Wednesday 4 September 2019

Melayu Elit Tindas Melayu Marhaen

Agak simpati dengan nasib bangsa melayu ini.

Mereka cuba untuk membantu peniaga melayu dengan menggalakkan membeli produk melayu tetapi ada pula melayu lain yang menganjing nganjingkan mereka dengan pelbagai kata nista.

Segala macam isu berkenaan nasib melayu akan dipolitikkan dan akhirnya nasib melayu tidak boleh berubah dan kembali seperti asal.

Ini mengingatkan saya kisah bagaimana negara ini mahu menuntut kemerdekaan tetapi di caci dengan kata kata...

"Nak merdeka macam mana, jarum sebilah pun tak boleh nak buat...."

Namun mujurlah pemimpin melayu sewaktu itu kuat semangat dan majoriti bangsa melayu menyokong dengan padu.

Orang orang yang berpemikiran begini memang selalu wujud dalam lipatan sejarah. Mereka kelihatan agak lunak dengan musuh orang melayu tetapi bersikap angkuh dan bongkak dengan sesama bangsa.

Mereka juga cuba untuk kelihatan cerdik tetapi kecerdikan mereka lebih kepada kepentingan diri mereka.

Kebiasaannya mereka adalah golongan liberal...

Sebenarnya mereka boleh sahaja untuk berdiam diri demi menjaga hati sahabat sahabat sebangsa dan seagama mereka tetapi mereka lebih memilih untuk berkonfron dengan kita kerana mahu menunjuk nunjuk kesetiaan mereka kepada seseorang.

Melihat kepada senario politik negara pada hari ini kita sudah boleh menjangka nasib orang melayu.

Sebenarnya orang melayu akan ditindas oleh orang melayu sendiri dan bukannya bangsa asing.

Sejarah sering berulang dimana pahlawan pahlawan melayu di zaman penjajahan inggeris pun di cap sebagai penderhaka oleh raja raja melayu sendiri atas arahan kerajaan inggeris.

Dalam lipatan sejarah sudah sememangnya rakyat akan ditindas oleh penguasa tidak kira mereka berbangsa melayu ataupun mereka bukan berbangsa melayu.

Sudah menjadi lumrah sebaik saja menjadi pemimpin tiba tiba darah melayu didalam tubuh mereka terus hilang dan bertukar menjadi darah campuran.

Namun walaupun menjadi darah campuran sekali pun mereka dilihat seolah olah begitu membenci melayu dan begitu lunak dengan musuh melayu.

Sebenarnya politik perlu dipisahkan jauh jauh dari isu agama dan isu bangsa...
Bahayanya politik ni sampai tahap pensel anak hilang pun boleh jadi isu besar....

Masalah utama bangsa melayu ni ialah mereka  harungkan sekali semua isu dalam satu bakul...

Bila dah semua masuk bakul mereka sendiri jadi pening dan bergelut sesama sendiri di dalam bakul.

Bila semua dah masuk bakul siapa yang nak angkat..???

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...