Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

PM Marah Menteri

Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan PM. Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga PM marah benar kepadanya. "Kemana kamu pergi?" herdik PM, "Sudah 2 jam saya menunggu." "Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan PM, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam." PM menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!" teriaknya. "Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?" "Betul, Tuan PM." "Tolol dan bengong!!" teriak PM lagi lebih keras, "Mengapa kamu tidak duduk saja??"

Believe it or Not? Misteri Kematian Presiden Lincoln dan Kennedy

Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini: Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846. John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946. Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860. John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960. Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf. Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil. Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih. Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala. Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln. Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan. Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan. Pengganti mereka bernama Johnson. Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.  Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908. John Wi

Pertahankan Tun Atau Mencantas Anwar?

Terdapat juga satu pendapat berkenaan senario politik yang sedang berlaku semasa ini. Pendapat itu berkenaan usaha membentuk kerajaan pintu belakang dimana Azmin, Hisham dan Mukriz terlibat secara senyap. Beliau berpendapat konspirasi itu adalah persediaan untuk menjatuhkan anwar dan bukannya untuk mempertahankan Tun. Tun hanya bertindak sebagai pengadil sahaja dimana akan memberikan jawatan perdana menteri kepada calon yang mempunyai sokongan yang paling ramai di kakangan Ahli Parlimen. Mereka hanya meminta jasa baik Tun untuk menahan seketika penyerahan kuasa bagi membolehkan mereka mengumpul sokongan ahli parlimen dan seterusnya setelah cukup jumlah kerusi barulah Tun melepaskan jawatan. Dan ahli parlimen akan bertindak mengadap Tuanku untuk memberikan nama calon Perdana Menteri pilihan mereka. Perbagai teori muncul diwaktu ini dan rakyat masih lagi susah namun orang politik masih juga berebut kuasa.

Merancang Perang Dunia Ke-3

Trump dan Netanyahu sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar.  Tiba tiba seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender, "Bukankah itu Trump dan Netanyahu?" Bartender menjawab, "Iya, itu memang mereka." Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa: "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?" Trump menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3." Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? Apa yang akan terjadi?" Trump menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal." Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut, "Penjual Basikal?" Trump menoleh ke arah Netanyahu dan berkata, "Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"

Erti Politik Bagi Kanak-kanak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami." Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di

Mustahil Gagasan Hanya MP Melayu Sahaja

Andaian yang mahukan satu gagasan Ahli Parlimen dikalangan orang melayu sahaja sebenarnya hanyalah angan angan sahaja kerana ia tidak mungkin berlaku. Ini kerana Pkr mempunyai sokongan kuat dikalangan bukan melayu dan mustahil Anwar mahu mengorbankan penyokong penyokong setianya itu. Manakala Amanah pula sudah pasti tidak sanggup bercerai dengan Dap, waima imam mahdi muncul sekalipun. Dan PPBM pula tidak akan memberi sebarang impak kepada jumlah kerusi di parlimen pada pru akan datang selagi umno masih wujud. Pattern sokongan pengundi kepada PPBM dilihat semakin menurun dan umno dijangka mampu merampas kesemua kerusi mereka pada pru akan datang. Dijangka satu percubaan untuk mengharamkan umno adalah satu kewajipan untuk menguatkan PPBM.

The Real Last Battle: Tun Vs Anwar

Dinasaur dinasaur politik atau muka muka lama hanya mewariskan perkelahian dan perbalahan sahaja kepada generasi politik muda. Rasanya mereka ini wajar dijatuhkan dari persada politik negara. Ahli ahli parti politik perlu berfikir dan mula mengenengahkan pemimpin baru didalam parti masing masing. Kenapa agaknya sehingga sekarang Anwar masih menyembunyikan calon TPM pilihannya? Dalam 4 parti komponen PH, Dap nampaknya begitu bersungguh mahukan Tun melepaskan jawatan. Adakah ini bermaksud sudah ada perjanjian tersembunyi antara Anwar dan Kit siang? Rupa rupanya jemputan Azmin terhadap beberapa Ahli Parlimen umno dan PKR di kediamannya adalah bagi tujuan "Head Count" untuk mengira jumlah sokongan ahli parlimen yang mahukan Tun terus kekal menjadi PM hingga akhir tempoh. Ramai yang dijemput tapi hanya 22 yang hadir. Kem Anwar mengatakan Azmin hanya mempunyai 99 sokongan sahaja sedangkan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang Azmin

Liciknya Perdana Menteri

Majlis Perasmian Kilang Kereta Mewah Di sebuah negara, seorang Perdana Menteri di undang untuk menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina. Selepas acara perasmian selesai, pemilik kilang tersebut mengumumkan, "YAB Perdana Menteri, suatu kehormatan besar kerana anda berkenan hadir dalam acara perasmian ini. Sebagai tanda terima kasih, kami akan memberikan satu unit kereta terbaru dari kilang kami kepada anda." "Maaf, tetapi saya tidak boleh menerimanya," Perdana Menteri itu menolak dengan halus. "Tidak apa-apa, YAB. Ini adalah hadiah dari syarikat kami untuk Anda, "sang pengarah meyakinkan. "Saya faham," kata sang Perdana Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini. " Namun, pengarah tersebut tetap berkeras. Akhirnya, sang Perdana Menteri mengalah, "Baiklah, jika anda terus memaksa, tetapi saya tidak biasa menerima sesuatu dengan percuma. Sebutkan harga yang anda ingin saya bayarkan

Inilah Kerajaan Yang Kita Ada Sekarang

Jebor adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta wasiat setelah ayahnya meninggal.  Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri. Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!".  Ternyata temannya yang bernama Si Bedol melihat apa yang dilakukan olehnya. Setelah lewat tengah malam, Bedol pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Bedol mengganti tulisan yang ditulis dengan ayat  "BUKAN BEDOL YANG AMBIL!"

Scammer menjual duit yang tidak dikeluarkan oleh BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak pernah mengeluarkan duit syiling tahun 1976  Ada yang sanggup mencarinya sampai kealam ghaib yang kononnya duit syiling tahun-tahun tertentu sudah ghaib ke alam bunian. Dan kononnya lagi hanya duit-duit syiling tahun-tahun yang tertentu sahaja yang orang bunian perlukan untuk digunakan di alam mereka. Dan Ramai orang yang tidak tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak mengeluarkan setiap duit syiling itu setiap tahun. Ramai yang masih mencari syiling untuk tahun-tahun tertentu dan sehingga kini masih belum menemuinya. Ini memberi peluang kepada scammer (penipu) menjual duit-duit yang tidak dikeluarkan oleh BNM dan menyatakan yang duit itu adalah sangat rare,sangat unik dan terlalu susah untuk di dapati. Sedangkan duit yang dijual mereka itu adalah palsu, sama ada dengan mengubahsuai duit syiling yang sedia ada atau mereka membuat duit palsu yang baru. Namun, mereka ini biasanya menjual duit tersebut pada harga yang sangat

Siapakah Bakal TPM Anwar?

Kalau melihat kepada hiruk pikuk politik hari ini saya menjangkakan hanya satu jawapan sahaja punca kepada kemelut yang berlaku ini. Anwar sudah tidak sabar mahu menjadi PM dan Tun pula cuba melambatkan penyerahan tersebut. Anwar mahu menjadi PM tetapi masih tidak mahu menyebut siapakah bakal Timbalan beliau. Ini agak merunsingkan Tun. Dalam satu segi Muhyidin cuba menonjolkan dirinya sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Wan Azizah namun Anwar seperti tidak mengambil peduli. Sewajarnya Anwar melakukan perkara yang sama seperti mana janji untuk meletakkan beliau menjadi PM, beliau juga perlu melakukan satu perjanjian untuk menamakan seseorang sebagai bakal Timbalan beliau. Namun Anwar mendiamkan hal Timbalan dan hanya memutarkan hal peralihan jawatan Perdana Menteri sahaja. Ini membuatkan satu tandatanya siapakah calon TPM yang mahu Anwar pilih nanti. Kita tidak mahu Anwar menjadi salesman pula selepas menjadi PM dengan menjaja jawatan TPM konon

Melayu suka beronok ronok

Lain ulu Lain parang Lain dulu Lain sekarang Melayu sudah banyak berubah.... Dulu orang melayu sanggup bersusah payah bersama sama, waima 10sen pun boleh dikongsi dengan sepuluh orang. Zaman ini usahkan berkongsi, yang ada 10sen itu pun teruk difitnah oleh sepuluh orang. Orang melayu sedang sakit jiwa. Mereka tidak mahu berubat. Mereka sebenarnya tahu ubat apa yang perlu diambil tetapi mereka tetap berdegil. Malah sakit mereka itu amat mudah berjangkit kerana antibodi melayu teramat lemah. Sakit orang melayu ini hanya sembuh sekiranya mereka kembali kepada agama. Hampir semua perkara melayu ni kalau tak bergaduh tak sah... Bukak persatuan mesti berakhir dengan bergaduh, buka parti politik pun bergaduh, kalau berniaga pun mesti bergaduh, main bola pun bergaduh, malah main guli atau main congkak pun kalau tak bergaduh tak sah. Malah dalam masjid pun melayu boleh bergaduh... Namun begitu melayu hanya berani bergaduh sesama sendiri sahaj

Ramai yang TERPEDAYA dengan MB

Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung. Suatu hari datang seorang peniaga ingin membe li monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor? Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor. Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor. Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor. Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu mon

Zaman PH memang sukar cari makan

3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Amir seorang pengira tiang letrik yang bertauliah, Bardi pula seorang pencabut uban monyet profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm jawatannya. Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub. "Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang pendita tua?" "Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam." "Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya," cerita si pencuci batu sungai itu lagi. Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari. Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka dengan seorang pendita tua yang

Lagi Kalah Lagi Kuat Menyamun

Pucuk pimpinan PPBM dikatakan menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Mereka sudah menduga dari awal lagi bahawa sukar untuk menang dikawasan parlimen yang menjadi penentunya adalah pengundi cina. Harap mereka mula menghargai tempat tempat dimana mereka menang kerana sokongan padu pengundi melayu. Hanya melayu yang mengundi mereka dahulu tetapi melayu pula yang mereka abaikan. Pemimpin pemimpin melayu sebenarnya tak perlu meminta maaf kepada rakyat sekiranya telah melakukan kesilapan. Cukup bagi mereka berubah dan mula mengambil serius akan keperluan rakyat. Makin banyak bercakap maka makin banyak yang tersilap. Alfatihah yang kita baca setiap kali semayang pun kita masih tak faham maknanya, inikan pula janji janji pilihanraya yang diperkatakan 5 tahun sekali. Kekalahan PPBM bukan sahaja disambut dengan gembira oleh penyokong pembangkang malah diketawakan oleh penyokong pakatan harapan sendiri. Ini menunjukkan betapa buruknya layanan ppbm terhadap penyokong peny

Masa depan PPBM Suram

Seperti biasa, selepas menang akan berterima kasih kepada pengundi berbakul bakul pujian. Mana mana parti pun begitu...  Pagi esok rakyat bangun tetap kena fikir apa yang nak diberi makan kepada keluarga.  Yang menang sudah pasti boleh berkira kira dengan elaun yang bakal mereka perolehi bulan depan. Seperti biasa.. Yang kalah akan menyalahkan pengundi tidak bijak tetapi bila menang mereka kata jentera mereka pandai bekerja. Malah jentera pun akan mengungkit ungkit jasa besar mereka memenangkan calon. Spesis ni ramai... Kekalahan 0-4 kepada BN didalam PRK sebaik selesai PRU14 sebenarnya tidak menakutkan pihak kerajaan.  Mereka beranggapan mereka masih memegang kuasa sehingga PRU 15 ditetapkan oleh pihak mereka. Bagi mereka, mereka mempunyai 3 tahun lebih lagi untuk melakukan sewenang wenangnya. Sekiranya didalam tempoh tersebut kerusi mereka berkurangan maka mereka akan kenakan beberapa tindakan undang undang terhadap ahli parlimen pemba

BN Beri Tamparan Di Tanjung Piai

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi panas ini daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU lepas. Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Azhar Azizan Harun di Pusat Penjumlahan Undi PRK Tanjung Piai. Wakil BN berjaya memperolehi undian sebanyak 25,466 undi mengatasi wakil PH di kedudukan ke-2 yang memperolehi 10,380 undi. Wakil Gerakan memperolehi 1707 undi dan Berjasa 850 undi. Video kemenangan muktamad BN

Zaman skang memang susah nak cari macam Pak Ali

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali. Pari Pari: "Kenapa dengan kau?" Pak Ali: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik." Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak. Pari Pari: "Inikah kapak kamu? " Pak Ali: "Tidak." Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas. Pari Pari: "Inikah kapak kamu?" Pak Ali: "Tidak, kapak aku buruk sahaja." Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. Pari Pari: "Inikah kapak kamu?" Pak Ali: "Ya, itulah kapak buruk aku." Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya. Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik.

Sultan Singapura Yang Terhalau

LIPATAN SEJARAH SINGAPURA Sekadar catatan sedih Kesultanan Singapura. Tidak berapa lama selepas ditabalkan sebagai Sultan Singapura, Sultan Hussain Syah mula dihina dan diperlekehkan terutamanya oleh kumpulan pendatang dari China yang langsung tidak menghormatinya. Penjajah Inggeris telah mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Tanah Melayu mahupun pulau-pulau sekitar nusantara yang lain untuk tinggal di Singapura hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu supaya hak dan kuasa Melayu di Singapura dapat disingkirkan. Jumlah penduduk asal iaitu masyarakat Melayu telah menjadi minoriti dan dengan ini kuasa politik mereka terhapus begitu sahaja. Sultan Hussain Syah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dirinya sekadar digunakan oleh penjajah Inggeris untuk menguasai Pulau Singapura. Sultan Hussain Syah kemudiannya telah di

Heboh orang asheli dirogol beramai ramai

Di sebuah perkampungan orang asheli berlaku kekecohan di rumah tok banting apabila seorang bapa orang asheli mengadu anak gadisnya telah dirogol beramai ramai. Beliau mengadu kepada tok banting dan meminta tok banting mengambil tindakan. Tok banting mahu mendengar penjelasan dan cerita daripada mangsa tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Si gadis pun bercerita dari awal kejadian hinggalah ke akhir episod hitam tersebut. Tok banting terdiam dan tiba tiba berkata.... Nashib baik berair... Kalau berapi tak tau lah apa nashib kamu... 😂😂😂

Ilmu Air Mani

Ketika ejakulasi penis akan mengeluarkan cecair putih yang dipanggil air mani. Pengeluaran air mani lelaki dalam ejakulasi pertama memiliki volume yang bervariasi. Bahkan air mani lelaki yang dikeluarkan ketika ejakulasi  mengandungi 40 juta hingga 600 juta seperma, bergantung pada volume ejakulasi dan lamanya waktu sejak ejakulasi berakhir. Melalui mata kasar, air mani lelaki yang normal dapat dikenal pasti daripada bentuk, warna, bau dan rasanya. Ini adalah kerana untuk mengetahui sihat atau tidak air mani dan sperma secara detail memang seharusnya dilakukan pemeriksaan di makmal. Berikut ciri-ciri air mani lelaki yang sihat: 1. Bentuk Air mani yang normal berwarna putih krim. Setelah ejakulasi, air mani akan berubah seperti jelly. Dalam tempoh 30 minit akan sedikit cair dan semakin bening. Tahap kekentalan air mani memainkan peranan penting dalam peranakan. 2. Bau Air mani berbau seperti klorin dalam air mani adalah normal. Jika air mani berbau busuk, ia merupakan

MB Perak Guna Tektik yang sama

Sebenarnya kempen yang dilakukan oleh MB perak ditanjung piai sebijik macam yang pernah beliau lakukan semasa PRU lepas di Perak, dimana akhirnya beliau seorang sahaja yang menang di dalam PPBM perak. Beliau memperalatkan orang orang umno untuk menyokong beliau. Namun begitu beliau lupa bahawa orang Johor bukanlah seperti orang Perak. Umno Johor agak setia kepada BN.  Ini berbeza dengan parlimen dan Dun yang beliau pernah tandingi semasa PRU dulu kerana beliau banyak dibantu oleh saudara mara dan rakan rakan umnonya. Nampaknya tektik itu tidak lagi menjadi di Johor, namun kita perlu berikan sedikit pujian diatas usaha menipu tersebut.  Sekurang kurangnya beliau mencuba ... Harus diingat menipu sekali orang boleh percaya tapi menipu berkali kali orang pun meluat jadinya. Kempen di Tanjung Piai, Mca berjaya menarik sokongan kaum cina manakala Bersatu dilihat semakin kurang mendapat sokongan melayu. Nampaknya tektik Barisan Nasional menjadi, kerana meleta

Hampir Pasti BN menang besar di Tanjung Piai

Dari segi sokongan pengundi melayu nampaknya pakatan harapan sudah mula ditolak oleh penyokong penyokong mereka berbanding Barisan Nasional. Mereka kata alang alang menjadi puppet, lebih baik menyokong terus si mata sepet. Manakala pengundi cina pula mula menunjukkan sokongan padu mereka terhadap MCA dan memulaukan ceramah PPBM.

Bersaing

Zaman dulu mudah sikit kalau jadi melayu. Banyak kemudahan boleh direbut. Bersaing pun sesama melayu. Melayu yang bijak pandai pun agak kurang dan peluang itu agak terbuka. Tapi zaman sekarang terlalu mencabar. Bukan saja kena bersaing  sesama melayu yang pandai malah melayu yang bodoh pun menjadi saingan rapat kerana mereka mempunyai kabel. Zaman skang adalah persaingan antara melayu bodoh yang ada kabel dengan bukan melayu.

Gila nak berjaya

Untuk berjaya perlu berkawan dengan orang yang betul dan berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul. Namun begitu adalah satu kejayaan sekiranya dapat membetulkan orang yang tak betul di tempat yang tak betul walaupun bukan dimasa yang betul. Untuk mengharapkan seorang pemimpin berubah menjadi baik adalah satu perkara yang mustahil. Ianya sama mustahil dengan mahu mengubah diri sendiri agar berhenti mengharap. Maksud orang yang berjaya adalah terlalu subjektif dan berbeza beza dan akhirnya akan beroleh kekecewaan walaupun orang lain berpendapat dia telah berjaya. Ada yang mengatakan kejayaan itu ialah apabila berjaya menyimpan harta kekayaan seperti orang lain. Ada yang beranggapan kejayaan itu ialah apabila berjaya mempunyai segulung ijazah seperti orang lain. Ada juga yang merasakan kejayaan itu ialah apabila dapat lebih dari pencapaian orang lain. Namun begitu kejayaan hanya akan dianggap sebagai berjaya apabila kita berada didalam gari

Perlu berada di tempat yang betul

Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan". Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar". Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula. Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah". Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut". Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!" Ayahnya seraya berkata," Ayah ha

HATI HATI : Proses Bermula Umur 32

Proses Penuaan (Aging Process) sudah Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya *Penurunan Fungsi Organ-organ* (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant). Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki. *Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda*. Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.' *Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan*, adalah; 1. Osteoporosis. 2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung dan Hypertensi Renal). 3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian). 4. Alzeimer 5. SD (Sexual Dysfunction). *APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?* *1. BERGERAK*. Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh)

Apa yang tak kena dengan pemimpin Islam negara ini?

Diwaktu kita sedang marah kerana diprovokasi oleh musuh musuh islam, pemimpin kita pula kononnya mahu mengendurkan keadaan dengan menghentam kita balik. Akhirnya musuh islam melakukan sewenang wenangnya dan pemimpin kita tidak mahu menegur mereka atas nama menjaga sensitiviti agama dan kaum. Kalau melihat senario tersebut maka kita sudah boleh meneka situasi yang sedang kita hadapi kini. Kita bukan sahaja berhadapan dengan musuh yang terang nyata mahu menikam kita didepan dan belakang malah kita dikelilingi oleh musuh musuh yang kita sendiri angkat untuk memimpin kita. Kita disuruh diam dan menahan perasaan sahaja dan sekiranya kita bertindak mereka akan menggunakan orang yang sebangsa dan seagama dengan kita untuk datang mendiamkan kita. Kita berada didalam dilema kerana kita tidak mempunyai pemimpin yang benar benar mampu memperjuangkan agama dan bangsa kita. Akhir zaman memang benar benar mengelirukan pemikiran kita dan kita tidak mampu mengelak fitnah yang

Kenapa Umat Islam degil sangat?

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Al-Anfaal 8:73)

Pemimpin Melayu pernah dengan rela hati menyerahkan negeri mereka kepada British

Harold MacMichael (dua dari kiri) Hari ini kita belajar sejarah. Supaya rakyat Malaysia dan terutamanya kaum Melayu boleh mengetahui asal usul dan perjalanan sejarah mereka.  Kebanyakkan orang Melayu buta sejarah, mungkin kerana sikap tidak rajin membaca. Jika rajin membaca pun, mungkin hanya membaca berita hiburan atau gossip.  Jika membaca sejarah pun, mungkin lebih berminat tentang kisah cinta Hang Tuah bersama Puteri Gunung Ledang (kisah cinta ini pun tidak wujud di dalam sejarah, ia hanyalah ciptaan para penghibur dan tukang karut sahaja). Hari ini kita belajar tentang asal usul Raja Berperlembagaan di Malaysia. Bagaimana ia terjadi dan mengapa ia terjadi.  Umum mengetahui bahawa ia tercetus akibat dari tentangan orang Melayu terhadap ‘Malayan Union’ – satu cadangan British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai jajahan takluk mereka selepas Perang Dunia Kedua yang sekaligus mengakibatkan orang Melayu hilang kuasa ke atas negeri masing-masing d