Tuesday 10 September 2019

The Last Battle


Apabila satu orang yang gagal menyalahkan orang lain diatas punca kegagalannya maka ia adalah bukti bahawa dia memang telah benar benar gagal.

Dan sekiranya satu orang yang belum gagal tetapi telah awal awal menyalahkan orang lain maka kita sudah dapat meneka bahawa dia pasti akan gagal.

Namun sekiranya seorang pemimpin sudah mula menyalahkan orang lain maka kita sudah dapat meneka bahawa negara ini memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Dengan kemasukan berpusu pusu orang asing ke dalam negara ini kita boleh meramalkan apa akan jadi pada bangsa kita di masa depan.

Orang melayu sudah langgar dinding... Dibelakang musuh, didepan pula tembok kukuh... Menyerah atau terus melangkah...

Bangsa melayu adalah bangsa yang paling mudah untuk dipecah belahkan...

Tidak perlu pihak musuh menghantar tentera terkuat mereka untuk menjajah negara ini...

Cukup bagi mereka menghantar sebiji bola pun sudah boleh membuatkan orang melayu bergaduh dan berpecah belah...

Tak bolehkah sekali dalam seumur hidup orang melayu ini berpakat secara baik?

Sebenarnya isu pemimpin kita makan suap, rasuah, menyamun harta negara adalah isu yang kecil sahaja. Mereka tidak akan berubah sikap walau apa yang jadi sekalipun.

Ada satu isu yang lebih besar dari kesemua itu.  Isunya adalah raja kepada segala penyamun, penyangak atau perosak bakal muncul untuk mengimami ketua ketua penyamun dan perosak ini.

Hala tuju kesemua pemimpin kita adalah kearah itu. Tidak kira apa parti pun kita dapat lihat mereka masih berebut kuasa dan jawatan. 

Mereka tidak sama sekali akan berkompromi apabila melibatkan jawatan dan kuasa.

Apa yang saya lihat dalam perjalanan politik negara kita ini saya ramalkan Tun adalah benteng terakhir umat melayu Islam di akhir zaman ini.

Dalam usianya yang terlalu lanjut, keupayaan dirinya pun sudah semakin banyak berkurangan malah dengan tekanan dari dalam dan luar negara saya jangkakan Tun hanya mampu untuk bertahan sahaja dan tidak mampu untuk menambah atau perjuangkan hak dan nasib bangsa kita ini.

Sebelum pru lepas pun Tun sendiri telah akui bahawa ianya adalah The Last Battle...

Kepada Allah kita berserah akan hal nasib bangsa kita ini....

Manakala akan nasib agama pula saya amat optimis bahawa Islam akan bangkit dan menang kerana itu adalah janji Allah dan Rasul...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...