Thursday 26 September 2019

MELAYU KAYA EMOSI, MISKIN ILMU

DILEMA MELAYU
SIRI 2008
MELAYU KAYA EMOSI,
MISKIN ILMU By- Yahaya Ismail

Saya telah mengkaji minda Melayu dari era sebelum Perang Dunia Kedua hingga sekarang. Pernah membaca dan mengkaji novel-novel, akhbar, majalah Melayu sebelum Perang dan telah menghasilkan lebih 50 judul buku politik, biografi, kajian sastra, fiksyen, biografi dan pelancungan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Saya dapati Melayu kaya dengan emosi tapi miskin ilmu. Akibatnya Melayu kuat menyalak, gempaq lebih, emosi tak terkawal, tapi layu di tengah jalan.

Mudah dipujuk, longlai dan rapuh semangat. Mereka gila hiburan apa saja. 

Malah tazkirah politik pun disemai dengan maki hamun dan agama untuk menarik perhatian orang ramai.

Hari ini Allah pun dijaja sebagai produk politik. Al-qur'an pun jadi tangkal azimat politik dijulang oleh maharaja penyamun dan ular dalam semak super munafiq. 

Nampaknya Melayu menghalalkan penyamun, ular dalam semak sebagai 'wira' tanpa segan dan malu, sebagai 'pejuang' Melayu dan Islam. 

Ketawa buaya bujang senang sakit gigi melihat ketololan Melayu mengangkat mertabat penyamun dan ular dalam semak sebagai 'pejuang' bangsa dan agama.

Wahai Melayu lihat cermin dan berlaku jujurlah pada diri sendiri.
Kalian hanya 'pahlawan' yang bertarung dengan bayang-bayang sendiri. Kalian salahkan orang lain kerana kalian hidup dalam kemiskinan. 

Kalian punya tanahair tapi tak punya tanah. Punya kuasa tapi menyalahgunakan kuasa. Kamu bodoh sombong tapi berlagak seperti orang bijak. Kamu untung seribu orang lain untung sejuta. Kamu menjerit ' Hidup Melayu'. 

Orang lain melepas kentut dan ketawa melihat kebodohan Melayu.
Sudah 62 tahun merdeka tapi minda Melayu masih bercawat. 

Berlagak dengan kuasa tapi sanggup menjadi hamba orang. Kuasa dijualbeli seperti membeli ikan kembung di pasar borong. 

Bersihkan jiwa dengan titisan syahdu Illahi yang super tulen, berakartunjang dengan tali Allah bukan  tali uncang derham yang menjadikan Melayu hamba pecacai sonder maruah dan hargadiri.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kalau orang itu atau kaum itu sendiri mengubahnya.

Kalau Melayu kaya emosi, tapi miskin ilmu, kalian akan menjadi pengemis di bumi sendiri. 

Jangan salah orang lain Melayu dibangsatkan oleh Melayu sendiri.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...