Friday, 20 September 2019

M For Malaysia

Sebenarnya agak mengejutkan juga apabila kerajaan tidak memandang serius isu kebanjiran pendatang asing yang mendapat IC secara haram.

Ia mungkin kerana dua sebab:

1. Mereka sudah tahu dari awal dan membiarkannya kerana takut kepada  satu pihak yang lebih berkuasa yang merancang sesuatu.

2. Mereka mendapat keuntungan dari kemasukan pendatang asing ini.

Di bandar bandar besar boleh dikatakan setiap apartment mewah pasti ada penghuni penghuni dari negara China.

Ada baiknya juga kita menghabiskan sisa sisa kemerdekaan dengan tidak bergaduh sesama bangsa.

Kita berbaik baik sesama sendiri kerana mati nanti rakan sebangsa kita juga yang korekkan liang lahad dan memyembahyangkan jenazah kita.

Janganlah nanti disebabkan keangkuhan kita yang tak habis habis memaki hamun sesama kita akan membuatkan keluarga kita keseorangan menghantar jenazah kita ke kubur.

Kalau ikutkan rentetan kepada setiap kejadian yang berlaku bertali arus didalam negara kita memang sudah sahih kita diambang penghujung kemerdekaan.

Hampir segala aspek kita di kepung dan diikat tak boleh bersuara berkenaan kebebasan agama dan bangsa kita.

Bagi yang liberal mereka tidak begitu pedulikan perkara ini. Tapi bagi yang ada sedikit saki baki iman merasakan ada satu gerakan yang sedang dijalankan.

Kali ini ia bukan soal parti lagi. Player yang bermain lebih berpengaruh dan level internasional.

Malah Tun Mahathir pun tidak dapat berbuat apa apa.

Ada yang berkata sekiranya umno masih memerintah mungkin apa yang berlaku pada hari ini tidak akan terjadi.

Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini tetap akan berlaku kerana sewaktu di penghujung pemerintahan umno dahulu mereka juga ke arah yang sama.

Mereka juga yang telah membuka ruang seluas luasnya kepada negara China.

Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana setiap pemimpin kita telah dijerut kepala mereka untuk mengikut kehendak kuasa besar.

Mereka tiada pilihan walaupun kadangkala mereka bercakap seolah olah nampak hebat tetapi sebenarnya kaki dan tangan mereka terikat dan mulut mereka terkunci.

Dizaman ini mana mana pemimpin negara yang pertahankan agama akan menerima akibat yang buruk.

Pertahankan agama Islam akan dianggap rasis dan teroris tetapi menindas agama Islam dianggap sebagai hak asasi manusia.

Umat Islam tidak lagi boleh menaruh harapan terhadap orang orang politik kerana mereka hanya mahukan kuasa dan selepas berkuasa mereka akan mengikut track yang disediakan oleh The Hidden Hand.

Masing masing parti politik sebenarnya sedang mengampu The Hidden Hand ini.

Filem M for Malaysia akan ditayangkan tidak lama lagi. Ianya di bikin oleh cucu Tun Mahathir yakni anak kepada Marina Mahathir.

Kita mungkin akan dapat melihat beberapa perkara yang menarik dalam filem tersebut.

Malah cucu Tun ini pun agak menarik perhatian juga kerana pemikiran liberalnya yang sama seperti ibunya.

Takpe lah.... Kita tengok saja nanti apakah agenda sebenar filem ini ditayangkan.

Yang sebaiknya kedua dua penyokong parti parti politik tak perlulah bergaduh sesama sendiri kerana batang tubuh pemimpin pengikut The Hidden Hand ini.

Lebih baik kita kecapi saki baki kemerdekaan ini dengan ceria dan berbaik baik sesama sendiri.

Didalam padang apabila pemain tak henti berlari dan mengejar bola itu bermakna mereka sedang bermain didalam perlawanan bolasepak.

Mereka akan bermain bersungguh sungguh untuk mencapai kemenangan dan akan beroleh hadiah sekiranya mereka menang.

Sekiranya mereka kalah sekalipun mereka tidak begitu kecewa kerana jurulatih dan pengurus telah nampak mereka bermain bersungguh dengan berlari tak berhenti henti sambil menyepak kaki pihak pemain lawan.

Jurulatih akan memuji muji mereka selepas tamat perlawanan walaupun pasukan mereka kalah.

Begitulah juga dengan pemain pemain media upahan... Mereka tak henti henti bekerja siang dan malam memaki hamun pihak lawan.

Sejak pru 12 hinggalah pru 14 kita dapat lihat mereka ini seperti tak pernah penat bekerja.

Kalau takde isu pun mereka akan sengaja cari pasal agar api kemarahan tidak terpadam.

Bagi mereka apabila ada persengketaan maka adalah rezki buat mereka.


2 comments:

  1. Rakyat tidak mudah lupa...zaman siapa yg memerintah dimana kalau kera di negara China mohon Visa pun boleh lulus.. Tak caya tanya Zahid Hamidi...Hihihikikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
  2. Suatu analisa yang menarik! Memang betul dimana2 ada pendatang Cina, dikondomium2 mewah, distesyen sentral atau dimana2 sahaja, mereka mungkin warga negara yang mendapat IC melalui pintu belakang atau mereka mungkin pelancung yang sedang mencari jalan untuk melencong?

    Kebanjiran mereka bukanlah perkara baru malah sudah bertahun2 tapi kini mereka sudah menampakkan diri dan tidak menyorok2 lagi.

    Ada yang mengatakan ratusan ribu yang sudah menjadi warganegara dan ini sangat membimbangkan buat anak2 cucu kita yang baru lahir. Mereka tidak cukup kuat untuk bersaing dengan pendatang ini.

    Apa2 pun harap pihak polis cepat bertindak sementara nasi sedang mencair untuk menjadi bubur!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...