Friday, 13 September 2019

Apa Yang Sedang Berlaku Sebenarnya?

Nampaknya serangan kepada perpaduan rakyat malaysia sedang dirungkai secara  bertali arus, bermula dengan isu jawi yang dilihat sengaja dipercikkan, isu zakir naik, isu membeli barangan muslim dan yang terkini isu syiah.

Secara logika saya merasa agak hairan kenapa setiap perkara itu tiba tiba di isu kan diwaktu begini. Belum sempat nak selesaikan satu isu sudah timbul satu isu yang lain.

Saya melihat perkara begini bukanlah dirancang oleh menteri menteri yang sediada kerana mereka tidaklah begitu bijak.

Sudah pasti ia dilakukan oleh pihak yang lebih berpengalaman sebagaimana pihak tersebut telah berjaya menaja perang dunia pertama dan kedua suatu masa dahulu.

Apa yang kita lihat seolah olah negara ini sedang dihalakan kearah huru hara hinggakan kerajaan akan menyibukkan diri dengan bercakap dan tangkap...

Sehingga hari ini kerajaan tidak mampu untuk berfikir untuk membawa kebaikan dan perpaduan kepada rakyat.

Ini bukan berlaku di dalam negara kita sahaja tetapi sebaliknya berlaku di seluruh dunia.

Mula mula rakyat negara ini dipecahkan dengan pergolakan perkauman dan agama dan terjadilah 2 puak. Puak Islam dilihat lebih ramai .

Dan cubaan seterusnya dipecahkan pula puak islam ini dengan kepartian. Dan perpecahan kepada perbagai parti mampu melemahkan sedikit puak islam tetapi dikhuatiri mereka akan bergabung apabila berlaku sesuatu.

Maka disamping dipecahkan dengan kepartian maka satu insurans yang lebih berisiko perlu diambil yakni puak islam ini perlu dipecahkan lagi mengikut mazhab.

Dan mazhab yang paling sesuai untuk berperanan melakukan perpecahan dalam negara ini ialah diantara Sunni dan Syiah.

Negara ini nampaknya tidak akan aman lagi selama lamanya. Apa yang berlaku di tanah arab sudah mula berlaku disini.

Untuk menyedarkan umat islam bahawa kita sedang menjadi bidak bidak catur adalah satu perkara yang sukar kerana tidak semua mereka  mempunyai IQ yang sama.

Dan yang lebih menyukarkan lagi ialah mereka mempunyai kepentingan diri yang terlampau tinggi mengatasi cinta kepada Allah dan Rasul.

Kita sebenarnya sedang menghadapi musuh yang menyerupai kita tetapi berlainan aqidah didalam hati mereka.

Buktinya ialah kita tidak dapat sepakat didalam isu zakir naik dan isu mendahulukan membeli produk halal buatan muslim.

Dari situ pun kita sudah berpecah 2 dan kita boleh meramalkan siapa yang akan membunuh kita diwaktu turunnya dajjal nanti...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...