Tuesday, 24 September 2019

Apakah Strategi BN untuk Menang Di Tanjung Piai?

Md Farid, 42, yang juga naib ketua Bahagian PPBM Tanjung Piai, meninggal dunia sekitar 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Arwah memenangi kawasan Tanjung Piai dengan menewaskan penyandangnya, Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (PAS) pada pilihan raya umum 9 Mei 2018.
Md Farid memperoleh 21,255 undi, Wee (20,731) dan Nordin (2,962) dengan merekodkan majoriti 524 undi. Dengan bilangan keluar mengundi 85.7 peratus undi rosak pula 841.

Kawasan parlimen itu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018. Daripada itu 56.8 peratus merupakan orang Melayu, Cina (41.64 peratus), India (1.01 peratus) dan baki adalah lain-lain.

Undi rosak sebanyak 841 dicatatkan lebih tinggi daripada majoriti calon memenangi kerusi itu.
Satu lagi pilihan raya kecil yang menarik untuk disaksikan ketika suhu ketegangan dalam pelbagai sudut agak tinggi pada masa sekarang.

Pada Pru yang lepas BN mempertaruhkan calon dari MCA dengan harapan untuk mengaut undi dari kaum cina namun pengundi cina lebih tertarik memilih calon PPBM yang menggunakan logo PKR.

Dengan sokongan pengundi Cina membuatkan PH memenangi kerusi tersebut dengan majoriti kecil.
Mungkin kali ini sekiranya UMNO diletakkan sebagai calon dengan sokongan padu daripada parti Pas boleh membuatkan BN merampas kerusi tersebut.

Ini berdasarkan andaian pada pru lepas kesemua pengundi cina menyokong PH dan majoriti pengundi melayu menyokong BN walaupun calonnya adalah dari Parti MCA...


No comments:

Post a comment