Tuesday 3 September 2019

Melayu Oh Melayu

Bila kita bawak kempen #BMBF.
Macam-macam komen busuk keluar.
Melalut meleret-leret masuk isu yang tak relevan pun.

Hujah paling mudah Rokok.

Mulalah sebut, rokok kenapa tak boikot, kedai Melayu sembelih ayam sambil hisap rokoklah sekian-sekian.

Walhal, takkan kau tak tahu yang orang Islam di Malaysia dah mulakan boikot rokok ni dah lebih 20 tahun dulu.

Eh yeke bang?

Lah takkan kau tak tahu Majlis Fatwa Kebangsaan dah haramkan rokok pada 23 Mac 1995.

24 tahun dulu lagi orang Melayu Islam melalui Majlis Fatwa dah bincang isu mengenai “Hukum Merokok dari Pandangan Islam” dan telah bersetuju untuk memutuskan dengan jelas bahawa,
“Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”.

Di masjid-masjid pun ada papan tanda larangan merokok.

Di kotak rokok pun dah ada gambar-gambar yang menunjukkan kesan buruk merokok.

Iklan-iklan rokok pun dah tidak dibenarkan di kaca TV dan acara-acara sukan,
Dan yang terbaru (dah nak dekat setahun pun) larangan merokok oleh Kerajaan (KKM) di semua premis makanan.

Benda dah lama berjalan, engkau je tak sedar benda memang dah kena boikot.
Lepas cerita rokok tiba-tiba masuk pula workshop Melayu tutup sebab Melayu.

Eh apahal?

Yang ni aku tak faham,ada beribu bengkel Melayu yang ok, yang kaya raya, kau pergi fokus yang tak jadi yang gagal.

Aku baca sepuluh kali karangan tu dan cuba nampak kesinambungan #BMBF dengan cerita bengkel gagal ni.

First timelah aku baca business gagal kau salahkan customer dan tiba-tiba pukalkan kesalahan tersebut pada satu bangsa.

Tak pernah pulak aku nampak peniaga Cina atau India tulis karangan sedih-sedih business dia gagal sebab bangsa dia sekian-sekian, paling-paling dia salahkan kerajaan, tak pun GST.

Masalah dengan orang kita ni dia suka 'play victim' dan takde guts untuk owned up the mess.

Kau gagal, kau kalah?

Telan dan bangun, cuba lagi, sampai kau mati.

Bukan salah kan orang lain.

Lepas dah puas guna poin rokok dan workshop gagal...

Ada pulak Ustaz yang jual buku agama kata kenapa nak boikot-boikot bagai, buku agama dia tak laku, kenapa tak beli.

Keliru aku, kau nak suruh orang beli buku agama kau, tapi dalam masa kau kondem orang suruh buat 'preference' beli dari peniaga Muslim dan Bumiputera.

Kau sebenarnya nak orang beli buku kau ke tak ni?

Apa pening lah.

Kau salahlan pengguna Muslim tak beli buku kau, walhal satu dunia tahu, dunia penerbitan 'brick and mortar' ni memang diambang kematian.

Kalau tak revamp mengikut arus perkembangan semasa, nak pulak kalau kau memang jenis penerbit pemalas yang dok reprint aje buku-buku lama.

Siapa nak beli buku kau?

Pembaca nak benda yang segar.

Paling ironi, dalam kau duk pumpang pasal muslim tak support business buku kau,
Kau jugalah dok promote digitalbook virtual book bagai menandakan kau sedar business buku fizikal ni tak boleh nak go dah.

Sebagai kesimpulannya, golongan ni kalau tak 'alih tiang gol' mesti tak sah.

Walhal dari awal kita kata kita tak suruh BOIKOT, kita nak ajar PREFERENCE.

Mengajar orang Melayu dan Islam, untuk sedar bahawa mereka ada kekuatan kuasa beli.

Eh kalau ada orang yang bertahun mengaku kononya dia bayar taxes lebih, apa yang kau nak risau sangat dengan golongan Melayu Bumiputera yang 'tak bayar tax' ni kan.

Mesti ciput je impaknya ye dak?
And frankly to say, salah satu reason kenapa wujudnya #BMBF ni  sebenarnya adalah to educate orang Melayu that there is other alternatives on voicing their dissatisfaction.

Yang mereka punya suara dalam bentuk consumer power.

Daripada orang Melayu terpekik terlolong 13 May, Parang Terbang, bunuh sana sini..
Baiklah kita murnikan emosi tersebut, channelkan dia ke saluran yang betul, that violence is never the answer.

Dan kalau kau still nak kata 'preference' = Boikot.

Adakah kau sebenarnya nak kata,
Mandarin Speakers Prefered = Boikot Non Mandarin Speakers?

You tell me.

Credit : khairul azri

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...