Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Terlalu hiruk pikuk dengan politik kepartian takut nanti tak terdengar pula bunyi serangan bom oleh pihak musuh yang sebenar

Ribuan tentera US sudah berkumpul di Arab Saudi. Israel pula memberi isyarat perang di Gaza tidak dapat dielakkan lagi.  Nampaknya mereka akan mengganyang rakyat Palestin habis habisan kali ini dengan bantuan Saudi yang menjadikan negara mereka sebagai Pengkalan tentera US. Kita di malaysia masih diulit dengan keasyikan  irama politik yang tak kunjung sudah tetapi diluar sana musuh musuh Islam sedang berkumpul untuk mengganyang palestin. Doa umat Islam di palestin yang mahu Hero Islam yakni Al Mahdi keluar dengan lebih cepat inshaallah akan dimakbulkan tidak lama lagi. Tapi nampaknya kita di Malaysia masih lagi tak habis habis bertengkar siapa yang layak jadi PM. Amerika amat bijak menggunakan alasan arab saudi yang diserang oleh dron Iran menjadi sebab mereka menghantar ribuan tentera kesana dengan alasan untuk menyerang Iran. Akhirnya mereka tidak menyerang balas Iran tapi sebaliknya hanya menjadikan arab saudi sebagai pengkalan tentera mereka. Set

Rupa rupanya mereka hadapi tekanan kerana membawa kes Adib

~ Inilah dia pasangan suami-isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, yang merupakan hero dan heroine yang  memperjuangkan kes Adib. Tak ramai yang mungkin mengetahui pengorbanan dan liku-liku yang harus mereka lalui untuk perjuangkan kebenaran. Puan Syazlin Mansor membawa kes Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma. Beliau tidak caj walau sesen pun, sama ada dari keluarga arwah Adib, mahupun dari Kementerian dan Bomba, ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini. Segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri. Melalui Puan Syazlin lah, maka saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah, yang Hakim Koroner pada hari ini telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif. Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa mengecaj walau sesen pun yuran pakar. Ketika Peguam Negara Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan Peguam Sy

Hairan!!! Polis Tiada Bukti Kes Adib?

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawainya di Bukit Aman bagi menentukan langkah seterusnya termasuk sama ada akan memanggil semula beberapa individu yang pernah ditahan berhubung perkara itu sebelum ini. "Sebelum ini kita telah berpuas hati bahawa tidak ada bukti untuk kita mengenakan tuduhan atas sesiapa, buktinya tidak cukup. "Tetapi sekiranya mahkamah telah memutuskan ada unsur-unsur jenayah (berkaitan kematian Muhammad Adib) maka kita akan semak kembali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia tahun 2019 di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang memutuskan kematian

Kerusi Tanjung Piai Asalnya Melayu Dap lawan Cina Mca

Tanjung Piai menjadi rebutan antara DAP dan MCA satu lawan satu dalam pilihanraya-pilihanraya umum tahun 2004, 2008 dan 2013. Dalam PRU14 tahun lepas, DAP mengambil satu langkah ke belakang bagi memberi laluan kepada Pribumi untuk bertanding di Tanjung Piai. Ia kerana DAP menganggap Melayu parti Tun Mahathir lebih berwibawa berbanding Melayu liberal DAP. Dalam pilihanraya kecil yang akan datang ini pula, MCA mungkin diminta untuk mengundur supaya ruang boleh dibuka bagi Umno bertanding. Ia kerana gandingan Umno-PAS telah berjaya memperolehi momentum.

MCA Kapar ugut keluar parti jika Umno bertanding Tanjung Piai 

KUALA LUMPUR : Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai. Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya ‘dimiliki oleh MCA’, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu. “Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!” katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily. Jelas Song, MCA Bahagian Kapar telah mengambil langkah drastik itu bukan untuk menjadi wira tapi kerana sayangkan parti. Song berharap dengan mengekpresikan perasaan mereka, pimpinan pusat parti dapat mendengar suara anggota akar umbi. Kata Song, MCA harus bersatu dalam merampas kerusi parlimen Tanjung Piai. Dalam satu sidang akhbar petang semalam, Presiden MCA, Wee Ka Siong enggan mengulas kenyataan Song, dengan mengatakan bahawa MCA akan bersama parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya

Siapa Sebenarnya Yang Rakyat Mahu Sebagai PM?

Rakyat masih menunggu kedua dua parti yang bertelagah melampirkan calon yang benar benar sesuai untuk diangkat sebagai perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir. Dari satu pihak, rakyat tidak begitu bersetuju Ds Anwar diangkat sebagai sebagai PM kerana mereka melihat Ds Anwar belum lagi berjaya membuktikan keadilan beliau terhadap nasib orang melayu. Malah jeritan Ds Anwar lebih terarah mahu menjadi perdana menteri semata mata. Manakala di satu pihak yang lain, rakyat tidak begitu yakin kepada Ds Zahid Hamidi yang diulit dengan terlalu banyak kes salah guna kuasa dan dilihat hanya mahu mengumpulkan harta dengan kuasanya. Maka ada baiknya juga kedua dua parti yang bertelagah itu melahirkan calon baru yang lebih bersih supaya lebih mudah untuk rakyat memilih dengan hati yang lega. Malah rakyat juga semakin gusar dengan pentadbiran Tun yang dilihat seperti tiada cengkaman hinggakan isu agama dan perkauman gagal dikendalikan dengan bijaksana. Tun juga dilihat sudah tidak mes

Isyarat Jelas Majoriti Rakyat Menolak Anwar sebagai PM 8

Sebahagian warga didalam parti Pakatan Harapan menolak Anwar untuk diangkat sebagai PM ke 8. Manakala hampir seluruh warga didalam Barisan Nasional juga menolak Anwar. Manakala rakyat pula masih belum menunjukkan isyarat jelas berkenaan perkara itu. Mengikut hitungan secara rambang maka nasihat Mufti Perlis ini boleh diambil kira oleh PM dalam proses meletakkan calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai PM. Ini kerana jelas majoriti tidak begitu bersetuju Anwar diangkat sebagai PM. Ikuti apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis tersebut didalam surat terbukanya kepada PM. ---------------- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berdoa dan beristikarah dalam mencari pewaris jawatannya untuk memimpin negara satu hari nanti. Dengan baki waktu berharga dalam umur Dr Mahathir pada ketika ini, Dr Asri berharap ianya ditutupi dengan amalan yang paling soleh, iaitu mewariskan kuasanya kepada pengganti yan

MELAYU KAYA EMOSI, MISKIN ILMU

DILEMA MELAYU SIRI 2008 MELAYU KAYA EMOSI, MISKIN ILMU By- Yahaya Ismail Saya telah mengkaji minda Melayu dari era sebelum Perang Dunia Kedua hingga sekarang. Pernah membaca dan mengkaji novel-novel, akhbar, majalah Melayu sebelum Perang dan telah menghasilkan lebih 50 judul buku politik, biografi, kajian sastra, fiksyen, biografi dan pelancungan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Saya dapati Melayu kaya dengan emosi tapi miskin ilmu. Akibatnya Melayu kuat menyalak, gempaq lebih, emosi tak terkawal, tapi layu di tengah jalan. Mudah dipujuk, longlai dan rapuh semangat. Mereka gila hiburan apa saja.  Malah tazkirah politik pun disemai dengan maki hamun dan agama untuk menarik perhatian orang ramai. Hari ini Allah pun dijaja sebagai produk politik. Al-qur'an pun jadi tangkal azimat politik dijulang oleh maharaja penyamun dan ular dalam semak super munafiq.  Nampaknya Melayu menghalalkan penyamun, ular dalam semak sebagai 'wira' tanpa segan dan malu, s

PRK Tanjung Piai: Adakah PH terus melebarkan lagi rekod kalah?

Mengenai prk yang bakal diadakan di tanjung piai saya bersetuju dengan pendapat seorang penulis blog yang katanya... "Ternampak sukar buat PH, tapi tidak pula mudah untuk BN" Seandainya PH kalah lagi PRK di Tanjung Piai pastinya ia menjadi poin yang terbaik untuk pemimpin pemimpin parti komponen pakatan mendesak Tun meletakkan tarikh awal untuk menyerahkan kuasa kepada PM8... Nampaknya parti Bersatu perlu bekerja kuat untuk memenangkan kerusi tersebut kerana masa depan menteri menteri bersatu bergantung kepada sejauh mana Tun mampu kekal sebagai PM dan kedudukan Tun bergantung kepada kemenangan PRK Tanjung Piai. Pada Pru yang lepas keputusan di Parlimen Tanjung Piai, PH (21,255) BN (20,731) Pas (2,962) dengan merekodkan majoriti 524 undi. Dan bilangan keluar mengundi 85.7 peratus, undi rosak pula 841. Kawasan parlimen itu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018. Melayu (56.8 peratus) Cina (41.64 peratus) India (1.01 peratu

Apakah Nasib Melayu Tanpa PH?

Begitulah nasib melayu. Sewaktu umno memerintah orang melayu dipaksa untuk beralah dengan kaum lain atas alasan negara kita berbilang kaum. Ini membuatkan orang melayu semakin jauh dari kerajaan umno dan mereka merajuk sambil menunjukkan sikap dengan beralih sokongan kepada Pakatan Harapan kononnya Tun Mahathir akan menjaga bangsa ini dengan lebih baik. Malangnya walaupun Tun menjadi Perdana menteri tetapi beliau perlu membalas budi kaum lain pula kerana sokongan kaum lain membuatkan beliau menjadi perdana menteri. Sekali lagi orang melayu terpinggir malah lebih teruk lagi apabila mereka seolah olah tertindas pula dibawah kerajaan pakatan harapan. Senario begini membuatkan orang melayu sudah mula hilang minat untuk terus menyokong pakatan harapan malah mereka tidak begitu yakin pengganti Tun yakni Anwar mampu memperjuangkan nasib mereka dengan lebih baik dari Tun mahupun umno. Tun telah membuka pintu untuk kaum lain lebih berkuasa daripada orang melayu den

Bukti Baru China Menindas Islam

SYDNEY: Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan ratusan lelaki yang ditutup mata digari kaki dengan kepala dibotakkan, dipercayai penduduk Islam etnik Uighur di China dikumpulkan dekat stesen kereta api untuk dibawa ke kem tahanan. “Video ini dirakam di China. Ini adalah penindasan yang sudah sekian lama terhadap hak asasi manusia dan asas kebebasan oleh kerajaan China di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur,” kata keterangan mengenai video itu. Lagi cerita klik sini

Apakah Strategi BN untuk Menang Di Tanjung Piai?

Md Farid, 42, yang juga naib ketua Bahagian PPBM Tanjung Piai, meninggal dunia sekitar 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada Sabtu lalu. Arwah memenangi kawasan Tanjung Piai dengan menewaskan penyandangnya, Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (PAS) pada pilihan raya umum 9 Mei 2018. Md Farid memperoleh 21,255 undi, Wee (20,731) dan Nordin (2,962) dengan merekodkan majoriti 524 undi. Dengan bilangan keluar mengundi 85.7 peratus undi rosak pula 841. Kawasan parlimen itu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018. Daripada itu 56.8 peratus merupakan orang Melayu, Cina (41.64 peratus), India (1.01 peratus) dan baki adalah lain-lain. Undi rosak sebanyak 841 dicatatkan lebih tinggi daripada majoriti calon memenangi kerusi itu. Satu lagi pilihan raya kecil yang menarik untuk disaksikan ketika suhu ketegangan dalam pelbagai sudut agak tinggi pada masa sekarang. Pada Pru yang lepas BN mempertaruhkan calon dari MCA dengan harapan untuk

Remaja perempuan nyaris jadi mangsa culik

KANGAR - Seorang remaja perempuan hampir menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki di kawasan rumahnya di Kampung Tok Kandang, Kangar, semalam. Ketua Polis Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa yang berusia 15 tahun itu berseorangan di sekitar kawasan rumahnya. Menurutnya, mangsa kemudiannya didatangi dua lelaki dengan menaiki Perodua Viva berwarna hitam yang bertindak meluru ke arah mangsa sebaik keluar dari kereta berkenaan. "Suspek turut menunjukkan isyarat pelik dengan tangannya kepada mangsa yang menyebabkan mangsa ketakutan," katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini. Wari Kiew berkata, mangsa kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan pagar halaman rumah jirannya untuk meminta pertolongan sebelum kereta berkenaan berlalu pergi. "Remaja berkenaan yang bimbang akan keselamatan dirinya bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpanya," katanya. Menurutnya, berdasarkan

Boleh kah PH Pertahankan Kerusi Tanjung Piai?

Selain daripada isu jerebu, isu Kerusi Parlimen Tanjung Piai juga menjadi cerita panas dikalangan ahli ahli parlimen kedai kopi yang bersidang hari ini. Dari beberapa perbincangan nampaknya rata rata meramalkan Bersatu agak sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut. Malah ada yang menyatakan kerusi tersebut juga sedang diintai oleh parti PKR yang merasakan mereka lebih berkeupayaan berdasarkan ahli ahli mereka yang lebih ramai dan telah lama bekerja disana berbanding parti Bersatu. Hasil keputusan pru lalu juga menjadi sebahagian daripada hujah mereka. Bersatu mengalahkan calon MCA Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi pada pilihan raya umum tahun lepas. Mohamed Farid meraih 21,255 undi,  sementara  Wee mendapat 20,731undi Calon lain yang bertanding di kerusi itu ialah  Nordin Othman dari PAS yang mendapat 2,962 undi.

Kita akan tetap gagal

Sebenarnya dorang sengaja provoke kita dengan menyalahkan kita dengan perkataan boikot... Cara dorang tu dinamakan reverse saikologi untuk membuatkan kita umat Islam kelihatan bersalah dan dicemuh oleh bangsa kita sendiri yang terikat dengan mereka. Sebaiknya kita tak payah membalas cakap cakap mereka dan teruskan sahaja membantu peniaga muslim dengan yang terdaya kita. Menjawab kenyataan mereka hanya membuang masa dan menaikkan darah tinggi sahaja. Apa yang saya lihat mereka lebih bijak dan amat tenang dalam menyerang kita. Cukup bagi mereka mengeluarkan satu kenyataan melalui media dan kita sesama kita pula yang bercakar berbulan bulan. Gerakan mereka begitu tersusun dan nampak begitu bijak. Mereka spark atau cetuskan sahaja percikan, confirm kita bergolak. Ini berbeza dengan kita yang terlalu suka mengheboh kesana kemari tapi akhirnya mudah untuk dipatahkan usaha kita. Kita perlu belajar untuk lebih bersabar dan perlu belajar untuk mengawal emosi. S

M For Malaysia

Sebenarnya agak mengejutkan juga apabila kerajaan tidak memandang serius isu kebanjiran pendatang asing yang mendapat IC secara haram. Ia mungkin kerana dua sebab: 1. Mereka sudah tahu dari awal dan membiarkannya kerana takut kepada  satu pihak yang lebih berkuasa yang merancang sesuatu. 2. Mereka mendapat keuntungan dari kemasukan pendatang asing ini. Di bandar bandar besar boleh dikatakan setiap apartment mewah pasti ada penghuni penghuni dari negara China. Ada baiknya juga kita menghabiskan sisa sisa kemerdekaan dengan tidak bergaduh sesama bangsa. Kita berbaik baik sesama sendiri kerana mati nanti rakan sebangsa kita juga yang korekkan liang lahad dan memyembahyangkan jenazah kita. Janganlah nanti disebabkan keangkuhan kita yang tak habis habis memaki hamun sesama kita akan membuatkan keluarga kita keseorangan menghantar jenazah kita ke kubur. Kalau ikutkan rentetan kepada setiap kejadian yang berlaku bertali arus didalam negara kita memang sudah sa

Hati hati La Melayu

Sebelum kita rasa kita kuat, kita hebat, konon kita bersemangat maka elok tonton video ini hingga akhir untuk kenal pasti kelemahan kita dan tidak tewas lagi buat kali terakhir. Kita tidak mahu kita yang terlalu bersemangat tetapi akhirnya menjadi alat kepada orang orang politik. Orang politik cuma ada satu agenda sahaja. Dapat saja kuasa mereka akan buat duit.... So, hati hati la yek.... Nak tengok kehebatan anak tengok siapa ayahnya... Nak tengok kehebatan bangsa tengok siapa pemimpinnya... Tapi kadangkala ada juga ayah tak berapa bagus tapi anak anak cemerlang... Ibu memainkan peranan penting... Begitu juga dengan negara...  Kadangkala pemimpinnya tak berapa bagus tapi ulamak perlu memainkan peranan mereka.... 2 golongan ini akan sentiasa wujud dalam sebuah negara... Samada mereka ini sentiasa bertempur sesama mereka ataupun mereka bersatu.. 1. Golongan agama 2. Golongan politik Masing masing mempunyai pengaruh dan saling memerl

Anwar Beri Isyarat Jelas Tarikh Mahathir Perlu Lepaskan Jawatan

Seorang penganalisis politik menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan diri untuk merebut jawatan perdana menteri, bukannya menunggu Dr Mahathir Mohamad menyerahkannya kepada beliau. Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, ini tergambar dalam satu temu bual dengan Bloomberg semalam apabila Anwar berkata, beliau menjangka untuk mengambil alih kedudukan itu daripada Mahathir pada 2020. Beliau juga berkata, sokongan yang diterima Anwar daripada bekas ketua menteri Sarawak, Salleh Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia merupakan petunjuk tentang apakah yang akan berlaku. “Garis perebutan itu akan menjadi lebih jelas selepas ini kerana Anwar perlu tahu siapakah penyokong dan musuh sebenar beliau,” katanya. Dalam satu perjanjian yang dibuat dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar pada satu tarikh yang tidak ditetapkan. Mahathir beberapa kali berkata be

DAP MEMANG MAHU KUASAI SARAWAK DAN DAP SARAWAK MEMANG TERLALU KECINAAN!

Sukar untuk difahami mengapa Lim Kit Siang begitu marah bila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan "DAP mahu orang Cina menguasai Sarawak, kita kena halang" melainkan kerana kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan. Mengikut Formula 4-4-3-3 PH yang digunapakai dalam PRU 14, Sarawak, selain Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, memang dijanji untuk diserahkan kepada DAP sebagai ketua di peringkat negeri jika PH menang di negeri itu. Lim Kit Siang sendiri menyebut beberapa kali sebelum PRN Sarawak 2016 bahawa sasaran sebenar DAP bukanlah untuk memenangi PRN Sarawak 2016 tetapi adalah untuk memenangi PRN Sarawak 2021. Anthony Loke juga memaklumkan sekali gus memberikan arahan dalam Konvensyen DAP Sarawak pada 4 November 2018 bahawa misi DAP adalah untuk menguasai Sarawak dalam PRN Sarawak 2021. Sekarang lihat saja komposisi pimpinan tertinggi DAP Sarawak di mana semua, kecuali seorang, adalah berbangsa Cina. Begitu juga komposisi Ahli Parlimen DAP Sarawak yang semu

BEZA POLITIK MEREKA DAN POLITIK KITA

Waktu MCA dan GERAKAN berada dalam kerajaan, mereka menggunakan kekuatan suara DAP sebagai pembangkang bagi memperjuangkan kepentingan golongan mereka dari dalam. Lain dengan kita, kita yang berada dalam kerajaan akan menggunakan kekuatan kita untuk memecahkan dan melemahkan semampu mungkin suara rakan kita dalam pembangkang. Inilah antara beza politik mereka dan politik kita.

Lagi Aset Melayu menjadi Hak Bukan Melayu

KONGLOMERAT kerajaan Tun Razak Exchange (TRX) yang menjadi pertikaian hangat kerana kewujudannya dikatakan tidak mengikut proses penubuhan dan matlamat jelas bakal bergegar lagi sekiranya ura-ura didengar ini benar, yakni CEO TRX akan bertukar tangan kepada bukan Melayu. CEO TRX kini adalah Azmar Talib yang akan tamat kontrak dan tidak akan disambung. Khabarnya tempat beliau itu akan diganti dengan COO TRX sekarang Tan Hwa Min? Sekiranya ini berlaku sudah pasti TRX akan mengilangi apakah yang berlaku di Same Darby baru-baru ini apabila CEOnya daripada orang Melayu bertukar kepada bukan Melayu. Apa yang dipersoalkan juga gaji CEO bukan Melayu dilantik itu katanya tinggi mencecah RM265,000 sebulan berbanding dengan gaji dan elaun CEO Melayu sebelum ini hanya RM160,000 sebulan. Apakah polemik yang menggegarkan di Sime Darby itu akan berlaku di TRX pula sekiranya benar Azmar Talib yang akan habis kontrak hujung bulan ini tidak akan disambung dan tempatnya diganti dengan Tan Hwa Mi

Boleh percaya ke Umno Pas ni?

Baru baru ini umno dan pas membuat piagam untuk bekerjasama atas nama penyatuan ummah. Ia adalah satu manifesto yang amat baik diwaktu umat melayu sedang berpecah belah. Dari segi sejarah kedua dua parti ini bukanlah mempunyai rekod yang baik dalam penyatuan. Mereka sudah biasa saling jatuh menjatuhkan berdekad dekad lamanya. Penyatuan mereka boleh diklafikasikan sebagai retorik politik semata mata. Ini adalah kerana manifesto itu adalah penyelesaian terbaik buat kedua parti tersebut untuk meneruskan survival politik mereka. Masing masing sudah tidak mempunyai rakan parti yang kuat bersama mereka maka penyatuan adalah satu penyelesaian terakhir. Dan yang lebih terkesannya hasil dari penyatuan ini ialah kerana pakatan harapan dilihat gagal menjaga kebajikan rakyat malah dilihat tidak mesra kepada kehendak orang melayu dan agama Islam. Rata rata orang melayu menyambut baik gagasan tersebut bagi melepaskan geram kepada pakatan harapan yang semakin hari dilihat semaki

Azmin PM ke 8???

Ura ura Azmin bakal berpindah ke Parti Bersatu kembali bertiup kencang. Ia ditiup oleh pihak yang berada didalam PKR sendiri. Ada 2 kemungkinan di sini... 1. Cara halus untuk menghalau Azmin keluar dari parti Pkr 2. Sebagai satu bentuk tekanan untuk menghalang Tun menerima Azmin Melihat kepada suara suara segelintir penyokong parti bersatu mereka seolah olah menerima dengan hati yang terbuka sekiranya Azmin mahu berhijarah ke parti mereka. Cuma saja, ada sedikit persoalan, apakah jawatan yang bakal diberi kepada azmin didalam parti kerana Bersatu bakal mengadakan pemilihan parti pada tahun hadapan yakni tarikh dimana Tun dikatakan akan menyerahkan tampuk kekuasaan kepada Anwar. Ada yang mengatakan Azmin bakal digandingkan bersama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada juga yang mengatakan Azmin akan terus melangkau menjadi Perdana Menteri. Macam macam boleh berlaku... Kita nantikan adegan seterusnya... Seperti biasa, Tun tidak pernah sunyi daripada memp

Pakatan Harapan Sudah Tidak Boleh Diharap

Saya agak merasa hairan dengan menteri pendidikan kita ini. Tidakkah beliau pernah terfikir bahawa sistem pendidikan kita sebenarnya telah gagal untuk membina saksiah serta pemahaman ketatanegaraan? Kerap berlaku anak anak muda yang dilihat semakin berani menghina raja, menghina agama sendiri dan perbagai lagi salah faham antara kaum dan agama yang berpunca dari kegagalan sistem pendidikan di dalam negara kita. Sewajarnya menteri perlu mempunyai satu idea bagaimana untuk menerapkan satu sistem yang mampu menyatukan rakyat. Tapi nampaknya menteri lebih terkesima untuk membuat orang lain sakit hati dan akhirnya menimbulkan pergaduhan sesama rakyat. Sakit hati sediada pun sudah cukup untuk membuat rakyat bergaduh maka jangan ditambah penyakit yang lain... Yang hairannya apabila berlaku lambakan pendatang asing yang mempunyai IC secara haram tiba tiba semua menteri melayu senyap sunyi seolah olah mereka sedang menyembunyikan diri takut dituduh bersubahat... Sebaga

Menteri senyap saja isu Mykad

PEMBABITAN orang dalam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan MyKad tulen yang dijual kepada warga asing dikeluarkan dalam tempoh kurang 48 jam. Sumber memberitahu bahawa pembabitan pegawai kanan di JPN Pulau Pinang itu memudahkan sindiket memproses MyKad berkenaan yang dijual RM50,000 hingga RM100,000 setiap satu. “Harga lebih mahal antara RM300,000 dan RM600,000 turut dikenakan sindiket kepada warga asing yang mahukan MyKad tulen tanpa menggunakan butiran peribadi milik warga tempatan. “Berdasarkan siasatan awal, ada beberapa jenis MyKad yang dijual sindiket kepada warga asing. Pertama, MyKad menggunakan butiran warga Malaysia yang sudah meninggal ataupun tinggal di kawasan luar bandar. Ini dijual sehingga RM100,000 setiap satu. “Kedua, MyKad tulen yang tidak menggunakan butiran peribadi warga tempatan. Sebaliknya, hanya menggunakan butiran peribadi, alamat dan lain-lain butiran yang direka atau dicipta.  Identiti palsu atau baharu diwujudkan kononnya d