Rakyat masih menunggu kedua dua parti yang bertelagah melampirkan calon yang benar benar sesuai untuk diangkat sebagai perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir.
Dari satu pihak, rakyat tidak begitu bersetuju Ds Anwar diangkat sebagai sebagai PM kerana mereka melihat Ds Anwar belum lagi berjaya membuktikan keadilan beliau terhadap nasib orang melayu.
Malah jeritan Ds Anwar lebih terarah mahu menjadi perdana menteri semata mata.
Manakala di satu pihak yang lain, rakyat tidak begitu yakin kepada Ds Zahid Hamidi yang diulit dengan terlalu banyak kes salah guna kuasa dan dilihat hanya mahu mengumpulkan harta dengan kuasanya.
Maka ada baiknya juga kedua dua parti yang bertelagah itu melahirkan calon baru yang lebih bersih supaya lebih mudah untuk rakyat memilih dengan hati yang lega.
Malah rakyat juga semakin gusar dengan pentadbiran Tun yang dilihat seperti tiada cengkaman hinggakan isu agama dan perkauman gagal dikendalikan dengan bijaksana.
Tun juga dilihat sudah tidak mesra melayu lagi dan seolah olah mahu lebih menjaga kepentingan kaum bukan melayu.
Dan yang lebih menggusarkan rakyat lagi ialah sehingga hari ini Tun dilihat gagal untuk menangani masalah ekonomi negara malah berlaku 2 kem didalam Pakatan Harapan.
Kedua dua pengikut tokoh tokoh tersebut saling serang menyerang dan ungkit mengungkit kisah silam.
Pakatan Harapan tidak lagi stabil dan lebih menyibukkan diri untuk memperkuatkan kedudukan masing masing sehingga mengabaikan rakyat dan juga pengundi mereka.
Dan lebih mendukacitakan ialah penyokong masing masing terus menghina dan memaki hamun pengundi pengundi yang mengundi mereka hanya semata mata pengundi bertanya bilakah masalah ekonomi akan diselesaikan.
Rakyat semakin sesak nafas dengan pergelutan kuasa yang tak kunjung reda dan mereka mula meluat dengan pakatan harapan yang dilihat mabuk kuasa.
Ada baiknya tokoh tokoh baru diketengahkan oleh kesemua parti parti politik agar sejarah lampau dapat dihapuskan dan tiada lagi saling dendam mendendam yang membuatkan negara terabai.
Alangkah baik sekiranya Yang Dipertuan Agung mempunyai kuasa untuk mendamaikan kesemua pemimpin parti parti ini.
Tiada masalah sebenarnya untuk DSA bakal mejadi PM ke-8. Apa yg kecoh2 sangat tu? Nak lantik orang baru yg kononnya lebih bersih? Pengalaman pun ke laut ! Ingat nak mentadbir negara dan menjadi Leader mudah semudah menjadi CEO company ke ? ... Dah konsensus PH dulu macam tu ...follow aje laa. Bengong betui laaa.
ReplyDeleteahak ahak ahak
DeleteSetuju.. Ambik jr muka baru... Muka lama penuh dgn najis semburit...
ReplyDelete