Wednesday, 25 September 2019

Apakah Nasib Melayu Tanpa PH?

Begitulah nasib melayu.


Sewaktu umno memerintah orang melayu dipaksa untuk beralah dengan kaum lain atas alasan negara kita berbilang kaum.

Ini membuatkan orang melayu semakin jauh dari kerajaan umno dan mereka merajuk sambil menunjukkan sikap dengan beralih sokongan kepada Pakatan Harapan kononnya Tun Mahathir akan menjaga bangsa ini dengan lebih baik.

Malangnya walaupun Tun menjadi Perdana menteri tetapi beliau perlu membalas budi kaum lain pula kerana sokongan kaum lain membuatkan beliau menjadi perdana menteri.

Sekali lagi orang melayu terpinggir malah lebih teruk lagi apabila mereka seolah olah tertindas pula dibawah kerajaan pakatan harapan.

Senario begini membuatkan orang melayu sudah mula hilang minat untuk terus menyokong pakatan harapan malah mereka tidak begitu yakin pengganti Tun yakni Anwar mampu memperjuangkan nasib mereka dengan lebih baik dari Tun mahupun umno.

Tun telah membuka pintu untuk kaum lain lebih berkuasa daripada orang melayu dengan menyerahkan beberapa jawatan penting didalam kerajaan.

Dan dasar begini pastinya akan diteruskan malah akan berlaku penambahan sebaik sahaja anwar menjadi PM.

Orang merasa tertipu dan mula berlaku saling salah dan menyalahkan sesama mereka.

Namun seandainya pemimpin umno tidak lupa daratan semasa mereka berkuasa dahulu besar kemungkinan orang melayu tidak merajuk dan sukar untuk pakatan harapan menjatuhkan mereka.

Kesalahan yang paling besar ialah kerana ahli ahli umno gagal untuk memilih presiden mereka dengan baik.

Orang orang umno memilih pemimpin berdasarkan kepentingan diri mereka dan mengabaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Hari ini bukan sahaja rakyat yang perlu dipadan muka tetapi kroni kroni dan pemimpin umno juga menerima padan muka dan tidak lagi boleh menyamun sesuka hati mereka seperti dahulu.

Semoga ahli ahli umno berubah sikap dan pilihlah pemimpin parti mereka dengan ikhlas.

Pilihlah juga pemimpin yang benar benar  hebat sebagai pejuang melayu dan bukannya liberal yang akhirnya kembali ke perangai pemimpin lama mereka.

3 comments:

  1. aku tak rasa tertindas apa apa pun.kehidupan dan ekonomi macam biasa.dan alhamdulillah bertambah baik.

    ReplyDelete
  2. Kroni kot. Kuat rasuah..

    ReplyDelete
  3. Berpegang pada tali Allah sepatutnya jadi panduan! Kita menghadapi banyak cabaran! semua manusia adalah makhluk Allah, namun Allah juga telah menerangkan dalam ayat ayatnya perilaku orang atau kaum yg melampau! Kenapa tidak berpegang kepada amaran amaran yg Allah telah jelaskan? Dalam satu negara yg berpandukan AdDeen sepatutnya kita jelas dalam hal ini, tetapi selalu kita dahulukan tanggapan kita sendiri sehingga kita lupa bahawa musuh kita memang cari kelemahan untuk menumbangkan kita! Kita juga biarkan diri kita terperangkap oleh gunting dalam lipatan yg menyegerakan kehancuran kita!

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...