Sunday, 15 September 2019

Pecah Rekod: PWTC Penuh

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi lautan manusia yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air bagi menyaksikan detik bersejarah pemeteraian piagam kerjasama UMNO-Pas hari ini.

Pemerhatian mendapati ribuan ahli kedua-dua parti seawal pagi sudah mula bersesak-sesak menuju ke PWTC.

Menjelang tengah hari ini sama ada di luar dan di dalam PWCT, di segenap penjuru dan tingkat di bangunan itu dipenuhi hadirin hinggakan ia menyukarkan gerak jalan orang ramai.

“Saya tidak pernah melihat manusia seramai ini, ramai sangat.
“Sungguh ini permulaan penyatuan dua parti untuk terus mara ke hadapan,” kata Ahmad Ismail, 35.

Lautan manusia kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian berwarna putih merubah suasana PWTC yang sebelum ini sinonim dengan warna merah.

Hadirin penuh bersemangat tatkala pemimpin kedua-dua parti mula memberi ucapan, laungan takbir bergema setiap kali nama pemimpin dipanggil untuk berucap.

No comments:

Post a Comment