Saturday 7 September 2019

BOIKOT DAN BANGANG DISEBALIKNYA


Sekadar ingin membawa semua orang berfikir apa yang sebenarnya telah berlaku.

1- Pada April lalu, NGO UMMAH dan PPIM telah melancarkan kempen Beli Produk Muslim bertujuan untuk memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara. ia berlaku 4 bulan yang lalu.

2- Kempen ini secara asasnya tidaklah bergerak secara drastik dan agak perlahan dalam menarik perhatian orang Islam sendiri kerana bahan media kempen tidak begitu viral. Walaubagaimanapun, kempen itu tetap berkembang dari masa ke semasa. UMNO dan PAS tak tahu sepatah haram pun pasal kempen ni.

3- Sehinggalah berlakunya isu panas melibatkan pengasas IJM COrporation Koon Yew Yin yang menghina Angkatan Tentera Malaysia. Koon Yew Yin telah memperlihatkan betapa syarikat yag terbuka menyokong Pakatan Harapan seolah bebas untuk bercakap secara terbuka tanpa menjaga sensitiviti masyarakat. Seterusnya, ia mengundang netizen untuk menghebahkan kesemua syarikat yang berkaitan Pakatan Harapan terutamanya DAP di media sosial.

4- Ketika inilah, kempen Buy Muslim Product telah bertukar menjadi Buy Muslim Bumiputera First yang dijalankan oleh enthusiast di media sosial. Ia dinamakan BMBF. Diwaktu ini juga, bahan kempen dari PPIM dan UMMAH rancak dikongsikan dan BMBF mula menjadi trending. Ada yang menyokong, ada yang menyindir dan ada yang tak ambil kisah. Penyokong kerajaan juga semakin aktif menyindir penyokong BMBF di media sosial.

5- Kempen ini meletus menjadi trending utama didalam negara selepas Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan orang cetek pemikiran sahaja yang mahu boikot produk bukan Islam.  Setelah taiko besar berbunyi, maka konco-konconya turut sama ingin berkongsi populariti dengan Lim Guan Eng  menyindir supaya jangan membeli telefon bimbit. LGE kemudiannya menyalahkan UMNO dan PAS dalam isu ini. Saifudin Nasution kemudiannya menambah kenyataan yang menghangatkan suasana.

6- Selepas kenyataan media secara rasmi dari pemimpin kerajaan dengan menggunakan perkataan BOIKOT, ia secara langsung telah menghangatkan kempen ini secara besar-besaran. Ia lebih hangat apabila penyokong kerajaan dan mereka yang tidak menggemari boikot turut menyindir penyokong BMBF.

7- UMNO dan PAS terkelip-kelip tak faham entah bila mereka pernah melancarkan sebarang kempen belilah produk muslim atau sebarang kempen boikot. Cuma PAS mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong kempen BMBF ketika ia sedang hangat.  

8- Tidak pernah ada sebarang kempen boikot produk cina atau non muslim pernah dilancarkan sehinggalah Tun Mahathir dan menterinya sendiri yang mewujudkan persepsi bahawa kempen BMBF adalah kempen BOIKOT. 

9- Kesimpulannya, PPIM dan NGO UMMAH melancarkan kempen Belilah Produk Muslim. Netizen khususnya menghangatkan kempen BMBF. Kerajaanlah yang mewujudkan dan melancarkan kempen BOIKOT kepada perniagaan cina yang sebenar.


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...