Tuesday 3 September 2019

KEMPEN BELI BARANGAN MUSLIM TIDAK BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN


Kempen yang sedang hangat dan semakin mendapat sokongan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara. Malahan kempen ini boleh dikatakan lebih baik dari program-program kerajaan di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) mahupun di Dasar Pembangunan Nasional. 

Mengapa?

Ini kerana fokus kempen ini tidak terletak kepada sesuatu bangsa atau keturunan. Semua pihak terutamanya warganegara ini boleh menyokong dan mengambil bahagian tidak kira samada mereka dari kaum Melayu, Cina, India ataupun lain-lain. 

Asalkan syarat utamanya beragama Islam. Islam itu merentasi sempadan perkauman dan ianya tidak akan kesampingkan mana-mana kaum. 

Sebab itu saya katakan kempen ini jauh lebih baik dari DEB yang fokusnya utamanya adalah kepada bumiputra.

Kempen ini juga jika di lihat secara inklusif, ianya sebenarnya menyelitkan unsur dakwah di situ. Hari ini masing-masing menjadi lebih peka kepada barang-barang keperluan yang mahu di beli. 

Pihak peniaga pula sedaya upaya akan memastikan produk yang mereka pasarkan diketahui dari mana asal usul datangnya.

Bukankah jika hendak memohon sijil HALAL Jakim juga kriterianya sangat ketat? Tidak kira samada pemohonnya Muslim atau tidak, asal-usul produk yang akan diberi sijil sudah pasti akan di nilai dan disiasat. 

Hal yang sama dilakukan pada kempen ini yang memberikan fokus utama kepada keluaran dari Muslim. Kempen ini tidakpun memberikan taraf sijil Halal sebagaimana yang dibuat oleh pihak Jakim. 

Walaupun begitu hasratnya adalah sama iaitu untuk memberikan keyakinan kepada pengguna Muslim ke atas sesuatu produk itu. 

Urusan untuk memohon sijil halal Jakim pula mestilah dibuat dengan pihak kerajaan dan mustahil perkara ini bercanggah dengan perlembagaan.

Ada banyak lagi program-program kerajaan di negara kita yang memberikan fokus khusus  kepada umat Islam dan tidak pun bercanggah dengan perlembagaan. 

Antaranya tolakan zakat ke atas cukai pendapatan, kelebihan mendapat “hadiah” dari pihak kerajaan bagi menunaikan fardhu haji untuk pertama kali. 

Keistimewaan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira kaum dan keturunan asalkan mereka beragama Islam.

Sekiranya pihak kerajaan boleh membuat dasar seperti DEB, sudah pasti kempen membeli barangan Muslim, ini tiada masalah untuk terus di sokong dan di dokong. 

Kerana impak ekonominya nanti sudah pasti akan secara langsung kepada peniaga-peniaga Muslim tak kira dari bangsa apapun. 

Ini sekaligus akan mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan dari pihak kerajaan.

Kempen-kempen untuk meningkatkan kefahaman yang menyeluruh kepada orang-orang Islam mestilah dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Mungkin selepas ini kerajaan boleh menimbangkan untuk membuka permohonan untuk melabur di dalam tabung unit amanah saham ASB kepada kaum Cina dan India yang beragama Islam pula.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...