Monday, 9 September 2019

Takkan Lah Mau Perah Wang Negara Lagi

Kerajaan dilihat mahu menghapuskan bayaran pencen dengan alasan ia membebankan kewangan negara.

Sebenarnya pencen wakil wakil rakyat dan bekas bekas menteri juga adalah terlalu banyak untuk ditanggung oleh kerajaan.

Sepatutnya bekas bekas wakil rakyat dan bekas menteri yang sudah kaya raya tidak perlu mendapat bantuan pencen lagi.

Takkan lah rakyat perlu menanggung mereka lagi sedangkan mereka sudah terlalu kaya raya.

Ramai bekas bekas menteri yang mempunyai anak anak yang bertaraf jutawan, rasanya mereka ini tidak perlu lagi dibayar pencen oleh kerajaan. 

Anak anak mereka pun lebih dari mampu untuk menanggung perbelanjaan mereka setiap bulan.

Takkanlah masih mahu memerah wang negara lagi...???

Barisan Nasional menunggu puluhan tahun untuk melahirkan watak seorang Samy Velu dan seorang Ahmad Maslan namun Pakatan Harapan tidak sampai 2 tahun memerintah sudah berjaya melahirkan lebih ramai badut badut yang lebih hebat dari BN.

Yang pastinya senario politik negara telah diwarnai dengan badut badut yang bersaing mana yang lebih hebat memberi punch line untuk menyakitkan hati umat islam.

Isu penyokong indonesia menghina malaysia pula, saya sarankan kita ambil pendekatan untuk bersabar dan tidak menyambut cercaan mereka.

Kita sudah mempunyai terlalu ramai musuh maka jangan ditambah musuh lagi kerana khuatir kita tidak dapat tumpukan kepada isu yang lebih besar berbanding kerana sebiji bola.

Jalan yang paling bijak ialah sekiranya ada pertandingan bola sepak di negara mereka maka jangan pergi menonton di stadium mereka untuk keselamatan diri. 

Kebencian indonesia kepada malaysia bukan berlaku dalam satu hari tetapi sebaliknya ia berlaku berpuluh tahun yang lampau sebaik sahaja mencapai kemerdekaan.

Ia ditambah kelukaannya lagi apabila ada pemimpin parti politik yang pergi ke sana untuk memburuk burukkan negara ini.

Untuk mengubat luka tersebut bukan dengan cara emosi kerana ia akan membuatkan kita membazirkan terlalu banyak masa untuk melayan isu renyah yang membuatkan kita tercicir untuk selesaikan isu pokok.

Hari ini umat Islam terpaksa menghadapi terlalu banyak isu untuk ditangani dan mengeluarkan isu renyah dari senarai adalah lebih bijaksana.

Masalah umat Islam hari ini ialah mereka tidak mempunyai pemimpin yang mampu mempertahankan hak mereka.

Kalau ada pun hanyalah pemimpin yang liberal dan tidak memihak kepada umat islam.

Umat islam sebenarnya didalam keadaan tersepit diantara semangat berkobar kobar dan perlu bersabar menanti pemimpin yang benar benar mampu memimpin umat tanpa berpaling ke belakang.

Sebenarnya apa yang berlaku didalam dunia ini memang sudah disusun sebegitu rupa.

Ada pihak tertentu yang dengan sengaja mewujudkan sistem yang mewujudkan pertelingkahan dalam kehidupan manusia.

Contohnya sistem demokrasi...

Sistem ini mewajibkan setiap pengamalnya berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri setiap kali berlaku pemilihan.

Begitu juga sukan...

Sukan asalnya adalah untuk menghiburkan dan mengurangkan stress  kita tetapi ia menjadi sebaliknya kerana ia dijadikan sebagai satu pertandingan yang menghasilkan pergaduhan.

Sebutkan apa saja yang ada di depan mata kita  pastinya akan berakhir dengan konflik.

Saya masih memegang satu kepercayaan yakni sistem yang dianuti oleh majoriti penduduk bumi ini akhirnya akan berakhir dan kita dikehendaki memilih satu diantara dua samada kita menyokong paksi kejahatan atau paksi kebaikan.

Malah kedua dua pemimpin paksi tersebut is ON THE WAY....

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...