KONGLOMERAT kerajaan Tun Razak Exchange (TRX) yang menjadi pertikaian hangat kerana kewujudannya dikatakan tidak mengikut proses penubuhan dan matlamat jelas bakal bergegar lagi sekiranya ura-ura didengar ini benar, yakni CEO TRX akan bertukar tangan kepada bukan Melayu.
CEO TRX kini adalah Azmar Talib yang akan tamat kontrak dan tidak akan disambung. Khabarnya tempat beliau itu akan diganti dengan COO TRX sekarang Tan Hwa Min?
Sekiranya ini berlaku sudah pasti TRX akan mengilangi apakah yang berlaku di Same Darby baru-baru ini apabila CEOnya daripada orang Melayu bertukar kepada bukan Melayu.
Apa yang dipersoalkan juga gaji CEO bukan Melayu dilantik itu katanya tinggi mencecah RM265,000 sebulan berbanding dengan gaji dan elaun CEO Melayu sebelum ini hanya RM160,000 sebulan.
Apakah polemik yang menggegarkan di Sime Darby itu akan berlaku di TRX pula sekiranya benar Azmar Talib yang akan habis kontrak hujung bulan ini tidak akan disambung dan tempatnya diganti dengan Tan Hwa Min?
Jika ini berlaku sudah pasti ia mengulangi polemik di Sime Darby tempoh hari, dan suasana ini tidak kondusif kepada kerajaan dan perkara itu akan dijadikan isu dan perdebatan politik rasis.
Pertukaran apa-apa penjawat di sesebuah syarikat seperti TRX itu perkara biasa dan atas alasan untuk mengemaskinikan pentadbiran bagi penambahbaikan. Pihak bertanggungjawab ada hak untuk mengubah dan melantik orang baru. Apa lagi Azmar dilantik menjadi CEO itu ketika TRX dikuasai sepenuhnya oleh Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sudah tentu Azmar akan melaksanakan apa dikehendaki Najib.
Pun begitu menukar CEO Melayu kepada bukan Melayu sesuatu yang harus dilihat dari segi implikasi kesan politik serta keperluan sebenarnya. Bukan bermakna dengan pertukaran CEO daripada Melayu kepada bukan Melayu bermakna prestasi TRX akan melonjak. Sudah banyak contoh orang bukan Melayu (asing) dilantik menjadi CEO tetapi mereka tetap juga gagal.
Contohnya Malaysian Airline Syestem (MAS) pernah melantik orang asing menerajui syarikat penerbangan nasional itu semuanya berakhir dengan kegagalan. Ketidak yakinan pemerintah kepada bangsa Melayu untuk menerajui MAS itu menjadi bahana.
Kenapa ia perlu ditukar kepada bukan Melayu. Apakah yang mendesak. Kenapa tidak dicari mereka berkelayakan daripada bangsa Melayu juga untuk meneruskan tugas itu dan menjaga TRX?
Masih ramai jurutera Melayu berkelayakan dan telah pun berjaya menunjukkan kemampuan mereka. Projek-projek besar negara seperti KLCC, Putrajaya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Sepang (KLIA) atau projek-projek GLC lain ia menunjukkan kemampuan dan kebolehan orang Melayu.
Terdapat ramai jutera Melayu berkebolehan. Kenapa salah seorang daripada mereka tidak ditunjuk untuk mengganti Azmar?
TRX berada dibawah bidang kuasa Menteri Kewangan (MOF). Lim Guan Eng patut mengambil pedulikan kepada perkara ini, sekiranya ia benar-benar hendak dilakukan perlu dihalusi bagi mengelakkan ia menjadi isu. Kesan buruk baiknya terutama kepada politik hendaklah diambil kira. Jangan sengaja memberi peluru kepada pembangkang yang ghairah dan emosi memainkan isu-isu perkauman. Oposisi kini sedang pelahap dengan isu.
Tidak dapat tidak kalau Azmar (Melayu) diganti dengan COO TRX kini ia akan dijadikan isu. Pihak pembangkang akan eksploit seperti isu-isu pelantikan CEO Same Darby sebelum ini ataupun pelantikan ahli lembaga pengarah di Tabung Haji dan GLC lain. Di Tabung Haji bukan CEO atau Pengerusi bukan Melayu dilantik, tetapi hanya menjadi ahli lembaga pengarah kepada syarikat sahaja ia sudah dihebohkan kononnya Tabung Haji sudah dibawah kuasa Lim Guan Eng. Tabung Haji sudah digadai kepada DAP. Demikian lancang dan jahatnya pembangkang.
Jadi janganlah apa yang berlaku seperti di Tabung Haji itu menggegarkan pula TRX.
Kita percaya Lim Guan Eng selaku menteri keewangan akan sedar perkara ini dan dapat membaca apakah kesannya nanti. Sekiranya Guan Eng, pasrah kepada nasihat pihak tertentu, mungkin Dr Mahathir atau Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu memberi perhatian sama, campur tangan atau menasihati Guan Eng agar membuat keputusan terbaik bagi mengelak ianya menimbulkan masalah.
Dan barang kali molek juga kalau soal pelantikan CEO di syarikat konglomerat kerajaan dan GLC dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden (MP) agar ia mendapat pandangan adil dan saksama dan tidak menampakkan sesuatu jawatan itu diserahkan sepenuhnya kepada Menteri bertanggungjawab seorang sahaja.
Keputusan ramai itu lebih baik daripada keputusan oleh seorang.
Sumber

Hahahaaha melayu ka, cina ka, india ka, geng bahalol ja yg tak reti, kerja2 najib... Remote controlkn mereka, curi harta mereka semua... Kasi sama rosmah...
ReplyDelete