setelkan.
5) TS Muhyidin dapat buat kerja tanpa perlu heran dengan isu yang menyerangnya. Siri-siri rakaman audio yang dibongkar pun dia buat tak tau saja. Dia macam dah serah kepada YB Azmin untuk setelkan isu-isu macam tu.
6) TS Muhyidin tak sebut langsung pasal serangan PH ke atasnya dalam ucapan beliau. Tak salahkan PH, tak sinidr PH. Pure 100% menangani isu rakyat. Rakyat nampak keikhlasan beliau.
7) Kalau PH dulu buat cara TS Muhyidin dalam masa 22 bulan memerintah - tanpa menyalahkan BN, saya fikir rakyat akan pandang PH sebagai kerajaan yang ikhlas fokus kepada negara dan rakyat.
8 ) Ini tidak. Duk buat kerja menyalahkan BN dan DS Najib sampai ke tahap 'overkill' pulak. Over sangat. Orang pun mula menyampah, lebih-lebih lagi PH tak ada polisi yang lebih baik setelah menyalahkan BN.
9) Bayangkan kalau TS Muhyidin sebagai PM setiap hari menyalahkan PH yang menyerangnya, tentu rakyat menyampah. Rakyat dulu tukar kerajaan untuk merasai polisi yang lebih baik daripada BN, bukan nak dengar hari-hari kau canang salahkan DS Najib dan BN.
10) Bab salahkan DS Najib dan BN tu kau siasat senyap-senyap, dakwa senyap-senyap. Takyah canang macam itu kau punya keutamaan setelah berpuluh tahun pulun nak menang pilihanraya. DS Najib bersalah atau tidak, kena hukum atau tidak, realitinya, rakyat tak dapat apa-apa pun. Rakyat lebih memerlukan polisi sosial dan ekonomi yang lebih baik.
11) Sebab itu rakyat rata-rata lega je dengan pertukaran kerajaan PH kepada kerajaan PN. Rakyat terbanyak lah, bukan rakyat mahacai yang minda masih tersumbat dengan ideologi "hanya Tun dan DS Anwar sahaja layak jadi PM".
12) Korang duk melalak salahkan Langkah Sheraton bagai, ramai rakyat yang bersyukur adanya Langkah Sheraton. Korang anggap ia pengkhianatan, rakyat pula anggap ia adalah satu rahmat. Rahmatan lil 'alamin yang sebenar.
13) Mana taknya, dengan tumbangnya PH, naik kerajaan baru, terus kerajaan baru PN buat correction ke atas kesilapan-kesilapan PH tanpa banyak merepek canang salah PH. Menteri-menteri buat kerja, tak banyak cakap.
14) Mereka dah serahkan tugas bercakap kepada dua figure utama, TS Muhyidin dan DS Ismail Sabri. Rakyat dan wartawan pun senang nak rujuk satu-satu isu kepada siapa. Siapa yang ada autoriti untuk beri kata putus, rakyat dah tahu. Tak heran rakyat sering ternanti ucapan TS Muhyidin dan DS Ismail Sabri di kaca TV bagaiman menanti pengumuman raya.
15) Zaman PH? Kalau boleh semua menteri semua pemimpin PH nak buat kenyataan, siap merentasi kementerian masing-masing pula. Semua isu nak komen. Rakyat pun tak tahu nak follow yang mana.
16) Inilah yang PH kena muhasabah sebenarnya. Kekalahan dan tumbangnya UMNO/BN membuatkan UMNO/BN bermuhasabah. Tidak meroyan. Buang ego. Hadap kritikan dan berusaha perbaiki, kemudian move on untuk bangkit semula.
17) Isu persepakatan PAS dan UMNO bukan hanya orang PAS terluka hati dengan UMNO, orang UMNO juga ramai terluka hati dengan PAS. Tetapi masing-masing rendahkan ego dan duduk semeja. Bincang dan memulakan muafakat. PAS bermuhasabah, UMNO juga bermuhasabah.
18 ) Tetapi PH tidak. Apabila tumbang sahaja, terus pakat meroyan sehingga hari ini belum reda. Tak mahu fikir pun kenapa tumbang. Tak mahu tahu pun kenapa rakyat tidak bangkit bersama PH untuk menuntut bela atas ketumbangan PH. Tak mahu tahu kenapa banyak emoji marah setiap kali Live.
19) Duk berlagak dengan mandat rakyat 2018. Itu pun mandat ktika 3 penjuru. Sekarang 3 penjuru sudah tidak relevan. Ia adalah PH vs PN. Sudah tentu mandatnya tidak lagi sama 2018. Itu pun pemimpin PH taknak terima hakikat. Masih meroyan.
20) Mungkin sebab ada faktor lain yang menyebankan keroyanan itu mesti dinyalakan secara konsisten. Pertama, untuk kasi nampak PH masih relevan dan hidup di mata penyokong. Kedua, mungkin ada tauke-tauke dan kroni-kroni yang menuntut laba ketika PH menjadi kerajaan. Ada perjanjian dan persefahaman samada dalam bentuk projek atau tender.
21) Tetapi tanpa disangka kerajaan PH tumbang, dan mereka masih menuntut PH tunaikan (andaian saya sahaja). Untuk meredakan tuntutan tersebut, PH terpaksa create persepsi bahawa mereka akan kembali menjadi kerajaan dalam masa terdekat.
22) Jadi persepsi mereka akan kembali menjadi kerajaan dengan psywar 129,130 dan pengumpulan SD-SD itu hanyalah psywar untuk mengaburi mata penyokong tegar mereka serta kroni/tauke yang membuat tuntutan sahaja.
23) Mungkinlah, saya agak saja. Semua yang saya tulis ni hanyalah andaian dan telahan saya semata. Tak perlu perchaya. Cuma perlu muhasabah dengan hati yang tenang. Jangan muhasabah ketika hati sedang meroyan.
Sekian
Azmin ajar formula metamatik pada bakal Professor genral degree bidang Sastolologi Haaktuih.
ReplyDeleteMaklum lah kan selama ini Brother, Rapiji dan Abang Saif ajer yang jadi pakar formula
Matematik baru dng formula baru kira tolak campur... hahahah
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali ajar matematik baru Pakatan Harapan (PH) dengan meletakkan ciapan angka “129 – 1 = 107” dalam akaun Twitternya semalam.
Dengan status itu, ruangan komen Twitternya meriah dengan pelbagai ulasan dari netizen, termasuk penyokong PH.
Angka itu dipercayai merujuk kepada kenyataan pimpinan PH sebelum ini, yang mendakwa mempunyai nombor mencukupi untuk mengambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional (PN).
Formula Wak Jemin Tepok Berderai: 129 - 1 = 107
haahhh tepokkkk...!!!
kah kah kah... kah kah
Saka tua makin mengganas
ReplyDeleteNampaknya Mahathir masih lagi tidak mahu mengalah dan masih berusaha untuk mengganggu Kerajaan Perikatan Nasional dengan membuat tuduhan terbaru terhadap Muhyiddin Yasin. Cuma pada kali ini Mahathir seolah oleh telah kehabisan modal kerana sekali lagi cuba menyanyikan lagu yang sama seperti yang didendangkan sebelum ini kepada Najib Razak. Kita bolehlah tafsirkan bahawa Kerajaan kleptokrat dari kaca mata beliau adalah kerajaan yang tidak mahu mengikut telunjuknya, kerajaan yang tidak mahu memuaskan nafsu kroninya, dan kerajaan yang melakukan pembaziran sumber semata – mata mahu membantu rakyat secara langsung.
Apa yang berlaku kepada Najib Razak kini mula dirasai oleh Muhyiddin Yasin, seolah olah hukum alam itu berputar semula. Muhyiddin semakin sedar bahawa saka tua yang mengganggu beliau kini dan mana – mana perdana menteri sebelum ini tidak pernah surut nafsunya jika perintah dan telunjuknya tidak dituruti.
“Mahathir sepatutnya malu dan sedar diri, jika dibuat perbandingan dan penyenaraian skandal sebelum ini tiada siapa yang boleh menandingi pencapaian beliau dan boleh dinobatkan sebagai ‘Bapak Kleptokrat Negara’. Kita semua tahu bagaimana penulis buku Malaysian Maverick oleh seorang wartawan terkemuka bernama Barry Wain, Mahathir menceritakan bahawa Mahathir telah menggelapkan RM100 billion dalam empat skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri”