Sunday 8 September 2019

Menteri dilihat Memarakkan Api Perkauman

#BMBF Apabila Menteri lupa mereka bukan lagi pembangkang...

Luar biasa para Menteri Malaysia Baharu berhadapan dengan Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputra (Buy Muslim Bumiputera First).

Hari ini, mesyuarat Jemaah Menteri tanpa PM (ke luar negara) membincangkan isu kempen BMBF. Kemudian, mereka tampil dengan kenyataan: 'Kabinet menentang kempen ini.'

Ingatkan tampil dengan agenda penyelesaian, rupanya sekadar komen membangkang gerakan rakyat.

Gelombang kempen ini bukan kecil dan bukan digerakkan oleh parti. Sebagai contoh, kumpulan tertutup Facebook ڤرساتوان ايكونومي مسليم ملايسا telah mencapai lebih 1 juta ahli dalam masa yang sangat singkat, menunjukkan betapa ramainya yang menyokong kempen ini.

Sepatutnya berhadapanlah dengan cara sebagai pentadbir negara, bukan kaki protes.

Ini masalah jurang ekonomi, Bumiputera yang keciciran. Jagalah sikit hati pribumi, khususnya kaum Muslimin. 

Keluarkanlah kenyataan yang konstruktif - misalnya, kami akan tubuhkan majlis tindakan ekonomi segera, kami akan perkasakan ekonomi Bumiputera, kami akan buat Karnival Halal besar-besaran atau apa jua yang selayaknya sebagai Menteri.

Tetapi yang Menteri komen, kurang cerdiklah, tak waraslah, tak membinalah, hasutan perkauman Umno-Pas lah.

Ini juga masalah perasaan kecurigaan kaum yang Menteri juga puncanya. Semua Menteri yang berkomentar kata ini boikot produk kaum lain. Walhal kempennya ialah 'Dahulukan'. 

Kenyataan Menteri yang sebenarnya meniup api kebencian.

Sepatutnya Menteri tidak menghangatkan lagi. Tetapi oleh sebab Menteri lebih suka berpolitik dan lemah mentadbir berdiplomasi, maka percayalah, cara yang mudah akan digunakan nanti ialah tindakan undang-undang.


1 comment:

  1. TDM pun dah cakap sebelum ni dia tak setuju boikot.....

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...