Thursday 19 September 2019

DAP MEMANG MAHU KUASAI SARAWAK DAN DAP SARAWAK MEMANG TERLALU KECINAAN!

Sukar untuk difahami mengapa Lim Kit Siang begitu marah bila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan "DAP mahu orang Cina menguasai Sarawak, kita kena halang" melainkan kerana kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan.

Mengikut Formula 4-4-3-3 PH yang digunapakai dalam PRU 14, Sarawak, selain Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, memang dijanji untuk diserahkan kepada DAP sebagai ketua di peringkat negeri jika PH menang di negeri itu.

Lim Kit Siang sendiri menyebut beberapa kali sebelum PRN Sarawak 2016 bahawa sasaran sebenar DAP bukanlah untuk memenangi PRN Sarawak 2016 tetapi adalah untuk memenangi PRN Sarawak 2021.

Anthony Loke juga memaklumkan sekali gus memberikan arahan dalam Konvensyen DAP Sarawak pada 4 November 2018 bahawa misi DAP adalah untuk menguasai Sarawak dalam PRN Sarawak 2021.

Sekarang lihat saja komposisi pimpinan tertinggi DAP Sarawak di mana semua, kecuali seorang, adalah berbangsa Cina.

Begitu juga komposisi Ahli Parlimen DAP Sarawak yang semua, kecuali seorang, adalah berbangsa Cina manakala semua ADUN DAP Sarawak adalah berbangsa Cina.

Lihat pula kepada laman Facebook DAP Sarawak di mana hampir semua kenyataaan yang disiarkan adalah berbahasa Cina.

Jadi mengapa pula Lim Kit Siang perlu marah-marah bila apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah betul?

1 comment:

  1. Orang2 asal Sarawak Melayu, Iban, Melanau dan semua kaum peribumi perlu menolak kaum pendatang rasis ini. Mereka akan menggunakan apa sahaja termasuk jentera pilihanraya meliputi networking mereka di Australia malah diseluruh dunia untuk berkempen demi kemenangan kaum rasis ini!

    Sejak awal lagi mereka telah memulakannya kempen untuk PRN Sarawak 2021. Hati2 orang Sarawak!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...